Menurut pakar bahasa Profesor Fred H. Genesee, semakin awal usia kanak-kanak belajar bahasa asing, semakin mudah untuk mereka menguasai bahasa itu. Kanak-kanak lebih cepat menerima bahasa yang dipelajarinya tanpa banyak kesukaran berbanding orang dewasa.
Selain itu, pakar neurologi Dr.Eric H. Lennenberg pula berpendapat, sebelum mencapai usia baligh, otak kanak-kanak memang mudah dilentur sebab itulah mereka lebih mudah belajar bahasa asing.
USIA ENAM TAHUN ADALAH MASA EMAS ATAU PALING IDEAL UNTUK MENGAJAR BAHASA ASING SELAIN BAHASA IBUNDA. KETIKA USIA INI OTAK MEREKA SANGAT MUDAH UNTUK MENERIMA SEHINGGA PROSES PENYERAPAN BAHASA MAMPU BERLANGSUNG DENGAN SANGAT LANCAR. TAMBAHAN PULA DAYA PENYERAPAN BAHASA MEREKA BERFUNGSI SECARA AUTOMATIK.
Pendedahan Awal
Memadai dengan pendedahan terhadap bahasa tertentu, misalnya memberikan mereka kebebasan untuk bergaul dengan rakan-rakan yang fasih menggunakan bahasa asing selain daripada bahasa ibundanya. Dengan mudah kanak-kanak boleh menguasai bahasa tersebut. Masa emas ini nyata tidak lagi dimiliki oleh orang dewasa. Walau bagaimanapun, ia bukan bererti orang dewasa tidak mampu menguasai bahasa kedua atau bahasa asing ini.
Menerusi kajian tentang perkembangan minda kanak-kanak, tempoh terbaik untuk mengajar kanak-kanak ini menguasai bahasa asing adalah daripada usia enam hingga 15 tahun. Kanak-kanak yang didedahkan dengan pertuturan bahasa asing sebelum usia 15 tahun mampu menguasai bahasa asing itu sama seperti penutur aslinya.
Kejayaan
Ads
Satu kajian telah dijalankan oleh Fathman iaitu pakar bahasa daripada Amerika Syarikat . Beliau melakukan pemerhatian kepada 200 orang kanak-kanak berusia daripada 6 hingga 15 tahun yang belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah Amerika Syarikat. Kajian mendapati, kanak-kanak yang lebih muda (usia 6 hingga 10 tahun) lebih mudah menguasai tatabahasa bahasa Inggeris. Sedangkan kanak-kanak yang lebih tua (11 hingga 15 tahun) lebih cenderung menguasai struktur kata.
Jaminan
Sejak melangkah masuk ke pra-sekolah sehinggalah ke Institut pengajian tinggi, kita memang diajar untuk menguasai lebih daripada satu bahasa di dalam pertuturan harian iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kedua-dua bahasa ini memang diguna pakai dalam proses pengajian dan pembelajaran.
Tetapi kanak-kanak yang belajar dua bahasa tidak akan dapat menguasai kedua-dua bahasa itu dengan baik secara sama rata. Ia juga tidaklah sebaik seperti mempelajari satu bahasa. Ia juga memberi tekanan kepada mindanya untuk menguasai dua bahasa tersebut dan pada masa sama sedang mempelajari perkara-perkara lain di persekitarannya.
Untuk mendidik kanak-kanak mahir lebih daripada satu bahasa, ibu ayah perlu bersikap lebih bijak dan tidak tergesa-gesa. Anda kenalah mempertimbangkan kemampuan anak-anak.
Ads
Untuk memastikan mereka berjaya menguasai bahasa asing yang dipelajarinya, bahasa tersebut mestilah digunakan dalam pergaulan atau komunikasi seharian. Dalam soal ini papa mama yang kena mainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan anak-anak menguasai bahasa asing kerana segala-galanya bermula dari rumah.
5 tip ajar anak fasih bahasa Inggeris di peringkat awal:
1. Berikan anak-anak pendedahan dan latihan kepada bahasa ibunda dan bahasa Inggeris yang sedang dipelajarinya secara sama rata.
2. Anak-anak perlu mendengar dan bertutur bahasa asing itu secara kerap bagi menguasai perkataan serta tatabahasa bahasa tersebut.
Ads
3. Ibu dan bapa adalah tenaga pengajar yang paling berkesan untuk anak-anak memahirkan diri sekali gus menguasai bahasa kedua. CD atau DVD tidak begitu memberikan impak yang sama seperti komunikasi yang berlangsung antara anak dengan ibu dan bapanya.
4. Gunakan bahasa Inggeris dalam apa jua situasi seperti bermain, membeli-belah atau berbual bersama anak-anak. Kaedah ini boleh mempercepatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris anak-anak anda.
