Lebih Marah Dari Pujuk, Tak Elok Untuk Anak. Besar Nanti Dia Boleh Jauh Hati

Share

Lebih marah dari pujuk kesannya sangat besar untuk perkembangan anak. Memang kebanyakan anak akan nampak takut dan dengar kata bila di marah tetapi untuk jangka masa panjang tak berapa elok.

Pernah lihatkan bila ibu bapa memarahi anak, automatik kita boleh nampak anak ‘kaku’ atau terdiam tanpa berkata. Tapi adakah kita terfikir kesan pada emosinya untuk membesar.

Berdasarkan perkongsian dari Terapis Cara Kerja (OT) Aisyah Rozalli dia menjelaskan kesan marah anak dan pujuk anak melalui pemerhatiannya pada anak sendiri.

MARAH ANAK VS PUJUK ANAK

(Baca sampai habis untuk tahu kesan keduanya)

Beberapa hari ini, saya buat eksperimen.

Saya tengok beza tindak balas anak antara saya marah dengan saya pujuk.

Tadi….

Aufa main pemukul lalat.
Syok-syok jerit “haa! biateeee lalat ni!” sambil lepak lepuk lantai.

Tiba-tiba….

Abang Husam yang baru 4 tahun jagung tu meraung.
“Aufa ketuk Husam!!!!” Maka….Dipendekkan cerita, saya pun mintalah Aufa mohon maaf pada abang dia.

CARA SATU

Saya marah Aufa.
Saya cakap dengan nada keras.

“Aufa! Tiup abang balik! Cakap sorry kat abang!”

Hmmm… Nak tahu apa jadi?

Aufa keraskan badan dia, sungguh-sungguh tak mahu salam dan minta maaf pada Husam.

Kenapa? Sebab dia berada dalam MOD DEFENSIF. Otak Aufa kata : “Awak tengah kena marah ni! Defend diri!”

So, Aufa pun freeze. Siap silang tangan kat dada, kerut kening.

Nampak macam melawan kan?

Tapi, sebenarnya Aufa cuma “mirror” reaksi marah saya pada dia. Otak dia tak dapat proses apa yang dia perlu lakukan. Yang dia tahu, dia sedang kena marah, badan dia kena manipulate (sebab saya bawa tangan dia suruh salam abang), maka dia kena selamatkan diri dia dengan FREEZE kan badan.

Reaksi survival manusia. Maka…. Saya pun tukar method. Kan tengah eksperimen tadi kan?CARA DUA 

Saya pause dalam 2 minit. Masih pegang tangan Aufa. Tapi, lepas tu saya tarik perlahan dan dudukkan di pangku.

Sambil usap-usap belakang Aufa, cium sikit dahi dia…

“Aufa pukul abang Husam? Kesian abang Husam sakit.”

Aufa pandang abang dia. Masih senyap. Kesan kena marah tadi…

“Jom kita tiup abang nak? Aufa tiup boleh?”

Aufa masih tak bergerak. Tapi, dah tak melawan bila saya bawa dia dekat ke abangnya.

“Tiup jom”

Macam magik. Terus datang dan tiup abang.

“Aufa cakap sorry abang, salam abang”

Sekali lagi macam magik.

Terus cakap “torry abang” dan salam abang berlaga dahi sebab masing-masing nak cium tangan.

So, apa kesimpulannya di situ? Bila kita marah anak, tunjukkan reaksi marah, dan paksa anak bergerak ikut apa yang kita nak dalam keadaan kita sedang marah.

Anak akan masuk MOD SURVIVAL /DEFENSIF.

Ada anak FREEZE atau WITHDRAW. Dia tegak. Tak boleh buat apa. Ada anak yang akan sekalikan dengan tangisan. Ada anak yang akan bawa diri ke sudut bilik.

Ada anak FIGHT. Maka, bila kena marah, dia memukul, menjerit, meraung kemarahan.

Apa nak buat?

KITA DULU KENA TENANG, GROUNDED DAN USAHA UNTUK FAHAM REAKSI ANAK KITA.

Macam mana nak buat?

LEARN = Sentiasa belajar ilmu-ilmu parenting yang praktikal, ilmu pengurusan stress, ilmu pengurusan anak yang betul dan positif (bukan toxic positive ya. Tapi, practically positive)

UNLEARN = Hilangkan ilmu-ilmu yang tak betul dan tak praktikal dan tak sesuai dengan sifat kita dan anak.

RELEARN = Belajar semula, remind diri kita tentang ilmu-ilmu yang kita pernah tahu. Cari circle yang membina.

Mama, Ayah…..

Nak urus anak, kena make sure emosi kita terurus ya. Anak kecil sekejap saja. Saya doakan kita semua berjaya menjadi ibu ayah yang sentiasa berusaha menjaga emosi agar boleh menyalurkan kebaikan kepada anak kesayangan.

Sumber: OT Aisyah Rozalli

Published by
Wan Amy