Percayalah setiap anak yang dilahirkan telah ditentukan rezekinya. Dengan itu, ibu bapa secara langsung turut sama menumpang rezeki anak. Sejak hari pertama bakal menjadi ibu bapa, pasangan suami isteri mesti dah ada perancangan untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak.
Bukan itu saja, pengorbanan ayah keluar mencari rezeki untuk keluarganya pun demi kelangsungan hidup bersama. Seperti kata pepatah, kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah selamanya.
Selain itu, bila dah bergelar ibu bapa, anak-anak ini ibarat motivasi bagi kita untuk bekerja. Anak juga ibarat kekuatan. Walaupun seharian penat bekerja, bila balik rumah tengok anak-anak tunggu di rumah dengan wajah tersenyum automatik rasa bahagia.
Jadi setiap daripada kita, ada cara masing-masing untuk memastikan diri sentiasa bersemangat bekerja. Tak hairanlah ada ibu bapa meletakkan gambar anak-anak di meja bekerja ataupun di dalam dompet.
Cuma kali ini yang menarik perhatian ramai, cara seorang bapa ini yang meletakkan gambar anak-anaknya di hadapan motosikal ketika keluar mendapatkan rezeki untuk ahli keluarga.
Dalam perkongsian di FB Bart Salleh, seorang rider Foodpanda melekatkan gambar kanak-kanak dipercayai anaknya pada motosikal, membuatkan ramai yang kagum.
“Bila saya tengok helmetnya, saya tertanya-tanya kenapa dia buat macam tu kepada pakaian hariannya.. Kemudian saya tersedar.”
Nampak bapa ini begitu bangga walaupun mungkin bagi lelaki lain tak tergamak untuk memakai topi yang penuh dengan pelekat kartun.
Setakat ini perkongsian tersebut telah mendapat lebih 19 ribu tanda suka dan 17 ribu perkongsian di Facebook.
Kredit: FB Bart Salleh
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)