
Usahawan jenama Muslimah Leeyana Rahman yang selamat melahirkan cahaya mata ketiganya baru-baru ini turut berkongsi wajah dan nama buah hati terbarunya itu.
Leeyana dan suaminya, Mohamad Hafiz sepakat menamakan anak ketiga mereka dengan nama, Mellysa Rose.
“Kenalkan baby ketiga aka anak bongsu kami, Hajjah Mellysa Rose bt Muhammad Hafiz ❤️.
“Korang tengok muka macam sape? Alhamdulillah anak yang baik tak kuat ragam,” ujarnya.
Melalui entri itu juga, Leeyana atau mesra disapa Yana turut memuat naik sekeping gambar si comel Mellysa Rose yang cukup comel.
Ibu kepada tiga orang anak perempuan ini juga turut meluahkan penghargaan kepada suaminya yang menjaganya dan bayi ketiga di dalam pantang.
“Thankyou #hafizhamids setiap malam jaga anak. Habis je pantang esoknya kita terus pegi travel okey hahaha!
Terdahulu, ibu cantik manis ini selamat melahirkan bayi ketiganya itu pada tarikh cantik iaitu 11 November yang lalu.
Menarik: Suprise Birthday Menjadi, Che Ta Tunaikan Impian Aaisyah “Nak 10 Hadiah”
Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna, OT Kongsikan Tipnya!
Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Bersalin Januari Depan, “Selera Makan Makin Bertambah!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Handsomenya Dia” Uyaina Arshad Kongsi Wajah Terkini Anak Kedua. Comelnya Makin Berisi!

Baru saja selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 17 Mei lalu, selepas empat bulan, pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad tampil berkongsi wajah terkini buah hati keduanya, Raja Urayyan.
Menerusi satu entri terbaru Uyaina, wajah comel Raja Urayyan yang kini berusia hampir empat bulan dikongsikan ibunya dalam pelbagai gaya.
“The reason (s) for my Kangaroo Pouch. @rajaurayyan,” tulisnya di kapsyen.
Uyaina terlebih dahulu berkongsikan wajah comel Urayyan ketika dilahirkan dan kemudiannya kini makin membesar iaitu pada usianya empat bulan. Makin comel dan berisi badannya.
Meninjau di ruangan komen rata-rata pengikut Uyaina di Instagram memuji wajah comel Urayyan, gabungan wajah ibu dan ayahnya yang jelas ketara.
Semoga Urayyan terus sihat membesar dan membahagiakan ibu dan ayahnya.
Terdahulu, kehadiran Raja Urayyan pada 17 Mei lalu melengkapkan lagi keluarga kecil Uyaina. Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran yang mendirikan rumahtangga pada 21 Disember 2021. Pasangan ini turut mempunyai seorang cahaya mata lagi, Raja Urhan yang kini berusia dua tahun.
Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!
“Know Know Dah Dua Bulan” Sharifah Amani Tayang Muka Anak, Comelnya!
Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baby Photoshoot Anak Kedua Intan Ladyana, “Umayr Muka Mommy, Evie Muka Daddy”

Baby Photoshoot anak kedua Intan Ladyana, “Umayr muka mommy, Evie muka daddy. Gambar baby photoshoot anak kedua Intan Ladyana dan Hariss iaitu Umayr telah meraih perhatian ramai warga maya.
Baby Photoshoot Anak Kedua Intan Ladyana, “Umayr Muka Mommy, Evie Muka Daddy”
Gambar-gambar baby photoshoot ini dikongsikan di akaun Instagram newborn.heartshotfocus. Beberapa keping gambar Umayr bersama Intan, Hariss dan Evie yang dikongsikan membuatkan ramai yang geram dengan dua beradik ini.
Evie dilihat sebagai iras dengan daddynya manakala Umayr pula iras kepada daddynya.
Berikut dikongsikan antara komen-komen warga maya dan rakan selebriti:
Pelakon Intan Ladyana selamat melahirkan cahaya mata keduanya, di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur ada 26 April yang lalu.
Untuk info, Intan dan Harris Alif mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan jurang usia antara mereka iaitu 17 tahun menjadi perbualan ramai.
Hasil perkhawinan mereka memiliki seorang anak perempuan iaitu Evie yang dilahirkan pada 31 Januari 2022.
Sumber: Instagram newborn.heartshotfocus
Baca artikel lain juga: Intan Ladyana & Suami Tayang Wajah Baby Umayr, Ramai Puji Comel Lebatnya Rambut Baby
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rangsang Perkembangan Anak Melalui Pembelajaran Dan Terapi, Ameera Kids Solution Centre (AKSC) Terus Dinamik!

Isi Kandungan
TogglePembelajaran dan terapi kanak-kanak adalah elemen penting dalam membantu perkembangan fizikal, emosi, dan sosial mereka. Dengan sokongan yang sesuai, kanak-kanak dapat mengatasi cabaran, meningkatkan keyakinan diri, dan membina kemahiran hidup secara holistik.
Sehubungan itu, pelbagai program pembelajaran dan terapi direka khas untuk memenuhi keperluan individu kanak-kanak, termasuk anak-anak istimewa. Terapi cara kerja, terapi tingkah laku, dan intervensi awal merupakan antara kaedah yang terbukti berkesan dalam menyokong perkembangan mereka.
Tahniah kepada Ameera Kids Solution Centre yang telah dianugerahkan sebagai Pusat Pembelajaran & Terapi Anak Pilihan Pa&Ma sempena Jenama Pilihan Pa&Ma 2024!
Justeru, Ameera Kids Solution Centre (AKSC) ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikan sokongan dan intervensi terbaik bagi anak-anak istimewa. Inspirasi untuk menubuhkan pusat ini datang dari pengalaman dan dedikasi pengasas, Ameera Shafira binti Hassan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan psikologi.
Ameera memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa dan anak-anak istimewa dalam mendapatkan terapi serta bimbingan yang sesuai, dan inilah yang mendorong beliau untuk menyediakan sebuah pusat yang berfokus pada pendekatan holistik dan mesra anak-anak.
Sejak penubuhan AKSC pada 19 Januari 2019 dan kini mempunyai tiga cawangan, pusat ini telah berusaha keras untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam intervensi dan terapi, terutama bagi anak-anak yang memerlukan sokongan tambahan.
Dengan pendekatan yang menggabungkan psikologi, pendidikan awal kanak-kanak, terapi cara kerja dan terapi tingkah laku, AKSC menawarkan pelbagai program yang bertujuan untuk membantu anak-anak membina kemahiran sosial, komunikasi, dan keyakinan diri.
Fokus Pada Kaedah Intervensi Awal
Terdapat pelbagai kelebihan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Ameera Kids Solution Centre, yang dirancang khas untuk menyokong perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
Pusat ini menekankan pendekatan holistik dan terpadu, di mana semua program melengkapi aspek komunikasi, tingkah laku, dan perkembangan fizikal. Selain itu, setiap program disesuaikan mengikut keperluan individu, mengambil kira tahap perkembangan, minat, dan kekuatan unik setiap kanak-kanak. Dengan fokus pada kaedah intervensi awal, kanak-kanak dapat menerima bantuan pada usia muda, memperbaiki kemahiran sosial, komunikasi, dan kehidupan mereka secara signifikan.
Ameera Kids Solution Centre juga mempunyai pakar terlatih yang berpengalaman dalam terapi cara kerja, terapi tingkah laku, dan pendidikan awal kanak-kanak. Penglibatan aktif ibu bapa melalui sesi sokongan turut membantu mengekalkan konsistensi antara terapi di pusat dan di rumah.
Program ini turut meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak melalui terapi seni, muzik, dan latihan kemahiran sosial. Selain itu, terdapat program persediaan sekolah dan kemahiran asas kehidupan harian, disertai dengan pemantauan kemajuan berterusan melalui penilaian berkala dan laporan perkembangan.
Bagi kanak-kanak dengan cabaran sensori dan kawalan emosi, pusat ini menawarkan pengurusan sensori serta latihan komunikasi alternatif untuk anak yang tidak verbal. Program lain seperti latihan kemahiran hidup dan rutin harian memastikan kanak-kanak lebih berdikari, dengan persekitaran yang selamat dan kondusif untuk pembelajaran.
Melalui pendekatan unik ini, kanak-kanak didorong untuk mengekspresikan emosi secara positif, mengurangkan stres, dan membangun kesejahteraan psikologi yang kukuh.
Terapi Cara Kerja Bantu Perkembangan Anak Istimewa
Di samping itu, Ameera Kids Solution Centre komited menawarkan perkhidmatan untuk membantu perkembangan anak-anak istimewa melalui pendekatan holistik dan berstruktur. Servis yang kami tawarkan termasuk Program Komunikasi yang membantu kanak-kanak membina kemahiran komunikasi, termasuk komunikasi lisan, bukan lisan, dan menggunakan alat bantuan komunikasi untuk meningkatkan interaksi sosial mereka.
Selain itu terdapat Terapi Cara Kerja yang fokus pada kemahiran motor halus dan kasar, membantu kanak-kanak meningkatkan koordinasi pergerakan serta kebolehan mengurus diri dalam aktiviti harian.
Begitu juga dengan Terapi Tingkah Laku yang membantu mengurus tingkah laku mencabar dan membentuk tingkah laku positif melalui strategi yang sesuai dengan keperluan individu. Bagi Program Intervensi Awal (Early Intervention Program) yang direka untuk kanak-kanak pelbagai peringkat umur yang memerlukan intervensi segera. Program ini bertujuan menggalakkan perkembangan mereka melalui pendekatan yang menyeluruh dan bersesuaian.
Program Intervensi Individu pula adalah program terapi individu yang disesuaikan mengikut keperluan khusus setiap anak, membantu mereka mencapai matlamat perkembangan secara optimum. Terapi Menunggang Kuda Jika sesuai, kanak-kanak boleh menjalani terapi berasaskan haiwan yang dapat meningkatkan koordinasi motor, keseimbangan, dan keyakinan diri.
Bagi mendapatkan informasi terkini dan kemasukan dan pelbagai aktiviti anda boleh melayari laman Laman web : https://www.ameerakidssolutioncentre.com/. Selain itu, Facebook: https://www.facebook.com/InterventionAndTherapyCentreatau Instagram https://www.instagram.com/ameerakidssolutioncentre/atauTikTok https://www.tiktok.com/@ameerakidssolutioncentre
Untuk keterangan lanjut hubungi di talian 018–2627537.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI