Lebihan Roti Jangan Buang, Buatkan Nuget Ayam Roti Gardenia, Sedap!

Share

Lebihan roti gardenia yang hampir tamat tempohnya janganlah terus dibuang, sebaliknya  cubalah berkreatif untuk hasilkan nuget ayam dengan roti ini untuk anak.

Pesipi nuget yang dikongsikan oleh Fafae Mimie ini cukup mudah malah rasa dan tekstur nuget yang dihasilkan juga lebih lembut dan sedap. Hanya rendamkan roti dengan susu dan kemudiannya dikisar bersama bahan lain. Jom cuba resipi mudah ni.


Minum petang, nuget ayam homemade. Buat lebih, frozenkan. Esok sarapan goreng ni je.

Bahan:
Isi ayam
Bawang, cili
Kiub ayam maggi
Lada hitam, lada sulah, oregano

Susu segar dlm 100 ml
Roti
Bread crumb/ tepung tempyra

Rendam roti dalam susu selama 10 minit.

Blend semua.

Kukus dalam 20 minit dan potong.

Cara salut dengan 4 bahan ni.

1. golek nuget kat telur
2. golek nuget kat tepung (tepung gandum 2 sudu +1 sudu tepung beras)
3. golek balik dalam telur
4. golek kat breadcrumb

Ni pulak salutan tempura, saya guna tepung tempura bestari je.

Sedia untuk digoreng, boleh frozenkan jugak!

Siap!

Menarik: Resipi Cucur Jagung Oat Simple, Sesuai Untuk Anak Tolak Nasi, Wajib Cuba!

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM