Anak-anak zaman sekarang lebih ‘advance’ dan suka mempelajari benda baru. dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar melalui pelbagai sumber.
Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari. Banyak manfaat yang dapat anak anda pelajari untuk diri mereka.
Mengembangkan Kemampuan Berbahasa Anak
Melalui ensiklopedia, ia dapat membantu mengembangkan ‘basic skill’ berbahasa anak. Selain itu, kebiasaan membaca pada anak dapat memperkaya kosa katanya. Dan hal tersebut tentunya sangat positif bagi proses perkembangan anak.
Mengembangkan Daya Berpikir (Analisa) Anak
Ensiklopedia merupakan media interaktif yang memerlukan pembacanya untuk berpikir, tidak terkecuali anak-anak. Buku jenis apapun yang dibaca oleh anak, baik fiction mahupun non-fiction, akan mendorongnya untuk berpikir. Lebih banyak kanak-kanak membaca, si anak akan memiliki cara berpikir yang luas.
Memperkaya Kemampuan Imaginasi Anak
Buku bergambar memperkenalkan pada anak tentang seni dan literasi. Sementara buku cerita menstimulasi kesedaran anak, membantunya untuk melihat, mendengar, merasa, dan mencium. Membaca buku memberi anak ruang untuk berimaginasi seluas-luasnya dan menginspirasinya tentang kreativiti.
Saksikan Anak Ensiklopedia di Astro Ria pada 7 Oktober ini, 9.00 malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Cara Mudah Hilangkan Kapur Dalam Mi Kuning, Simple Tapi Memang Menjadi!
Terus rasa kurang berselera untuk menyuap bila terasa kapur dalam mi goreng. Mi kuning dengan rasa kapur yang kuat buat mi jadi tak sempurna.
Macam mana nak hilangkan rasa kapur ni? Pengguna Tik Tok @aliabangs berkongsi tip mudah iaitu dengan meletakkan gula dalam rendaman mi kuning. Memang menjadi!
Jom ikuti perkongsiannya.
1. Leraikan mi kuning dalam bekas.
2. Masukkan air. Tak kisah air suam atau air biasa.
3. Masukkan sedikit gula putih atau gula perang. Kacau sekejap biar rata.
4. Biarkan direndam dalam 15-30 minit.
5. Basuh dan toskan airnya.
Dah hilang rasa kapurnya!
@aliabangs Tips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mee Kuning. #kitchenhacks #fypシ #foryou #MaxisBiggestSale #tiktokindonesia #tiktokmalaysia ♬ Aca Aca Nehi Nehi – 𝐔𝐆𝐈𝐊🇸🇦
Menarik: 6 Bulan Ni, Sayalah Paling Bahagia, Rutin Urus Bilal Mencabar Tapi Membahagiakan PU Riz!
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doa Untuk Anak Dengar Kata & Kurang Nakal. Moga Tiap Masa Hati Anak Allah Jaga
Anak kita ni waktu kecil, senang je menurut kata. Tapi bila dah masuk remaja, lain pula ceritanya. Kadang-kadang sikap mereka berubah hinggakan kita pun terperanjat, ‘betul ke ni anak yang aku asuh dulu?’
Siapa yang tidak hiba apabila anak yang dulunya mudah ikut kata kini bertukar kepada peremuk jiwa? Na’uzubillahi min zalik. Mohon dijauhkan Tuhan dari bapa segala musibah itu.
Alhamdulillah, Tuhan ada berkongsi doa Gred A untuk kita amalkan. Doa yang saya petik dari Surah Al-Furqan ayat 74 iaitu :
رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٖ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا
Bermaksud : ‘Wahai Tuhan kami, kurniakan kami isteri & zuriat yang menyukakan hati kami ketika melihatnya serta jadikanlah pemimpin bertakwa sebagai ikutan kami’.
Dalam doa ini, kata kuncinya terletak pada kalimah ‘Qurrata A’yun’. Kita perlu fahaminya agar doa yang diucapkan lebih mudah datang dari hati.
Istilah ‘Qurrata A’yun’ bermaksud ‘penyejuk hati’. Kefahaman mudahnya : apabila kita teringatkan anak, hati dipenuhi bahagia & bahagia. Anak yang membuatkan hidup kita terasa bermakna & dipenuhi ‘happiness’. Itulah maksud terma ‘Qurrata A’yun.
Bagaimana sikap anak sebegini?
Saya punya contoh kecil untuk memperihalkannya. Anak kedua kami namanya Aqif Furqan. Saya masih teringat lagi moment ‘Qurrata A’yun’ darinya yang waktu itu berusia 5 tahun. Ketika itu, saya baru pulang ke rumah setelah penat seharian dengan tugasan kerja, mesyuarat, traffic jam & sebagainya.
Dalam keadaan penat & badan hampir ‘zero’ tenaga, tiba-tiba ada semangat luar biasa datang. Dan ia berpunca dari si comel ini.
Aqif bila nampak kereta ayahnya parking depan rumah, ia terus meluru keluar. Mukanya tersengih ceria meneriak, ‘Yay, babah dah balik’ dengan kedua tangannya menghulurkan cawan plastik biru kepada saya.
‘Babah cuba minum air ni. Sedaaap….’
Allahu. Anda dapat bayangkan betapa bahagianya hati saya. Anak yang innocent & ikhlas ini hanya tahu satu perkara sahaja : ayahnya yang dikasihi telah pulang. Ini waktu untuk ia tunjukkan ‘appreciation’.
Saya terus memangkunya & minum air dari cawan plastik biru itu. ‘Adik, air apa ni?’ Saya tanya. ‘Air kosonglah babah’, dia menjawab dengan muka bersahaja.
‘Tapi kenapa air ni rasa lain’?’ Saya meneguk dengan dahi berkerut.
‘Oooo, tadi adik makan biskut, tapi rasa dia tak best. Adik keluarkanlah kat air ni….’. Dia menjawab dengan jawapan penuh ‘ikhlas’.
Air kosong bercampur luahan biskut. Itulah air yang dihulurkannya. Tapi saya teguk juga, bukan sebab rasanya sedap sangat (huhu..) tetapi air ini berperisa istimewa.
Ia berperisa ‘Qurrata A’yun’. Happiness.
Anda tentu tersenyum ketika membaca kisah ini. Harapnya semua anak kita menjadi zuriat ‘qurrata A’yun’ : anak yang baik, kasihi & hormati ibu-bapa serta menjadi anak penyejuk jiwa.
Anak yang bukan setakat pandai menurut kata tetapi prihatin terhadap keadaan kita. Anak yang ketika ia belikan makanan makanan untuk kita, ia tahu memilih juadah yang kita gemari. Jika ia belikan baju, itulah warna kesukaan kita.
Jika kita bermuram durja kerana suatu, ia bersungguh ambil tahu. Ketika kita sakit, ia sanggup ketepikan urusan kerja hanya untuk menemani kita di hospital.
Inilah anak ‘Qurrata A’yun’ yang didambakan. Amin, amin, amin. Dalam pada tu ulama pesan, jika kita inginkan hidup anak lebih berkah, kita boleh jemput keberkatan tersebut dengan berkongsi berkah kepada anak orang lain dengan amalan sedekah.
Kredit: Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Banyak Boleh Buat, Remuk Hati Bila Anak Dalam Kesakitan” Dr Sheikh Muszaphar Sedih Tengok Anak Sakit
Ibu bapa mana yang tak sedih melihat anak yang sedang sakit, lebih-lebih lagi anak yang masih kecil. Begitulah luahan angkasawan pertama negara, Doktor Sheikh Muszaphar apabila anak lelaki kembarnya mengalami demam panas.
Tambahnya lagi, tak banyak yang boleh dilakukan untuk membantu anak-anak kecil ini sembuh secepat mungkin.
“Adam with high fever”
“Remuk hati apabila Si Anak dalam kesakitan. There’s nothing much you can do”
Penulis buku My Way of Parenting ini juga berharap anak-anaknya cepat sembuh dan tak lupa mengucapkan kata sayang buat anaknya itu.
“Just hoping for a speedy recovery .Daddy loves you Adam”. “Noah too is falling sick now”
Untuk kanak-kanak kecil dan bayi, suhu yang sedikit tinggi mungkin menunjukkan jangkitan yang serius. Tetapi tahap demam tidak semestinya menunjukkan betapa seriusnya keadaan umum.
Suatu penyakit ringan boleh menyebabkan demam yang tinggi, dan penyakit yang lebih serius boleh menyebabkan demam yang rendah. Biasanya demam akan hilang dalam masa beberapa hari. Beberapa ubat-ubatan di kaunter boleh merendahkan suhu demam, tetapi kadang-kadang ia lebih baik tidak di rawat. Demam memainkan peranan penting dalam membantu badan anda melawan beberapa jangkitan.
Punca
Suhu normal tubuh anda berbeza-beza sepanjang hari . Ia lebih rendah daripada waktu pagi dan lebih tinggi pada lewat petang dan malam. Malah, suhu biasa anda boleh berkisar kira-kira 97°F (36.1°C) dan 99°F (37.2°C). Walaupun kebanyakan orang menganggap 98.6°F (37°C) biasa, suhu badan anda mungkin berbeza-beza. Faktor-faktor lain, seperti kitaran haid anda atau senaman berat, boleh memberi kesan kepada suhu badan anda dan juga disebabkan beberapa faktor berikut:
- Virus
- Jangkitan bakteria
- Strok haba
- Selaran matahari yang melampau
- Keadaan radang tertentu seperti artritis reumatoid – keradangan pada selaput sendi (synovium)
- Tumor malignan
- Sesetengah ubat-ubatan, seperti antibiotik dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi atau sawan
- Sesetengah imunisasi, seperti difteria, tetanus dan pertusis atau vaksin pneumokokal.
Klasifikasi
- Suhu badan mempunyai julat yang besar.
- Demam biasanya diakui sekiranya
- Suhu pada dubur adalah atau melebihi 37.5 – 38.3 °C (100–101 °F)
- Suhu pada mulut (“oral”) adalah pada melebihi 37.2°C
- Suhu pada ketiak (“axillary”) atau pada telinga (“otic”) adalah pada atau melebihi 37.2 °C (99.0 °F)
- Bagi orang dewasa yang sihat, julat bagi suhu mulut adalah 33.2 – 38.2 °C (92 – 101 °F), bagi dubur adalah 34.4 – 37.8 °C (94 – 100 °F), bagi selaput tympanik adalah 35.4 – 37.8 °C (96 – 100 °F) dan bagi ketiak (“axillary”) ia adalah 35.5 – 37.0 °C (96 – 99 °F).5
Suhu badan mungkin meningkat selepas aktiviti berat tetapi ini tidak dianggap sebagai demam kerana titik set suhu badan adalah normal. Orang tua memiliki keupayaan yang kurang bagi menghasilkan haba badan, dengan itu suhu tahap rendah mungkin juga menunjukkan penyakit umum yang serius.
Hiperpyrexia
Hiperpyrexia merupakan demam dengan suhu badan amat tinggi sama ada atau melebihi 41.5 °C (106.7 °F). Suhu tinggi sedemikian di anggap kecemasan perubatan kerana ia mungkin menunjukkan keadaan sebenar yang serius atau membawa kepada kesan sampingan yang besar.
Punca biasa adalah pendarahan otak (intracranial hemorrhage). Punca lain mungkin akibat sepsis, sindrom Kawasaki , sindrom maligan neuroleptik, kesan dadah, sindrom serotonin, dan jangkitan tiroid. Jangkitan merupakan punca biasa demam panas yang suhunya tinggi.
Jangkitan yang dikaitkan dengan hiperpyrexia termasuk: roseola, rubeola dan jangkitan enteroviral.
Penyejukan agresif segera dengan suhu < 38.9 °C (102.0 °F) di dapati meningkatkan peluang terselamat. Hiperpyrexia berbeza dari hiperthermia daripada segi bagaimana suhu panas itu terjadi.
Hiperthermia
Hiperthermia berpunca daripada beberapa sebab termasuk heatstroke, sindrom maligan neuroleptik, hyperthermia maligan, perangsang seperti amphetamine dan kokain, tindak balas dadah idiosyncratic, dan sindrom serotonin.
Tanda / Gejala
Anda demam apabila suhu badan anda meningkat melebihi julat normal. Apa yang normal bagi anda boleh menjadi sedikit lebih tinggi atau lebih rendah daripada suhu normal purata 98.6 F (37°C). Bergantung kepada apa yang menyebabkan demam anda, tanda-tanda demam tambahan dan gejala-gejala termasuk:
- Berpeluh
- Menggigil
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Hilang selera makan
- Dehidrasi
- Lemah anggota badan
Demam yang tinggi antara 103°F (39.4°C) dan 106°F (41.1°C) boleh menyebabkan:
- halusinasi
- kekeliruan
- mudah marah
- sawan
- dehidrasi
Sawan demam
Sawan demam biasanya melibatkan hilang sedar dan kaku anggota badan. Walaupun membimbangkan untuk ibu bapa, majoriti sawan demam tidak menyebabkan kesan berkekalan.
Jika sawan berlaku:
- Posisikan anak anda mengiring atau terlentang di atas lantai atau tanah
- Jauhkan apa-apa objek bahaya yang berhampiran anak anda bagi mengelakkan kecederaan
- Longgarkan bahagian baju yang ketat
- Jangan letakkan apa-apa di dalam mulut anak anda atau cuba untuk menghentikan sawan itu
- Kebanyakan sawan akan berhenti sendiri. Bawa anak anda berjumpa doktor secepat mungkin bagi menentukan punca demam
- Memanggil bantuan perubatan kecemasan jika sawan berlaku lebih dari 5 minit
Rawatan di tempat kejadian
Demam adalah sebahagian daripada pertahanan badan terhadap jangkitan. Walaupun demam bukan penyakit, jika ia melebihi suhu 40 º C (104 º F), ia boleh menjadi sangat berbahaya. Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan demam, tidak ada pilihan selain merawatnya di rumah. Berikut adalah beberapa cara untuk melakukannya.
Mandi. Jika anda ingin merawat demam anda, rendamkan diri dalam tab mandi yang penuh dengan air sejuk. Air itu akan membantu menyejukkan kulit serta dapat menurunkan suhu badan.
Lapkan badan. Jika anda tidak berkeinginan untuk mandi, anda boleh menggunakan tuala lembap. Rendamkan tuala kecil dalam air sejuk dan sapukan ke seluruh badan atau letak kain di dahi anda untuk mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh demam.
Menurunkan suhu bilik. Mengurangkan suhu bilik mungkin boleh membuatkan anda berasa lebih selesa dan juga membantu untuk mengurangkan suhu badan anda.
Keluarkan lapisan pakaian. Gabungan lapisan pakaian dan selimut memerangkap haba, menjadikan demam bertahan lebih lama daripada biasa. Pakai hanya beberapa lapisan pakaian dan hanya menggunakan selimut untuk tempoh seram sejuk.
Dapatkan banyak rehat. Badan anda adalah memerangi penyakit dan memerlukan banyak tenaga untuk pulih dengan sendirinya. menghadkan aktiviti dan berehat sebanyak mungkin.
Kekal terhidrat. Badan anda memerlukan banyak cecair untuk melawan penyakit di dalam badan anda, terutamanya jika anda berpuasa. Minum air dengan kerap sepanjang hari.
Rawatan Di Hospital
Posisikan pesakit, beri oksigen jikalau perlu dan lakukan sponging jika suhu badan mendadak naik atau panas.
Mengambil vital sign pesakit seperti tekanan darah, denyutan nadi,suhu badan,dan kadar pernafasan setiap minit.
Set branula pada kedua belah tangan untuk memberi ubatan dan rujukan ke hospital yang terdekat
Pencegahan
Cara terbaik untuk mencegah demam adalah untuk mengurangkan pendedahan anda kepada penyakit berjangkit. Salah satu cara yang paling berkesan untuk melakukannya adalah juga merupakan salah satu cara yang paling mudah iaitu kerap mencuci tangan dengan bersih.
Mengajar anak-anak anda untuk membasuh tangan mereka kerap, terutamanya sebelum mereka makan, selepas menggunakan tandas, selepas menghabiskan masa di khalayak ramai atau bermain di luar rumah
Menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk membasuh tangan mereka dengan cara yang betul yang meliputi kedua-dua depan dan belakang setiap tangan dengan sabun.
Kredit: drsheikhmuszaphar,myhealthportal
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI