Menjadi impian setiap ibu dan bapa untuk menyimpan atau menabung bagi kegunaan anak-anak di masa hadapan. Bukan sahaja untuk kegunaan si kecil bagi menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi malah juga untuk digunakan ketika waktu kecemasan dan sebagainya.
Tabiat menabung ini perlu bermula daripada ibu bapa sendiri dan seterusnya diajarkan kepada anak-anak seawal usia mereka. Bermula dengan menyimpan duit dalam tabung kecil dan seterusnya dijadikan rutin untuk mereka, sudah pasti kebiasaan tersebut akan membuatkan mereka teruja dan gembira apabila melihat jumlah duit yang terkumpul pada akhirnya.
Malah ibu bapa juga sedikit sebanyak perlu menerapkan ilmu-ilmu kewangan secara tidak langsung kepada anak-anak supaya mereka mempunyai kesedaran betapa pentingnya menyimpan untuk kegunaan masa depan. Justeru itu, ibu bapa sendiri perlu mempunyai sedikit ilmu tentang pengurusan duit anak-anak.
Kempen Simpan Challenge Pa&Ma Bersama SSPN
Pada Julai 2020, Pa&Ma dan SSPN bekerjasama memberikan pendedahan dan ilmu tentang kepentingan menyimpan duit kepada ibu bapa khususnya yang baru mempunyai cahaya mata melalui Kempen Simpan Challenge Pa&Ma Bersama SSPN.
Menerusi kempen ini, Pa&Ma dan SSPN bakal menganjurkan dua acara yang padat dengan maklumat dan juga ilmu yang boleh digunakan untuk pengurusan duit anak-anak demi masa depan mereka khususnya.
E Workshop Financial Parenting
Pada 25 Julai 2020, Pa&Ma dan SSPN akan mengadakan kelas secara dalam talian berkaitan ilmu pengurusan duit untuk anak-anak. Pelbagai tip menguruskan duit simpanan anak-anak bakal dikongsikan oleh Dr. Azu Shahadan, Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga & Organisasi.
Seramai 50 peserta akan bersama Dr. Azu menerusi aplikasi Zoom untuk menimba ilmu dan mendapatkan sebanyak mungkin tip dan maklumat berkaitan pengurusan dan simpanan duit anak-anak. Menariknya semua peserta yang menyertai kelas ini akan mendapat akaun simpanan SSPN bernilai RM20 setiap seorang. Kelas E Workshop Financial Parenting ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dato’ Dr Fazley Yaacob, selebriti dan bapa kepada empat orang cahaya mata. Kepada yang berminat untuk menyertai kelas ini boleh menghubungi segera nombor telefon seperti tertera di dalam poster.
Selain padat dengan tip dan maklumat tentang pengurusan wang untuk keluarga, para peserta juga berpeluang menyertai Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2020 yang baru sahaja dilancarkan pada 14 Julai 2020 sekiranya membuat pembukaan akaun atau penambahan deposit dalam SSPN-i Plus.
Terdapat dua kategori cabutan iaitu Cabutan Tahunan dan Cabutan Bulanan. Tempoh promosi ini akan berlangsung bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2020 bagi Cabutan Bulanan manakala Cabutan Tahunan pula 1 Januari hingga 31 Disember 2020.
Hadiah utama Cabutan Tahunan berupa kereta Mercedes Benz C200 FL AMG Line, tempat kedua berupa wang tunai RM50,000, tempat ketiga berupa RM30,000 dan hadiah saguhati RM500 untuk 1,000 orang pendeposit. Bagi Cabutan Bulanan, 20 orang pendeposit SSPN berpeluang meraih hadiah wang tunai RM2,020 pada setiap bulan.
Pembukaan akaun dan penambahan deposit SSPN-i Plus boleh dilakukan dengan mudah secara online di www.lovesspn.com.
Peraduan Simpan Challenge #DoItBaruBerduit
Bagi memeriahkan lagi kempen Simpan Challenge Pa&Ma Bersama SSPN, peserta dan pengikut media sosial Pa&Ma dan PTPTN boleh memenangi hadiah menarik dengan menyertai peraduan yang akan berlangsung selepas selesai kelas E Workshop Financial Parenting.
Caranya peserta hanya perlu merakam video reaksi anak-anak diberi upah oleh ibu bapa setelah melakukan tugasan di rumah (contohnya cuci tingkap, menyapu sampah dan sebagainya) dan gelagat anak apabila disuruh menabung seterusnya memuat naik video tersebut di akaun Instagram masing-masing. Seramai 13 orang peserta dengan kandungan video yang paling menarik akan dipilih sebagai pemenang.
Hadiah-hadiah menarik yang menanti peserta Simpan Challenge #DoItBaruBerduit adalah seperti berikut:
Tempat pertama – Akaun SSPN RM500
Tempat kedua – Akaun SSPN RM300
Tempat ketiga – Akaun SSPN RM200
10 pemenang saguhati berupa akaun SSPN RM100
Borak Pa&Ma Bersama Sharifah Shahirah & Puan Mastura
Bagi merancakkan lagi kempen Simpan Challenge Pa&Ma Bersama SSPN, video live temu bual eksklusif bersama Puan Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN turut akan disiarkan di Facebook Pa&Ma dan PTPTN.
Menampilkan selebriti yang tidak asing lagi iaitu Sharifah Shahira sebagai moderator yang akan menemubual Puan Mastura membincangkan topik menarik berkaitan pengurusan simpanan wang anak-anak di SSPN.
Program yang akan disiarkan secara langsung pada 29 Julai jam 3 petang ini pastinya akan memberikan pelbagai input menarik dan berguna buat ibu bapa.
Jangan lepaskan peluang keemasan dengan mengikuti dan juga menyertai kempen Simpan Challenge yang dijalankan oleh SSPN bersama Pa&Ma. Bukan sahaja ilmu bermanfaat dan info menarik yang akan diperolehi dan dikongsikan untuk semua, tetapi hadiah-hadiah yang ditawarkan juga jangan dilepaskan.