Lebih awal, lebih baik! Tidak terlalu awal untuk anak kuasai tulisan tangan. Jangan sia-siakan usia keemasan (di mana minda mereka menyerap seperti span) ini untuk mereka menguasai pelbagai kemahiran.
Ramai mama dan papa menyerahkan bulat-bulat tugas mengajar si manja menulis dan membaca kepada guru semata-mata. Tambahan pula kini kanak-kanak bersekolah seawal empat hingga lima tahun, maka ramai ibu bapa merasakan berada di zon selesa tanpa mengetahui si kecil sepatutnya mempunyai kemahiran tulisan tangan mereka pada tahap yang lebih baik dengan diajar oleh ibu bapa mereka sendiri.
10 KELEBIHAN ANAK MENGUASAI TULISAN TANGAN PADA PERINGKAT AWAL
Boleh meningkatkan penguasaan skil motor halus.
Boleh bebas berimaginasi.
Menajamkan koordinasi mata dan tangan.
Menambah pemahaman, persepsi dan kemahiran visual.
Meningkatkan penguasaan awal untuk menguasai skil mengeja dan membaca.
Meningkatkan keyakinan diri ketika di sekolah.
Melatih si manja memberi tumpuan kepada tugasan yang diberikan.
Sebagai latihan kognitif untuk menajamkan minda.
Meningkatkan aktiviti saraf otak dan menggalakkan sel otak bergabung.
Latihan berulang kali meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.
LATIHAN YANG MAMA PAPA BOLEH BUAT UNTUK BANTU ANAK MUDAH MENGUASAI KEMAHIRAN MENULIS
Boleh anak untuk memegang pensel dengan betul iaitu melibatkan jari tengah, jari telunjuk dan ibu jari yang disebut sebagai tripod grasp. Anda oleh menggunakan krayon yang dipatah-patahkan untuk menggalakkan si manja mempelajari tripod grasp dengan betul.
Melukis dan mewarnai pada permukaan yang menegak (seperti dinding) boleh melatih otot bahu, lengan dan pergelangan tangan si manja.
Anak sudah mempunyai tangan dominan pada usia lima hingga enam. Ia selalunya sudah mempunyai tangan dominan sejak daripada usia dua hingga tiga tahun yang akan digunakan untuk melakukan aktiviti seperti melukis atau menulis.
Belikan buku bergaris tiga atau buku latihan yang mempunyai latihan menulis dengan menyambung titik-titik untuk melatih si manja menulis.
Pastikan anak menulis pada posisi badan yang betul iaitu posisi duduk pada kerusi, meja di paras dada dan paras meja siku tidak bersentuhan.
8 AKTIVITI MENAJAMKAN SKIL TULISAN TANGAN
Selain melakukan latihan menulis secara berulang kali, anda boleh mengajaknya bermain. Pilih permainan yang banyak menggunakan tangan dan mata untuk membantu si manja menguasai skil menulis dengan cepat.
Permainan ini melibatkan koordinasi mata dan tangan serta kemahiran motor halus yang akan membantu si manja untuk menguasai skil tulisan tangan dengan lebih baik.
MELUKIS
biarkan si manja melukis dan melakar sesuka hati apabila berkelapangan. Aktiviti ini membantu si manja mendapatkan genggaman dan posisi siku dan lengan yang bersesuaian. Aktiviti ini juga menggalakkan si manja membentuk garisan dan lengkungan yang banyak digunakan dalam tulisan tangan.
MEWARNAKAN
Mewarna ialah aktiviti asas yang menguatkan genggaman dan pergerakan tangan. Galakkan mereka mewarnakan pelbagai saiz dan bentuk objek untuk meningkatkan skil motor halus.
BERMAIN CAT AIR
Bermain dengan cat melatih kemahiran koordinasi mata dan tangan. Sifat cat air yang cair dan lembut melatih si manja mengawal pergerakan tangan dan menyokong pergerakan tangan si manja.
Ads
BERMAIN DOH
Doh lembut adalah permainan yang wajib dimiliki si manja. Bermain doh tanah liat akan melembutkan otot tangan dan melatih mata dan tangan bekerjasama dalam mencapai misi imaginasi.
BERMAIN MANIK
Permainan yang sering diminati si manja ini membantu penguasaan mata dan tangan. Skil ini amat diperlukan dalam melakukan aktiviti menulis.
BERMAIN DENGAN PENYEPIT
Ajak si manja mengalihkan objek kecil seperti gula-gula atau pom pom ke dalam mangkuk lain menggunakan penyepit.
PATUNG PUPPET
Bermain dengan puppet akan menggalakkan si manja menggerakkan jari serta berimaginasi.
