Lebihan Daging Banyak Tak Tahu Nak Masak Apa, Boleh Cuba Resipi Best Beef Recipe Syifajamil Baru Tahu Best Ke tak Best!

Share

Kalau ada lebihan daging tapi tak tahu nak masak apa, jom cuba resipi dari syifajamil ni! Menu ni kalau dilihat ala-ala menu korea sebenarnya ‘beef bulgogi’. Makan dengan nasi kosong panas dah memang confirm sedap lah.

 

 

Bahan-bahan: 

  • Daging (dihiris nipis)
  • Bawang putih cincang/serbuk
  • Chili flakes
  • Minyak bijan (optional)
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Cili padi
  • Minyak panas
  • Daun ketumbar

 

 

Cara penyediaannya: 

  1. Perap daging sekurang-kurangnya 15 minit dengan serbuk lada hitam, kicap manis dan sos tiram.

2. Apabila selesai perap selama 15 minit, rebus daging yang telah diperap tadi sehingga lembut.

3. Tapis daging dan gaulkan dengan bawang putih, chili flakes dan minyak bijan dalam mangkuk.

4. Akhir sekali masukkan minyak yang betul betul panas, gaulkan dan hiaskan dengan daun ketumbar.

 

 

Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI

 

Dah siap dah resipi ni, mudah sangat! makan dengan nasi panas-panas memang ngam. Ini boleh dikatakan ala-ala menu korea tu, ‘beef bulgogi’.

Published by
Humaira