5. Bacakan sesuatu bahan bacaan dengan menggunakan bahasa Inggeris serta bahasa ibundanya. Ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan lagi pengetahuan tentang perbendaharaan kata serta memupuk skil membaca sejak dari awal.
Semoga usaha tersebut mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Selamat menjadi cikgu ibu dan ayah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Demi si kecil, si ibu sanggup bergadai nyawa melahirkan zuriat suami. Begitulah besarnya pengorbanan ibu. Mereka tak kisah jika nyawa jadi pertaruhan, tumpah darah dan pelbagai lagi komplikasi yang berlaku asalkan bayinya selamat.
Tumpah darah adalah pendarahan yang berlaku apabila darah keluar melebihi 500 mililiter (ml) ketika bersalin secara normal atau melebihi 1,000ml bagi yang bersalin secara pembedahan. Walaupun kaedah pembedahan adalah selamat, ia juga boleh menimbulkan komplikasi tertentu selepas pembedahan seperti tumpah darah.
ISTERI RELA MATI
Baru-baru ini sahabat kepada isteri aku meninggal dunia akibat tumpah darah (haemorrhage). Bayangkan, pada waktu sebelum bersalin semuanya ok macam biasa, namun ianya berlaku selepas bersalin.
Tumpah darah ini bukan perkara yang boleh dibuat main. Bayangkan kita buka sikit botol air yang 1ml tu kasi air keluar. Macam tu la darah keluar!
Tak boleh bayang aku, kalau berlaku perkara macam ini masa aku tengah bekerja. Nak pulang kembali ke rumah dan cepat-cepat bawa ke hospital.
Memanglah betul, kematian ibu yang disebabkan oleh mengandung dan melahirkan bukan lagi macam dulu. Zaman aku belajar dulu panggil maternal mortality ratio.
Kalau dulu, pada tahun 1950, sebanyak 540 kematian daripada 100,000 kelahiran. Sebaliknya 2010 pula cuma 26 kematian daripada 100,000 kelahiran.
Antara sebab-sebab utama;
1. Tumpah darah
2. Uri tak mahu keluar
3. Darah beku
Jadi, jika kita rasa rimas, bosan dan hambar dengan rumahtangga, kita kena tahu bahawa isteri kita sayang kita lebih dari dia sayang diri dia sendiri. Lebih dari nyawanya sendiri.
Martabat seorang wanita begitu diangkat tinggi di sisi tuhan, kerana mereka sanggup berhadapan dengan risiko kematian dalam menjadi penyambung kelahiran rantai zuriat.
Nasihat untuk diri sendiri dan semua, lihatlah isteri kita dengan pandangan kasih. Redha, sabar dan terimalah seadanya. Dia dah setuju nak hidup dengan kita, tinggal kita je nak jaga dia macam mana.
Hargai mereka.
Sumber : Najmi Nawawi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam kehidupan setiap insan pasti ada seorang wanita yang bergelar ibu. Di samping suami pula ada wanita disebut isteri. Pendek kata, wanita bergelar ibu dan isteri, kedua-duanya adalah insan hebat yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap insan di muka bumi ini. Sebab itu, ada pepatah Melayu yang menyebut ‘tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia’.
Sebagai suami anda patut tahu apa yang boleh buat isteri bahagia. Elakkan dari menyakiti hati isteri. Perkongsian dari seorang suami, Abu Hurairah Asifa wajar dijadikan panduan.
Bila hantar isteri setiap pagi ke tempat kerja, kadang rasa kesian sangat. Sepatutnya, bukan dia yang memikul tanggungjawab dan mencari rezeki ni. Tapi, isteri tetap mahu membantu meringankan beban dalam setiap usaha dan kerja hari-hari.
Kadang, melihat para isteri yang bekerja ni, yang sedari awal pagi bangun dan siapkan anak-anak, pastikan sarapan suami walau secawan kopi, petang pula berlari berhimpit dalam lrt, meredah hujan dan panas lagi.
Betapa kuatnya wanita hari ini hidup dan terus hidup lagi. Maka, sebagai suami, ada cara untuk kita bantu dan hiburkan para isteri. Yang membuatkan mereka akan terus hidup dan akan membahagiakan diri serta anak-anak kita nanti.
Ini tipnya:
Kadang kita takde duit minyak pergi kerja. Isteri faham tu. Dia akan tanya dan kadang akan hulurkan RM50 untuk kita.Ucapkan terima kasih dan bila kita ada lebihan rezeki, pulangkan semula duit isteri tu. Walau mereka tak minta, tapi moga dengan kita beri, rezeki kita akan berkat kembali.
Tengah sibuk, tengah serabut, tengah kelam kelibut, jangan minta isteri melayani kita. Buatkan air, tolong urutkan badan, tolong gembirakan, tolong puaskan kita. Tengok isteri penat baru balik kerja, anak tiba-tiba nak susu, kita bangunlah buatkan. Sibuk pagi-pagi, kita tolong isteri siapkan baju anak-anak ke taska dan sekolah.