RANTAI PASTA
Ads
Buat gelang-buat gelang menggunakan pasta makaroni atau penne yang untuk menggalakkan jari si manja memegang objek kecil
TIP AJAR MENULIS ABJAD MENGIKUT URUTAN
HURUF BESAR
Anda boleh memulakan aktiviti latihan tulisan tangan secara berperingkat untuk memastikan si manja menambah kecekapan dengan mendahulukan huruf-huruf berikut:
Langkah pertama: Huruf besar L, T, I, F, E, H
Huruf yang berbentuk berasaskan garisan vertikal dan melintang.
Langkah kedua: Huruf besar V, W, X, A, Z
Huruf yang terdiri daripada garisan menyerong dan melintang.
Ads
Langkah ketiga: Huruf besar C, O, G, Q
Huruf yang terdiri daripada garisan menegak dan menyerong.
Langkah keempat: Huruf besar B, D, P, R, J, U, S
Huruf yang terdiri daripada garisan menegak dan melengkung.
HURUF KECIL
Selepas menguasai tulisan tangan huruf besar, anda boleh menggalakkan si manja meningkatkan penguasaan huruf kecil pula. Urutan latihan adalah seperti berikut.
Langkah kelima: Huruf kecil v, w, c, o, s, x, z
Huruf yang sama dengan huruf besar tetapi bersaiz kecil.
Langkah keenam: Huruf kecil t, l, i, y, j, u, k
Huruf yang seakan-akan sama dengan huruf besarnya.
Langkah ketujuh:Huruf kecil a, b, d, e, g, q
Huruf yang mempunyai bentuk lengkungan ‘c’.
Langkah kelapan: Huruf kecil f, h, m, n, p, r
Huruf-huruf yang mempunyai lengkungan separa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Artikel ni ditulis khas atas pengalaman sebenar seorang ibu. Anaknya menghadapi tahap ketagih gadget yang melampau. Atas perkongsian beliau (nama dirahsiakan) admin diberi keizinan untuk mengolah sumber cerita beliau sebagai fakta untuk umum. Semoga anda mendapat sesuatu yang bermanfaat.
Info: Doktor sahkan seorang kanak-kanak yang terlantar di hospital kerana menghidapi “brain damage” adalah disebabkan kerap bermain ipad.
Ada masalah seperti ini? Pasti ada jika tak dibendung dari sekarang. Apabila anak mula ketagih dengan gadget, misalnya tengok ipad berjam-jam lamanya pasti semua kerja tak menjadi. Anda jeritlah nama anak berulang kali, mungkin hingga nak tercabut anak tekak baru si dia menyahut. Ia petanda awal anak mula ketagih ipad atau gadget.
Awas! Kini anak kecil sudah sukar untuk berenggang lagi. Sehinggakan ada yang pandai jawab “kejap, kejap…kejap laaa” . Dan ada juga yang bertukar menjadi tidak sabar sehinggakan semua perkara ingin cepat seperti meminta barang dan lain-lain. Mungkin ini antara kesan jangka panjang dimana anak sudah ‘freez’ dan tak lagi mempunyai waiting period yang normal sebagai seorang kanak-kanak. Step ini sudah ditenggelamkan oleh dunia eletronik yang tidak sewajarnya menjadikan anak sebagai target.
Bayangkan semuanya berada didepan mata. Nak tengok cerita A, klik dan tengok. Nak tukar cerita B, tak perlu tunggu-tunggu 2 saat, klik and play. Begitu juga dengan educational learning yang kononnya membantu dengan adanya Aps yang boleh dimuat turun dengan mudah dan cepat. Hakikatnya anak ini telah pun skip rutin kenormalan pembelajaran. Akibatnya, anak menjadi cepat marah jika gadget kesayangan mereka mula ‘hang’ atau kehabisan bateri. Kadang-kadang, anak-anak ipad ini boleh berubah sikap secara tiba-tiba apabila performance gadget tidak seperti biasa!
Penafian, tidak semua kesan negatif ini berlaku jika digunakan dengan cara yang betul dan pemantauan oleh ibu bapa.
7 Cara ini mungkin membantu anda
Sediakan jadual menonton TV atau Ipad.
Had kan dengan bertegas yang anak-anak hanya boleh menonton pada hari minggu sahaja. Mula-mula memang susah, tapi lama kelamaan mereka akan ikut.
Jangan berikan konsep kepunyaan pada anak terhadap gadget.
contoh 2: “Adik, papa dah download banyak game dan cerita kartun baru dalam tab adik ni tau”
NO NO NO NO . Full stop!! Jangan sesekali katakan ia milik mereka. Pastikan mereka tahu yang anda merupakan pemilik dan mengawalnya 100%. Tanpa keizinan anda, mereka tak dapat menggunakannya.
Tutup sambungan network di gadget di bahagian tetapan (setting)
Katakan kepada mereka yang Internet sudah rosak atau gunakan alasan yang logik.
Banyakkan interaksi dengan anak
Never let them use or watch the ipad alone – ini orang jawa kata. Duduk sama-sama dan lihat apa yang mereka gemar sangat lakukan atau tonton. Sentiasa berbual tentang cerita yang berkaitan dengan yang anak sedang tonton. Jadi penyibuk sikit apa salahnya.
Jangan Full Charge tablet atau ipad
Gunakan trik ini dengan tinggalkan lebih kurang 15%-20% power kapasiti supaya memadai untuk mereka rasa hilangkan rasa bosan. Kemudian ajaklah mereka untuk belajar dan main seperti susun puzzle, mewarna, bermain flash card dan lain-lain.
Ajak anak main dam Ular.
Kenapa gelak? Dengar macam tak logik bukan. Tapi dengan 4 buah dam tersebut, cukup untuk anda, anak anda, adik dan papa untuk join sekali. Pasti riuh rendah satu rumah. Sekurang-kurangnya anda secara tak langsung dapat berkumpul dan bergelak ketawa sambil bermain. Kan indah tu..
Dedahkan mereka dengan playgroup serta aktiviti luar
Biar mereka bermain diluar. Beriadah dan bermain. Mengayuh basikal juga sangat di gemari kanak-kanak usia 4-6 tahun. Jangan cepat marah jika anak main tanah, pasir dan sebagainya. Biar mereka sentuh bumi. Biar mereka berinteraksi dengan alam.
Tahukah anda rasa bosan yang dialami oleh kanak-kanak adalah baik untuk perkembangan kognitif (pemikiran) mereka?
Untuk mengatasi rasa bosan, kanak-kanak akan:
1) Menggunakan pemikiran kreatif (creative thinking) untuk memikirkan idea dan aktiviti yang unik dan di luar dari kebiasaan.
2) Menggunakan kapasiti imaginatif (imaginative capacity) untuk membayangkan, melakonkan, meniru watak, karakter dan pekerjaan yang pernah dilihat atau didengari. Imaginasi juga mendorong penggunaan bahan yang pelbagai untuk membentuk dan membina sesuatu rekaan. Selain itu, imaginasi juga memupuk penggunaan bahasa dan perkataan untuk meluahkan dan menyampaikan perasaan dan pemikiran.
3) Mempraktikkan kemahiran penyelesaian masalah (problem solving) bagi merancang dan mencapai sesuatu matlamat yang cuba dicapai.
Selain itu, percubaan untuk mengatasi rasa bosan juga mengajar kanak-kanak untuk:
4) bergantung kepada diri sendiri dan tidak berharap untuk sentiasa dihiburkan oleh ibubapa atau orang lain.
5) membina ketahanan jiwa (resilience) ketika melalui saat yang sukar dan menekan.
Jika kita sering menyogok kanak-kanak dengan gajet atau TV ketika waktu lapang atau apabila mereka kebosanan, kita terlepas peluang untuk memupuk skil penting bagi membina perkembangan kognitif mereka.
Berilah peluang untuk mereka merasa bosan dan memikirkan cara untuk mengatasi kebosanan. Tentu ada sahaja idea yang dapat mereka fikirkan dengan sendiri.
Fasha sendiri terkejut melihat gelagat anaknya yang sangat tidak disangka bahkan hairan dari mana si kecil tahu memberikan pendapatnya berkenaan hal tersebut.
Kehairanannya diluahkan menerusii tulisan kapsyen di posting tersebut.
Rayfal oh Rayfal, baru 5 tahun… Dah pandai mintak macam2 pelik2. Entah siapa ajar? Ibu tak faham. Takkan budak 5tahun dah tau benda macam ni?? Apakata mintak je kat Dada adik baru. Haih. ? Off late ni, Almost everyday mintak baby in ibu’s tummy, help!
Memang bijak Rayfal ni. Agaknya dia pun teringin nak mempunyai adik kecil lain seperti abang Rayqal yang sudah mempunyai adik NeyNey.
Selain dari itu mungkin juga si kecil ini rindukan kehadiran seorang ayah di sisinya setiap hari.
Memang normal kanak-kanak sebaya Rayfal meminta ibu memberikannya seorang adik kerana sifat penyayang yang ada dalam dirinya selain ia juga menunjukkan kematangan si kecil yang selama ini mungkin memerhatikan hidup yang dilalui oleh ibunya tanpa suami di sisi.
Video lucu tapi menyentuh hati tersebut mendapat tontonan ramai netizen dan kebanyakannya memberi komen sokongan kepada Fasha dan anak-anaknya.
Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) kembali membimbangkan ibu dan ayah terutama bagi anak-anak di tadika dan taska. Bagi negeri Terengganu, kes ini dilihat semakin meruncing dimana sebanyak 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh negeri bagi tempoh Januari hingga Sabtu lalu.