Ingat lagi waktu awal-awal kahwin. Bahagianya rasa bersama pasangan. Hidup berdua, hanya kita dimanja. Hanya mata kita yang ditenung. Hanya pipi kita yang dikucup. Hanya badan kita yang didakap.

Kemudian…

Bayangkan kebahagian itu bertahan hanya setahun dua. Tiba-tiba si dia meluahkan keinginan nak pasang lagi satu.

Allah hancurnya hati. Nak dihalang, dia mampu. Dalam terpaksa, kita cuba redho berkongsi kasih.

Satu hari, bila berjalan bertiga, tiba-tiba datang seorang manusia.
“Masya Allah. Kiutnya bini baru ko ni bang.” Katanya.
Kita yang duduk ditepi, bagai tak wujud aje. Yang suami dan madu, tersengih-sengih bangga.

Lebih Seorang Anak, Kena Berlaku Adil. Jangan Bandingkan Sebab Nanti Anak Cemburu

Aduhai hati nan duka lara.

Tiba satu hari yang lainnya, kita nampak bini kedua pakai baju kita. Cuma baju tu dah tak muat di badan kita. Baju tu pernah jadi baju kegemaran kita. Hangin pulak rasa. Bila diluah pada pasangan, jawapannya buat kita bertambah terluka.

“Awak kan dah besar. Saiz dah XL. Madu kau kecik lagi baru XS. Jangan nak berkira. Baju tu lagi sesuai bagi kat madu kamu.”

Sob sob….

Makin hari, perhatian si suami makin banyak beralih ke bini kedua. Sedang kita terkial-kial nak pakai komputer baru, bini kedua dah tunjuk skil dia. Kita baru nak belajar potong sayur, bini dah siap masak lauk kedua.

Argh!! Losernya rasa!

IKLAN

Tiba di satu hari, bila suami nak outstation, dia pesan kita suruh jaga bini kedua.

Agaknya apa perasaan kita?

Perasan tak kita?
Sebenarnya apa yang kita rasa tu, mungkin itu jugalah apa yang anak pertama rasa. Saat kita menambah ‘teman’ untuk dia bermain, dia lihat teman itu sebagai saingannya. Lepas tu, bila sorang mula tunjuk bersaing, takkan la sorang lagi nak biar diri dibuli.

Maka berlakulah battle setiap hari. Dari sekecil-kecil perkara, semua boleh jadi penyebab.

Dari saat mereka celik mata, matlamat mereka hanya untuk melihat adik/ abang/ kakak mereka sengsara. Kadang-kadang, sebab potion susu terlebih 1mm dari abang je, perang berlarutan sampai ke malam.

Lebih Seorang Anak, Kena Berlaku Adil. Jangan Bandingkan Sebab Nanti Anak Cemburu

Waktu kecik dulu, nilah perasaan yang saya lalui. Bila tengok saya tunjuk jeles kat adik, lagi seronok orang keliling nak menyakat. Kita yang sengsara, orang dok seronok ketawa.

IKLAN

Parents… please don’t let this happen. Tahan sikit rasa seronok nak menyakat. Sebab ramai saya jumpa kat luar sana yang bermusuh sesama adik beradik sampai dewasa.

Saya dah pernah lalui, dan takut sangat jadi kat anak-anak sendiri. Macam-macam usaha yang saya buat untuk bagi anak kami ni bersatu hati. Antaranya:

1. Jadi teladan yang baik.
Kita laki bini elak gaduh depan anak. Selain ia mencalar emosi anak, perbuatan kita akan beri idea kepada mereka bagaimana nak bergaduh.

2. Rasulullah sebagai contoh.
“Ingat tak mama cerita. Rasulullah dulu buat baik dengan semua. Walaupun dengan orang yang pernah buli dia. Sampai orang buli tu pun jadi sayang kat dia.”

3. Pujuk.
Bila sorang menangis, minta sorang lagi untuk pujuk. Itu yang saya buat. Kadang-kadang saya yang buat si abang nangis, saya surah adiknya pujuk.

4. Hadiah.
Ajar beri hadiah kat adik beradik. Hadiah sesimple kapal terbang kertas pun cukup.

5. Bincang.
Setiap kali berebut, komfem mama yang terlebih kepala pusing. Tak adil kan!
Jadi, kita bagi can diorang adik beradik yang merasa pening. Kita minta mereka bincang. Sementara tu, TV akan ditutup sehingga persetujuan bersama dicapai. Begitu juga dengan mainan. Nak main, kena bincang elok-elok.

IKLAN

Kadang-kadang mereka tak ada idea nak bincang, kita mak ayahlah yang beri idea.
Contohnya, “Boleh Ammar nak mainan Aqlan. Tapi Ammar pilih mana mainan yang nak bagi Aqlan pinjam dulu.”
Gitu.

6. Puji.
Memuji bila mereka sedang baik. Dan tak ambil peduli bila mereka berebut.

Lebih Seorang Anak, Kena Berlaku Adil. Jangan Bandingkan Sebab Nanti Anak Cemburu

7. Attachment.
Buat aktiviti bersama-sama. Contohnya, saya galakkan mereka saling menyuap makan, saling peluk dan cium, saling berterima kasih dan meminta maaf.

8. Jadi tukang sorak.
Bila sorang lagi sedang usahakan sesuatu, ajak sorang lagi untuk bersorak bagi semangat.

9. Bantu anak suarakan isi hati.
Ini suami saya punya trik. Contohnya, kalau Aqlan menangis sebab nak mainan dari Ammar, tapi Ammar tak bagi, suami akan jadi tukang cakap masing-masing. Lebih kurang macam pihak tengahlah juga.

Bila cakap kat Aqlan,
“Aqlan teringin nak main mainan Ammar ke? Kejap ayah bagitau Ammar.”.
Bila cakap dengan Ammar,
“Ammar, Aqlan nak pinjam tu. Sebenarnya Ammar bagi kan? Tapi Ammar nak Aqlan mintak elok-elok, kan?”

Biasanya, anak akan tiba-tiba setuju jadi baik, walaupun asalnya tengah marah-marah. Anak ni, kalau mereka rasa ada orang yang faham mereka, hati mereka dah terubat dah.
Penting untuk kita validate perasaan anak, walaupun mereka sedang marah. Biar mereka luah rasa marah. Tugas kita bukan untuk selesaikan. Tapi cukup untuk pasang telinga.

Cuma ingatkan mereka, nak marah boleh, cuma jangan bagi orang sakit atau harta benda rosak.

Pening memang pening. Tapi itulah nature adik beradik. Tak gaduh tak sah! Kita pun dulu macam tu kan!! Yang penting, muafakat bila dah besar.❤️

Sumber: Penulis The Pro Parenting – Wawa Shauqi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI