Troli beroda antara salah satu kegunaan yang boleh memudahkan kerja ibu di rumah. Ia boleh berfungsi sebagai tempat penyimpanan barang-barang dapur, tempat letak baju dan juga tempat untuk menyimpan buku. Hal ini kerana troli ini memiliki roda dan senang untuk bertukar tempat.
Menerusi perkongsian daripada Puan Maria Ariana ini, dia memberi langkah demi langkah untuk menyiapkan troli beroda.
DIY Troli Dapur Reka bentuk Ala-Ala IKEA Dengan Hanya 6 Langkah Mudah Sahaja
Assalamualaikum..hai semua.
Disebabkan ramai yang pm dan wasap tanya pasai troli ala-ala ikeaaa ni, nah kat sini saya post hasil kerja suami. Step by stepnya.
Dengan izin dari suami, dia sudi kongsikan sedikit ilmu yang tak seberapa ni. Diharap dapat mebantu korang untuk berjimat sebab dia kata “benda boleh diy, buat apa beli”
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
3 Buah bakul
4 roda
Cable tie
1 Batang paip pvc 15mm
1 tin PVC Solvent Cement
16 kepingan PVC Pipe Fitting (T joint) 15 mm
8 kepingan PVC Pipe Fitting (L joint) 15 mm
CARA UNTUK DIY TROLI DAPUR ALA-ALA IKEA
Langkah 1
Gunakan 4 pcs L joint, 4 pcs T joint, 2 pcs paip 2 cm, 2 pcs paip 36 cm, 4 pcs paip 9 cm
Langkah 2
Bagi membuat tiang troli ini pula, anda perlukan 4 pcs paip saiz 7 cm(digunakan untuk kaki di bawah), 8 pcs paip saiz 23cm, 12 pcs T joint, 12 pcs paip saiz 2 cm (digunakan untuk menyambung bahagian T joint). Untuk lebih faham, anda boleh lihat gambar yang tertera di bawah iaitu contoh bagaimana paip itu disambungkan.
Langkah 3
Cantumkan tapak dengan tiang tersebut menggunakan gam pvc solvent cement supaya tiang dan tapak itu tidak mudah tercabut.
Langkah 4
Bagi langkah ini, anda boleh meminta pertolongan daripada encik suami. Hal ini kerana anda diperlukan untuk menebuk lubang seperti gambar yang ditunjuk dibawah dengan menggunakan alatan drill. Lubang itu akan digunakan untuk mengikat roda dan ikat bakul kelak.
Langkah 5
Gunakan nut dan bolt untuk mengikat roda.
Langkah 6
Setiap bakul dipasang dan diikat menggunakan cable tie. Selepas siap mengikat, anda boleh cat menggunakan apa-apa saja warna mengikut minat anda.
Siappp!!! Ini hasil akhir troli “Ikea” ini. Sangat cantik dan mudah dibawa di mana-mana sahaja. Anda juga boleh membuatnya dirumah. Sangat senang dan mudah sahaja. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Sumber: gilerdeco via Maria Ariana
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Ada Anak Jangan Terlalu Berkira. Jika Tak Rezeki Pun Susah Nak Dekat Dengan Mak Ayah
Kita berkira dengan anak, rezeki akan berkira dengan kita. Pernah tak kita terfikir? Orang tua-tua cakap bila ada anak ni rezeki murah. Tapi lain jadi kat kita, anak dah ramai tapi rezeki masih sama macam masa belum ada anak.
Perkongsian dari seorang bapa, Mohd Fhais ini mengenai rezeki yang tak pernah putus baginya walaupun pada awalnya dia sendiri rasa tak mampu.
Pengalaman sendiri.
Alhamdulillah selepas Annur Rania dilahirkan rezeki saya mudah je masuk. Kadang-kadang rezeki tak di sangka-sangka dapat. Dapat tawaran kerja di kampung halaman. Padahal tak pernah terfikir pun saya boleh dapat sebab ramai sangat calon yang temuduga.
Masa berhenti kerja lama gaji pada bulan tu di tahan sebab berhenti tak cukup notis. Susah jugak nak survive bulan tu dengan komitmen yang ada tapi alhamdulillah semua berjaya di harungi. Rezeki ada je untuk bayar semua.
Semua berubah bila saya leka.
Di tempat baru kerja bertambah banyak, kadang-kadang balik ke rumah jam 9-10 malam. Kurang luangkan masa dengan keluarga dan anak-anak. Sedikit demi sedikit wang gaji tak cukup.