Isteri kalau penat, semua benda dia nak marah. Semua benda dia nak baling. Semua benda dia nak hangin. Cara bantu mereka adalah dengan sabar. Diam je. Pergilah siram bunga ke, betulkan meja makan ke, suap anak biskut ke. Tapi kalau dia rimas dan suruh kita berhenti buat apa-apa, bertukarlah jadi tiang. Yang kekal tegak berdiri.
Kalau isteri tunjuk bil, bagitahu perbelanjaan dan kewangan, itu yang paling isteri risau dan pening. Kalau kita tak mampu bantu, kita dengar dan bagi idea dan ingatkan isteri, tentang rezeki yang Allah nak beri. Kuatkan keyakinan dia. Ajak isteri berusaha lagi dan kita akan terus kuat untuk rumahtangga ini.
Hiburan isteri, satu sahaja dalam hidup ni. Suami! Ya! Suami adalah hiburan utama pada isteri. Kita kalau tidak menjadi sumber hiburan isteri, maka isteri akan mencari hiburan yang lain. Maka, hiburkanlah isteri. Jadilah seorang penyanyi. Seorang pelawak. Seorang penyair. Seorang penjual shawl.
Kalau isteri penat, peluklah dia. Letakkan bahu supaya dia boleh bersandar. Doakan isteri kita. Selawat dan ciumlah dahinya. Kita pun bukan suami romantik sangat, tapi apa yang kita buat ni, demi amanah yang Allah beri.
Hari ni, kita sebagai suami dan isteri, bukan lagi pasangan yang biasa. Kita di uji dan di sakiti hari-hari. Dengan tekanan dan sara hidup yang gila, dengan ujian di tempat kerja, soal anak yang hari-hari menambah sakit kepala, dan soal pasangan kita yang berubah dan menyakiti hati dengan sikapnya.
Jadi, apakah jalan keluarnya? Apa sikap dan cara kita mendepaninya?
Hanya dengan kembali menjadi hamba. Hamba yang banyak memberi dari meminta. Yang terus berjuang dari mengeluarkan pedang dan ajak berperang. Rumahtangga itu tempat untuk kita mengusahakan bahagia.
Panggillah Allah membela rumahtangga kita. Panggillah Rasulullah memberkati rumahtangga kita. Ingatlah, dosa kita, yang menjarakkan kita. Dosa itu, lebih besar dari salah dan silap pasangan kita.
Cari telur warna oren, supaya anak dapat khasiat yang maksimum dari hanya sebiji telur. Warna kuning pada telur, bergantung pada makanan apa yang ayam makan.
Warna kuning oren, menandakan ayam tersebut dapat makanan yang sihat dan seimbang. Maka ia akan hasilkan telur yang lebih berkhasiat berbanding telur yang kuning pudar warnanya.
Warna kuning pudar, mungkin ayam hanya makan dedak dari gandum dan jagung.
Berbanding kuning oren, ayam diberi makanan yang berkualiti, atau mungkin ayam itu cari sendiri makanannya seperti serangga sebagai contoh.
Omega 3 lebih tinggi pada telur kuning oren, yang mana ia sangat diperlukan untuk perkembangan otak anak.
Jom cari telur kuning warna oren ya, supaya cukup dan sempurna khasiat yang anak kita makan dari sebiji telur.
Sementara itu, Dr Mazliana juga pernah berkongsi telur tak bersalah pun. Ini kerana ramai yang kata kena pantang telur jika ada masalah tertentu.
Tapi sebenarnya Allah jadikan telur sebagai salah satu real food yang banyak sangat manfaat untuk kesihatan kita. Cuma kita saja yang perlu buat pilihan yang betul supaya setiap telur yang diambil tu memberi kesan yang baik untuk kesihatan kita.
– Telur kaya dengan protein
– Telur menaikkan kadar kolesterol baik
– Telur banyak omega 3 yang bagus untuk otak dan minda anak-anak
– Telur mengandungi choline yang baik buat ibu mengandung untuk perkembangan otak bayi
– Telur membantu turunkan berat badan
– Telur mengandungi antioksida lutein and zeaxanthin yang baik untuk mata
Banyak lagi manfaat telur. Kalau ikut kata Coach Eczema Mizhana Padzi, telur ni sebenarnya siap boleh bantu penyembuhan kulit anak eczema lebih cantik dan flawless lagi tau!
Rajin-rajinlah kita makan telur, ajak suami dan anak-anak makan telur selalu ya!
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/toys-others/upin-ipin-hand-puppet-ehsan-20079735?utm_source=pama&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”flat” background=”#ef462d” color=”#ffffff” size=”6″][Upin Ipin] Hand Puppet Ehsan[/su_button]
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seniwati Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita duka tentang pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud, yang meninggal dunia akibat komplikasi batu karang dalam hempedu.