Lebih baik anak minum susu daripada tak makan. Ini yang selalu ibu fikirkan, sedangkan ia menjejaskan perkembangan anak.

Bagaimanapun, ada di antara anak-anak yang selalu sahaja meminta untuk makan, yang mana sedikit sebanyak beri kelegaan buat ibu bapa kerana anak masih lagi mahu makan dan tidak begitu memilih.

Namun ada segelintir kanak-kanak yang sukar untuk makan, walaupun sudah dipujuk. Yang mereka mahu hanya minum susu sahaja.

Walaupun baru sejam minum susu, anak boleh lagi minta susu seterusnya. Mungkin bagi sesetengah ibu rasa mudah sebab tak perlu fikir apa-apa. Tapi kesan jangka panjangnya adalah anak akan kekurangan nutrisi.

“Lebih Baik Anak Minum Susu Daripada Tak Makan”. Ini Silap Ibu Yang Boleh Jejaskan Perkembangan Anak

Perkongsian dari Pegawai Sains Pemakanan, Azimah Zainal, mengenai anak susah makan wajar di beri perhatian dan ibu tidak boleh menganggap anak minum susu dah cukup untuk perkembangannya.

Pada sesi runding cara pemakanan hari ini, saya di datangi seorang ibu muda yang membawa anak berusia 3 tahun yang di rujuk oleh Doktor Perubatan di klinik atas masalah kekurangan berat badan

Pada usia 3 tahun, anak ini beratnya 10 kilogram dan carta berat untuk umur anak ini menunjukkan dia sedang mengalami masalah kekurangan berat badan teruk.

Dalam sesi soal jawab kekerapan pengambilan makanan, anak ini minum susu formula lebih dari 10 botol sehari. 240ml setiap satu jam.

Ads

Ibu asyik mengulang pernyataan yang anaknya memang tidak mahu makan. Hanya akan minta susu bila dia lapar. Kata ibu lagi biskut dan roti pun anaknya tak mahu.

Kebetulan di atas meja saya tadi memang ada sebungkus biskut yang baru sahaja saya beli pagi tadi dan terus saya offer sekeping pada anak. Anak itu duduk diam dan makan dengan tekun.

Sepanjang sesi berlangsung 5 keping biskut berjaya di habiskan oleh anak tersebut. Terus saya maklumkan pada ibu tersebut.

“Lebih Baik Anak Minum Susu Daripada Tak Makan”. Ini Silap Ibu Yang Boleh Jejaskan Perkembangan Anak

Puan, anak puan ini tidak nampak seperti seorang yang memilih makanan tetapi dia hanya tau yang bila lapar dia perlu minta susu.

Ads

Ibu, anak yang berusia 3 tahun perlu di beri makanan keluarga 4 hingga 5 kali sehari dengan kekerapan pemberian snek sebanyak 1 hingga 2 kali sehari. Susu pula keperluannya hanyalah 3 gelas sahaja sehari

Anak yang diberikan susu formula terlalu banyak akan menyebabkan anak tidak mahu makan makanan utama. Susu itu telah memenuhi hampir keseluruhan perut anak tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan tenaga seharian bagi anak.

Keperluan tenaga yang tidak mencukupi akan menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan anak menjadi tidak normal.

Pelbagaikan Makanan

Usah ajar anak terlalu bergantung kepada susu sahaja. Bila anak lapar, kita momokkan dengan susu.

Susu perlu untuk anak tetapi pemberian susu yang melebihi dari pengambilan makanan adalah tidak normal dan tidak bagus untuk anak.

Ads

Tambahan pula gula tambahan yang terdapat dalam susu formula tadi boleh memberi pelbagai impak yang tidak baik pada anak.

“Lebih Baik Anak Minum Susu Daripada Tak Makan”. Ini Silap Ibu Yang Boleh Jejaskan Perkembangan Anak

Ajarlah anak untuk makan pelbagai jenis makanan dan berikan snek yang berkhasiat pada anak. Elak beri kanak-kanak makanan yang tinggi lemak, tinggi garam dan gula.

Kadang-kadang memberi anak makan adalah sesuatu perkara yang sangat mencabar, tetapi ianya bukan alasan untuk kita sumbatkan anak kita dengan susu yang banyak. Tiada istilah tak apa anak tak makan asalkan anak minum susu.

Mohon hilangkan persepsi itu dari pemikiran ibu-ibu semua. Anak-anak perlu pelbagai khasiat dan nutrisi dari pelbagai jenis makanan untuk pastikan anak- anak membesar dengan baik dan sempurna.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI