Lebihan nasi semalaman usah dibuang kerana banyak resipi yang boleh dihasilkan daripada lebihan nasi ini. Salah satu resipi yang paling sesuai untuk anak-anak dan keluarga pastinya Apam Nasi. Apam nasi yang satu ini bukan hanya sedap bahkan cukup mudah disediakan. Hanya blend sahaja dan kukus hingga masak.
Resipi sedap dan mudah yang dikongsikan oleh Noor Atika Mahamood ini paling sesuai dicuba. Sangat mudah!
Nah saya belanja lagi resepi Kuih Apam Nasi. Dah la senang, sedap pulak tu. Resepi yang sama yang saya guna untuk jual dulu, 3 biji RM1.
Memasak dan menyediakan bubur nasi anak memerlukan tempoh masa yang agak lama. Namun dengan kepelbagaian dan daya kreatif ibu hari ini, bubur nasi menjadi satu teknik yang begitu pantas di masak. Semuanya mengikut daya kreativiti masing-masing. Ada yang meletakkan dalam bekas kecil, merendamnya terlebih dahulu, membekukan dan pelbagai lagi.
Namun nak menyedapkan rasa bubur itu sendiri semuanya tergantung kepada rahsia air tangan ibu. Perkongsian resipi bubur yang satu ini juga menarik. Santan dalam bubur orang dewasa itu sudah biasa, namun bagaimana pula dimasukkan ke dalam bubur anak kecil kita? Jom cuba resipi ibu ini, Norlaila Mohd Yusoff. Sedap berlemak. Anak pun makin selera.
BUBUR NASI BERSANTAN Bubur ni Ibu dah masak lewat malam tadi. Lepas tu letak dalam bekas tertutup masuk bahagian chiller. Ni Ibu buat untuk makan 2 hari terus. Untuk hari ni dan esok. Kalau Irfan makan selera, mungkin habis semua ni sehari. Bahan-bahan seperti dalam gambar.
Lobak merah dan kentang (disagat), sayur pakchoy (dicincang), UB, bebawang.
Beras frozen, CFS, Santan frozen, ayam. Beras dan ayam 2 bekas sebab masak untuk 2 hari terus. Chicken Feet Stock dan santan tu sebab tak muat bekas kiub ais, Ibu dah buat saiz besar macam ni. So taruk 1 bekas 1 bekas je. Kalau guna kiub ais mungkin guna 2,3 kiub.
Panaskan unsalted butter (UB). Kemudian tumis bebawang. Lepas tu masukkan ayam yang dah dicincang. Agak-agak ayam dah hampir masak masukkan air, beras frozen, Chicken Feet Stock (CFS), lobak merah dan kentang. Bubur dah hampir masak baru masukkan santan dan juga sayur pakchoy.
Siap dah. Bau sedap, rasa berlemak.
Ibu simpan dalam bekas bertutup macam ni. Nanti keluarkan awal bagi dalam suhu bilik je. Irfan ok makan bubur dalam suhu bilik. Tak perlu panaskan semula. Kena try & error untuk anak masing-masing.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu-satunya resipi wajib ketika di bulan Ramadan pastinya Roti John yang membuatkan waktu berbuka jadi lebih bermakna. Tak sah tanpa menikmati roti john yang penuh dengan inti.
Resipi Roti John Cheese Inti Lebih yang dikongsikan oleh Pn Iza Abu Bakar ini anda wajib cuba. Mana tidaknya, bahan simple tetapi rasa padu dengan inti yang berlimpah-ruah. Pasti puas makan.
Setiap kali Ramadhan mesti famous sangat Roti John ni. Anak anak pun suka makan. Daripada nak beratur panjang membeli roti John ni, lebih baik kita buat je sendiri kan. Haa, jom kita buat.
BAHAN BAHAN
4 biji telur (dipukul)
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar serbuk rempah kari
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji bawang putih (dipotong dadu)
Roti panjang (dibelah 2)
Kobis (dihiris nipis)
Kepingan cheese
Mayonis
Sos cili
Ayam cincang/daging cincang
Garam secukupnya
Minyak masak
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging kisar atau ayam cincang, serbuk kari, serbuk lada putih dan garam secukupnya. Kacau sebati dan biarkan sehingga ayam masak.
2. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
3. Pukul telur sehingga berbuih dan masukkan inti ayam tadi. Kacau rata hingga sebati.
4. Potong roti kepada dua bahagian, tapi jangan sampai putus ye.
5. Sapukan permukaan roti dengan butter atau marjerin dan grillkan atas kuali sekejap dan angkat.
6. Kemudian masukkan sedikit minyak di dalam pemanggang dan tuangkan inti secukupnya supaya ia melebar lebih besar daripada saiz roti. Biarkan seketika.
7. Letakkan kepingan cheese di atas inti tadi.
8. Ambil roti yang dibelah tadi dan terlangkupkan di atas inti. Tekan tekan sedikit dan biarkan masak sebentar.
9. Bila dah masak, balikkan roti seketika dan angkat.
10. Letakkan mayonis, sos cili dan kobis yang telah dihiris nipis. Potong la roti pada beberapa bahagian. Dah siappp.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuaca yang panas kebelakangan ini sangat sesuai kalau kita dapat nikmati minuman sejuk yang enak untuk meredakan rasa dahaga. Lagi jimat dan sedap jika kita dapat sediakan sendiri. Jom sama-sama cuba!
Air Soda Herbs
Bahan-bahan:
2 Batang serai diketuk
Lemon dipotong bulat
Daun Pudina
Air bekarbonat (aiskrim soda)
Laici tin
Asam boi
Ais batu
Cara penyediaan:
Campurkan kesemua bahan dan kacau.
2. Air Ribena Laici
Bahan-Bahan:
3 sudu besar jus ribena
3 sudu besar air gula*
3 sudu besar jus laici dalam tin
3 biji laici dalam tin
Daun pudina
Air serta ais batu secukupnya
*air gula terlebih dahulu dimasak bersama daun pandan untuk aroma dan rasa lebih menarik.
Cara penyediaan:
Campurkan jus ribena,air gula dan jus laici.
Tuang air sejuk secukupnya.
Kacau2.
Tambahkan laici dan ais batu.
Masukkan sedikit potongan daun pudina untuk lebih kesegaran.
3. Air Katira
Bahan-bahan:
1 litre air panas
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
Bes minuman perisa tebu(brand double lion)
Gula secukup manis
Air cincau dlm tin
Biji selasih(rendam bagi kembang dulu)
Cara penyediaan:
Masukkan air panas,susu cair,susu pekat, bes minuman perisa tebu dan gula. Kacau sampai larut kemudian masukkan air cincau dan biji selasih.
Mudah bukan resipi ini, boleh cuba buat dan hidangkan untuk tetamu datang beraya. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.