Bila wang tak cukup mulalah berkira-kira dengan anak. Mainan rm5 pun tak belikan. Sanggup biarkan anak menangis berlinangan air mata. keluar beriadah jauh sekali.
Pada mulanya salahkan gaji yang sedikit jika banding dengan gaji dulu. Tapi sebenarnya semakin jauh kita mengabaikan anak semakin jauh rezeki akan bai bai kita.
Anak-anak adalah anugerah setiap insan bergelar ibu bapa. Mereka adalah amanah Allah kepada kita. Mereka adalah masa depan generasi kita.
Besar tanggungjawab kita untuk membesarkan mereka jadi seorang anak yang setia kepada negara dan agama.
Saya tidak manjakan anak cuma saya tidak pernah berkira dengan anak.
9 amalan saya menjemput rezeki berbakti pada anak :
- Kanak-kanak pantang nampak mainan. Sebulan sekali beri mereka reward mainan yang mereka nak. Selagi termampu berilah barang kesukaan mereka. Apalah sangat mainan rm5-rm10 asalkan mereka happy. Ingat jika mereka happy kita sebagai ibu bapa turut happy, sama jugak jika sebaliknya. Bila keluarga happy baru rezeki mudah nak datang.
- Berikan mereka pelajaran yang terbaik. Jangan pilih taska sebab sehala laluan ke tempat kerja sahaja. Fikirkan jugak keperluan anak-anak untuk belajar. Banyak taska hanya buka televisyen sahaja masa belajar. Taska yang bagus ialah yang penuh dengan aktiviti yang membantu perkembangan otak anak-anak.
- Luangkan masa bersama anak-anak at least seminggu sekali. 6 hari masing-masing sibuk dengan urusan berbeza, apa kata sehari seminggu buat something bersama. Contoh jalan di zoo atau bawak anak-anak ke learning center. Banyak pusat learning center di malaysia yang bagus untuk perkembangan mereka.
- Sediakan keperluan yang terbaik untuk mereka. Jangan recycle sahaja. Apa perasaan si adik yang hanya recycle barangan abang dan kakak. Contoh belikan baju baru kesukaan mereka. Mesti perasaan sayang tu bertambah-tambah.
- Banyak kaedah pembelajaran awal kanak-kanak yang membantu perkembangan otak kanak-kanak sudah ada. Laburlah sedikit untuk masa depan mereka. Tahu tak 90% otak kanak-kanak berkembang sewaktu umur 0-6 tahun? Semua bahagian kritikal otak berkembang masa ini.
- Sentiasa prihatin dengan perubahan sikap anak-anak. Jangan sentiasa fikir mereka akan cari jalan sendiri sebaliknya bantu selagi mereka boleh di bantu. Percaya tak yang kanak-kanak 1-6 tahun pun boleh kena STRESS? Sekali mereka stress dan kita tidak bantu emosi mereka akan terbantut dan boleh jadi serius.
- Jangan marah anak tanpa berfikir panjang. Bila nak marah tu paksa diri diam atau minum air dan wuduk. Lebih baik berdiam diri dari marah dan terkeluar kata-kata kesat. Masa ini anak-anak masih belajar dan mereka akan ikut cara anda walaupun masa marah. Jika baik yang mereka nampak maka baiklah mereka buat.
- Setiap kanak-kanak ada perkembangan berbeza. Fahami dan cuba bantu mereka. Berikan keperluan yang diperlukan bukan yang kita mahukan. Berhenti dari membanding dengan kanak-kanak lain.
- Sebagai ibu bapa jangan berkira nak belajar ilmu parenting sebab tanpa ilmu bagaimana kita nak didik anak agar berilmu. Anak-anak ada kaedah dan cara pembelajaran berbeza, keperluan fisiologi pun berbeza. Kalau bayi kena tidur 14-17 jam, lain pulak untuk anak berumur 3-5 tahun kena tidur 10-13 jam sehari.
Alhamdulillah selepas saya praktis 8 amalan di atas rezeki mencurah-curah masuk. Satu persatu hutang dapat habis. Bisnes pun semakin berkembang sehingga mampu upah 5 orang staf.
Rezeki adalah ketetapan dan tidak wajar kita merasa ragu dengan rezeki yang diperlukan bagi membesarkan zuriat kita.
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31)
Nak rezeki mencurah-curah cuba curah dulu kasih sayang kat anak isteri. Barulah rezeki datang mencurah-curah.
P/s : Tolong sampaikan pesanan ini pada ibu bapa lain ye supaya makin ramai ibu bapa yang tahu pentingnya tak berkira untuk anak isteri.
Sumber: Mohd Fhais
Boleh klik link telegram>Mohd Fhais
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
13 Jenis Buah Yang Sesuai Untuk Baby 6 Bulan Makan, Tapi Perlu Ke Masak Dahulu?
Anda ingin memberikan buah untuk bayi tetapi perlukah dimasak dahulu buah tersebut? Atau boleh diberikan secara mentah?
Sama ada anda perlu masak makanan pejal seperti sayuran atau buah untuk bayi, ia adalah bergantung sepenuhnya kepada tahap perkembangan mereka.
Adakalanya ia ditentukan oleh jenis spesifik sayuran atau buah yang ingin diberikan kepada si manja.
Bersediakah si manja untuk makanan pejal?
Umumnya, bayi yang berusia sekitar 6 bulan sudah bersedia untuk menerima makanan pejal pertamanya. Pada tempoh ini, sistem pencernaan si manja sudah menghasilkan enzim yang diperlukan untuk menyempurnakan proses pencernaan.
Anda juga boleh mengetahui tanda-tanda anak bersedia untuk makan jika dia:
-Sudah boleh mengangkat, menahan dan mengawal kepala
-Boleh duduk secara stabil walaupun masih memerlukan sokongan
-Tidak lagi menolak makanan dengan lidahnya – tongue thrust reflex – refleks ini secara automatik mengeluarkan makanan daripada mulutnya untuk mengelakkan tercekik
-Mula menunjukkan minat untuk mencuba makanan
-Sayuran & buah untuk bayi perlu ke dimasak dahulu?
-Kebanyakan pakar pemakanan kanak-kanak akan menyarankan masak makanan pejal seperti sayuran atau buah untuk bayi sehingga mereka berusia 8 bulan.
Walau bagaimanapun, buah seperti pisang dan avokado diberikan pengecualian dalam situasi ini.
Tetapi kenapa perlu masak makanan pejal yang akan diberikan kepada bayi?
Ini kerana proses memasak sayuran dan buah-buahan akan memecahkannya dan memudahkan proses pencernaan bagi perut bayi yang belum matang. Bayi yang berusia 8 bulan ke atas mampu mengendalikan serat dan gula daripada sayuran atau buah yang mentah berbanding bayi yang baru mencuba makanan pejal.
Kulit sayuran dan buah untuk bayi perlulah sentiasa dikupas terutamanya jika mereka berusia di bawah 8 bulan.
5 sebab perlu masak makanan pejal
Mesti anda tertanya-tanya mengapa makanan pejal perlu dimasak terlebih dahulu, bukan? Ini adalah sebabnya:
Mengurangkan risiko tercekik
Kebanyakan sayuran dan buah mentah boleh menyebabkan bayi tersedak dan tercekik. Sudah tentu ia bahaya.
Sebagai contoh lobak merah, dalam keadaan mentah ia sangat keras melainkan bayi anda sudah mempunyai gigi geraham untuk memudahkannya menggigit dan mengunyah.
Sebaliknya, lobak yang sudah dimasak, pastinya lebih lembut dan boleh dijadikan finger food kepada si manja.
Pencernaan
Seperti dinyatakan pada awal tadi, sayuran dan buah yang mentah mungkin sukar untuk dicernakan oleh bayi berbanding yang sudah dimasak.
Keadaan ini disebabkan makanan segar dan mentah mengandungi zat dipanggil selulosa. Sistem pencernaan akan mengesan bahan ini sebagai produk buangan – kesannya ia mungkin akan memberikan masalah cirit-birit kepada bayi.
Reaksi alahan
Ada yang menyarankan jika memasak sayuran dan buah untuk bayi dapat mengubah protein yang terdapat di dalamnya.
Proses itu akan membantu mengurangkan kecenderungan untuk berlaku reaksi alahan pada bayi.
Pencemaran
Kebanyakan ibu bapa berasa lebih selamat untuk memberikan bayi makan makanan yang sudah dimasak kerana proses tersebut memusnahkan kebanyakan bakteria pada makanan.
Pastinya ia sesuatu yang benar dan perlu dititikberatkan bagi mengelakkan timbulnya isu keracunan makanan pada si manja.
Rasa
Sesetengah sayuran dan buah akan memberikan rasa yang sedikit berbeza setelah dimasak. Buah yang mempunyai rasa agak masam seperti plum atau pic pastinya boleh mendatangkan kejutan kepada bayi anda.
Jenis buah untuk bayi yang boleh diberikan
Hampir kesemua buah yang terdapat di pasaran boleh diberikan kepada si manja jika ibu bapa mengambil berat cara penyediaan yang betul. Berikut disenaraikan beberapa jenis buah yang paling kerap diberikan kepada si kecil.
Namun anda juga boleh mencuba untuk memberikan buah lain yang tidak termasuk dalam senarai di bawah.
-Epal
-Avokado
-Aprikot
-Pisang
-Mangga
-Betik
-Pic
-Plum
-Prun
-Labu kuning
-Tembikai
-Nanas
-Kiwi
Manakala senarai buah untuk bayi berikut lebih sesuai diberikan jika usia bayi sudah lebih 8 bulan, iaitu:
-Buah naga
-Tomato
-Laici
-Anggur
-Strawberi
-Beri biru
Sayuran pertama untuk bayi
Tidak dinafikan kebanyakan kanak-kanak tidak gemarkan sayur, malahan ada juga individu dewasa begitu. Walau bagaimanapun, pada tempoh ini adalah waktu bagi si manja mencuba pelbagai jenis rasa dan tekstur buat pertama kalinya. Jadi biarkan mereka merasainya tanpa membuat sebarang penghakiman.
Jika si kecil membuat sebarang reaksi pada wajahnya, ia bukan bermakna mereka tidak menggemarinya. Bayi biasanya memerlukan percubaan dan pendedahan makanan yang sama untuk beberapa kali sebelum dapat menerimanya. Apa sahaja jenis sayuran boleh dicuba untuk diberikan.
Perkara mudah
Ada ibu bapa yang rasa renyah untuk masak makanan pejal bagi bayi? Anda silap, pada dasarnya ia tidaklah serumit yang anda sangkakan.
Dengan peralatan penyediaan yang betul; mesin pengisar atau pemproses makanan yang baik, tugas menyediakan makanan boleh menjadi mudah dan menjimatkan. Cubalah!
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kesalahan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak, Berisiko Lahirkan Anak Yang ‘Entitle’
Kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak, berisiko lahirkan anak yang ‘entitle.’ Anak yang mempunyai sifat ini sering kali sukar untuk menghadapi cabaran, tidak menghargai usaha orang lain, dan mudah merasa kecewa apabila keinginan mereka tidak dipenuhi.
Kesalahan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak, Berisiko Lahirkan Anak Yang ‘Entitle’
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, namun ada kalanya niat yang baik boleh mengakibatkan kesan yang sebaliknya. Salah satu risiko yang semakin menjadi perhatian adalah melahirkan anak yang bersifat “entitle” atau merasa berhak terhadap segala-galanya tanpa usaha yang sewajarnya.
Sifat ini boleh membawa pelbagai masalah dalam kehidupan anak tersebut, termasuk dalam hubungan sosial, akademik, dan kerjaya.
Berikut perkongsian Wawa Shauqi
Beberapa hari ini, banyak terlintas video berkenaan anak-anak yang ‘entitled’.
Video pertama, tentang seorang mak yang sudah tak tahan nak besarkan anaknya yang sudah dewasa.
Dari kecil, diberi segala yang dimahu. Dimewahkan. Dan dibuatkan segala.
Anak buat salah pun, dia back up. Sekarang, dia nak let go anak dia bekerja sendiri. Meraung-raung anak dia taknak..sebab dah hidup selesa.
Video kedua, tentang seorang anak yang bagi syarat kat mak ayah. Kalau nak dia ke sekolah, belikan kereta mewah. Bukan 18 tahun pun anak dia. Baru 5 tahun.
Video ketiga, anak gadis kaya melanggar orang sampai mati. Walaupun ditahan polis dia tetap dengan pendiriannya yang dia tak bersalah.
Geram sangat-sangat saya tengok yang ini. Tak ada langsung rasa bersalah. Malah dia rasa dirinya kebal dan untouchable.
Urut dada saya. Takkan sengaja Allah lintaskan video ini kepada saya. Melainkan buat peringatan untuk diri. Dan berkongsi ingatan ini dengan yang lain.
Di bahagian komen, ada ramai yang cakap,
“Ni la kesan bila manjakan sangat anak. Berlembut sangat.”
Betullah tu.
Cuma tolong jangan samakan ‘berlembut’ itu dengan Gentle Parenting. Gentle Parenting tak membesarkan manusia yang entitle. Sebab dalam Gentle Parenting masih ada ketegasan. Masih bergantung pada peraturan yang tegas.
Berlembut yang di atas itu adalah Permissive Parenting. Terlalu berlembut dengan anak sampaikan takut untuk kecewakan anak. Biarkan anak buat sukati. Tanpa letak sempadan/ kawalan/peraturan.
Ya. Permissive parenting berisiko melahirkan anak yang perangai diva. Serba betul. Narsisistik. Dan rasa diri entitled.
LIMA kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak sehingga berisiko melahirkan anak yang entitle.
Memberi Apa Saja Yang Anak Ingini
Tak salah nak gembirakan anak. Saya pun bagi aje. Takut jugak kalau tak bagi apa dia nak, anak belajar panjang tangan.
Cuma, kita beringat. Kita berpada. Terlalu banyak dapat benda yang diingini, lama-lama anak makin hilang rasa menghargai.
Terlalu memewahkan membuatkan anak melihat dunia dari aspek material semata-mata.
Kalau boleh letakkan ini sebagai reward atas kerjasama anak yang baik selama ini. Bukan anak yang letak syarat sampai pandai mengugut kita.
Tak ada kawalan/sempadan/peraturan
Anak nak buat apa, buatlah. Asal bahagia. Asal tak menangis mengamuk. Itu yang paling utama. Sehingga mak ayah takut nak letak peraturan pada anak.
Anak yang begini pandai memanipulasi mak ayah dengan rajuk dan tangisnya.
Tanpa peraturan yang jelas, anak tidak belajar untuk menghormati peraturan. Sampai besar dia rasa dia berhak buat apa saja.
Overprotective
Lawnmower parenting adalah antara ciri mak ayah yang overprotective.
Terlalu takut anak susah dan gagal. Sampai mak ayah jadi tukang buatkan semua untuk anak-anak.
Kehidupan anak terlalu senang. Hasilnya, anak tak belajar untuk menghadapi cabaran dan belajar bersusah-susah sikit untuk capai sesuatu.
Tak diajar tanggungjawab
Anak perlu diajar untuk membantu kerja-kerja rumah. Supaya mereka belajar bekerjasama dan menyumbang tenaga dalam hidup bekeluarga.
Pun begitu, jangan sampai deligate kebanyakan kerja di rumah. Sampai anak hilang kehidupan kanak-kanak dia. Ada beza parentified kids dengan responsible kids.
Puji Berlebihan Untuk Usaha Anak Yang Sedikit
Anak akan lihat apa saja yang dibuatnya adalah sesuatu yang betul. Anak tak rasa mereka perlu berusaha. Sebab mereka tak belajar bahawa untuk dapat sesuatu, kita perlu berusaha keras.
Kelima-lima ciri ini sebenarnya adalah ciri-ciri mak ayah Permissive. Penting untuk kita jadi mak ayah yang bijak. Iaitu mak ayah penyayang dan berlembut Tapi ada sempadan dan peraturan yang jelas.
Ini untuk ingatan saya sebagai ibu yang tak sempurna. Jangan biarkan anak-anak kita membesar dengan rasa entitled tanpa rasa tanggungjawab.
Dengan pendekatan yang seimbang, kita boleh membantu anak-anak menjadi individu yang bertanggungjawab dan menghargai setiap usaha yang dilakukan.
Semoga kita semua dapat menjadi ibu bapa yang memberi kasih sayang dengan penuh bijaksana.
Mendidik anak untuk menjadi individu yang bertanggungjawab dan berdikari memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan. Ibu bapa perlu berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan yang boleh membawa kepada sifat “entitle” dalam diri anak-anak mereka.
Dengan memberikan didikan yang seimbang antara kasih sayang, disiplin, dan tanggungjawab, ibu bapa boleh membantu anak-anak membesar menjadi individu yang matang, berdikari, dan menghargai setiap usaha dalam hidup.
Sumber: Wawa Shauqi
*Wawa Shauqi merupakan seorang penulis yang gemar berkongsi ilmu yang dipelajarinya dari seminar, bengkel dan konvensyen serta kelas yang dihadirinya. Hasil penulisannya adalah berdasarkan ilmu yang diperolehi dari ahli-ahli yang berkaitan dalam bidang pendidikan awal kanak-/kanak, psikologi kanak-kanak dan perkembangan kanak-kanak.
Baca juga artikel lain: Aunty Cina Kongsi Tip Parenting Didik Anak, Patutlah Semua Anak Berjaya!
Rina Solat Subuh Dulu Sebelum Ke Sekolah, Ryzal & Maryam Dipuji Pandai Didik Anak!
Didik Anak Perempuan Ilmu Asas Ni, Bila Makin Besar Anak Dah Tahu Batas!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI