Kanak-kanak memang suka main playdoh. Sebenarnya lebih jimat dan selamat buat sendiri playdoh untuk anak. Warnanya yang berwarna-warni sangat menarik perhatian si kecil. Sebenarnya main playdoh memang bagus untuk perkembangan skil motor halus anak.

Bila main playdoh kanak-kanak akan duduk diam dan fokus menghasilkan karya mereka. Ia membantu otak si manja berfikir dan berkreatif.

Selain itu proses menguli dan membuat pelbagai bentuk objek juga merangsang jari-jemari mereka lebih mahir.

Lebih menyeronokkan sekiranya dapat bermain bersama kawan-kawan. Dah tentu ia mengembangkan kemahiran sosial si kecil.

Wah, memang banyak betul kelebihannya pada perkembangan anak. Tapi harganya boleh tahan juga di pasaran, lagi satu bahan yang digunakan juga agak diragui. Jadi, apa kata buat sendiri play doh untuk anak seperti dilakukan oleh Puan Maria Bentalib. Lagi puas hati melihat anak seronok bermain.

Bukan tak nak kasi anak main play doh, tapi bahan kimia beracun yang ada dalam play doh ni, bahaya kalau anak termakan. Lagipun, mahal pula harganya.

Padahal main play doh ni bagus betul untuk minda anak, tingkatkan kemahiran sensori motor anak dan buat mereka lebih yakin diri.

IKLAN

Cari punya cari, jumpalah satu resepi yang berkenan di hati dan sungguh menjadi.

Bahan-bahan

2 1/2 cawan tepung gandum (penuh penuh)

IKLAN

2 sudu besar cream of tartar

1/2 (setengah) cawan garam

2 sudu besar minyak sayuran

IKLAN

1 cawan air suam

Sedikit pewarna makanan

Uli doh sampai sebati.

Boleh disimpan dalam bekas untuk guna lagi.

Sumber: Maria Bentalib

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI