Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Bingka Ubi Kayu Paling Sedap, Lembut & ‘Moist’ Sangat!

Share

Bingka ubi kayu antara makanan tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang lembut di dalam dan rangup di luar ditambah dengan rasa ubi kayu yang kuat memang membangkitkan selera.

Jom ikuti resepi yang dikongsi!

RESEPI BINGKA UBI KAYU

BAHAN-BAHAN:

  • 250g Gula
  • 2 biji Telur
  • 800g Ubi kayu yg telah di blend dan ditapis airnya
    (air tapisan ubi tu nanti biarkan mendap..pastu buang airnya perlahan2..ambik tepung mendapan ubi tu..)
  • 300 ml santan kotak + 100 ml air)
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1/2 st garam halus

CARA MASAKAN:

1.Satukan semua dalam bekas dan tuang dalam acuan.
*saya sapukan loyang dgn sedikit shortening *

2.Bakar suhu 180 C selama 1jam 30min Atau mengikut kesesuaian oven sehingga masak.
saya bakar 2 jam..nak dapatkan garing2 tepi tu.

3.Sejukkan sebelum di potong.
*bingka ubi ni lembut dan moist sangat🥰

Kredit: Faiz Faizal 

Jangan panik! Jom, belajar cara handle situasi cemas. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/stay-safe/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekaran

IKLAN