Teringin nak simpan duit tetapi asyik gagal? Bila simpan cukup bulan korek? Ikut cara lelaki ini, confirm boleh simpan duit untuk kahwin atau beli kereta. Cubalah!
Sifat suka menabung haruslah diterapkan kepada semua anak-anak sejak dari kecil lagi. Jadi, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk melatih anak mereka cara simpan duit dengan memberikan sokongan seperti membeli tabung sebagai galakan untuk terus menabung.
Pada masa kini di media sosial pengguna sering berkongsi bagaimana cara untuk menyimpan duit dengan cepat. Walau bagaimanapun, setiap tips dan cara simpan duit yang dikongsikan bukannya semua sesuai untuk setiap orang. Setiap individu itu pasti ada cara mereka yang tersendiri untuk mencapai matlamat dalam simpanan duit yang dilakukan.
Memetik perkongsian dari laman World of Buzz, seorang pengguna Facebook telah berkongsi bagaimana cara nak menyimpan duit yang telah digunakannya untuk menabung duit dengan lebih efektif dan fleksibel yang boleh dicuba oleh sesiapa sahaja.
Menurut Khangwei, pada tahun lepas dia telah bercadang untuk menyimpan duit, walau bagaimanapun setelah sembilan bulan berlalu, dia masih lagi gagal untuk merealisasikan keinginannya untuk menyimpan duit tersebut.
Jadi, Khangwei telah mencuba cara kawannya sendiri iaitu dengan membuat simpanan RM20 pada setiap hari. Walau bagaimanapun, Khangwei merasakan jumlah simpanan sebanyak RM20 itu terlalu tinggi dan begitu membebankan dirinya.
Lalu, Khangwei telah mendapat idea baru selepas memikirkan apakah cara yang terbaik untuk dia terus menabung dengan lebih mudah. Dengan cara ini Khangwei telah berjaya menyimpan duit dengan bijak dan berkesan.
1. Simpan sekeping duit RM1 dan RM5 di dalam tabung atau di dalam botol pada setiap hari.
2. Sekiranya tiada sekeping duit RM5 di dalam wallet, haruslah digantikan dengan duit RM1 sebanyak 5 keping.
3. Jika tiada RM1 dan RM5 sekeping dalam tangan, jadi, haruslah meletakkan wang bernilai RM10 sebagai ganti ke dalam tabung.
Ads
4. Wajib atau perlu simpan dalam tabung RM50 pada setiap kali hari gaji
Melalui perkongsian Khangwei tersebut, dia menjelaskan yang dia telah mengeluarkan duit simpanannya itu dan mengira jumlah yang telah tersimpan dengan menggunakan tips dan caranya sendiri selepas tiga bulan berlalu.
Ternyata strategi Khangwei itu sangat menjadi kerana dia telah berjaya mengumpul duit yang jumlahnya sama banyak dengan nilai gajinya selama sebulan.
Khangwei turut berpendapat bahawa menyimpan duit di dalam bekas seperti botol air ada kebaikannya yang tersendiri memandangkan dengan cara tersebut dia dapat menghalang dirinya sendiri daripada terus mengeluarkan wang yang telah disimpan itu.
Memang ada betulnya strategi dan tips yang dikongsikan Khangwei. Jom sama-sama kita simpan duit dengan cara ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak kecil anda 0-3 tahun membuat perangai seperti menangis kuat, melembik atau mengeraskan badan, mengamuk kerana mahukan sesuatu atau tiba-tiba dia meragam dan ada orang menyuruh anda memukulnya, usah diikutkan permintaan mereka itu dan usah tertekan dengan kata-kata mereka.
Kenapa?
Kerana ketika anak anda mengamuk, dia sedang berperang dengan emosinya, ibarat lemas dalam perasaannya. Memukul anak itu tidak akan membawa apa-apa kesan baik. Malah kesan buruklah yang bakal datang.
Bawa anak itu ke tempat yang lebih tenang dan tenangkan dia. Basuhkan muka dan kepalanyanya perlahan-lahan dan bacakan doa-doa menenangkannya.
Jika orang itu menyuruh anda memukul anak itu supaya nanti anak itu tidak naik kepala dan jadi degil serta sebagainya senyum sahaja dan di dalam hati berdoalah supaya Allah memberikan petunjuk kepada orang itu.
Kita orang dewasa, kita diberi Allah kekuatan dan kuasa keatas anak kecil. Dan ingatlah dengan kuasa dan kekuatan datangnya tanggungjawab. Kita bertanggungjawab memberikan anak itu rasa selamat di dunia ini dan dikasihi bukan dibenci.
Anak-anak kecil ini memerlukan timbang rasa dan kasih-sayang serta contoh yang baik daripada kita orang dewasa dan bukan punca menjadikan mereka itu manusia yang membenci anak-anak kecil bila mereka dewasa nanti.
Bagi mereka yang suka sangat menyuruh ibu bapa muda memukul dan menjerkah anak kecil mereka yang sedang meragam itu, sudah sudahlah tu. Berhentilah membuat ibu bapa itu lebih stress.
Bantu ibu bapa itu untuk menenangkan anak mereka dengan anda menenangkan ibu bapa itu dengan memberi semangat bahawa dia boleh bersabar dan bukan memberi mereka berasa tertekan dan serba salah dengan paksaan anda.
Salam Sayang
Sumber:
Ibu Rose
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Datuk Fizz Fairuz enggan mengambil peduli kata-kata netizen mengenai bentuk badan isterinya, Datin Almy Nadia.
Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 39, berkata kalau Almy nak mengamalkan sebarang diet, biarlah dengan cara yang betul.
“Badan Almy memang naik sebab rangka dia besar. Sebelum kahwin berat dia dalam 52 kilogram dan masa pertama kali hamil berat dia jadi 98 kilogram.
“Bila nak turun tu ambil masa. Dia pernah mencuba kurus tapi saya kata tak payahlah. Kalau nak diet tu dengan cara yang betul.
“Kalau makan pil boleh kurus tapi nanti lemak berkumpul di jantung jadi bahaya. Biarlah macam ni, orang nak cakap apa pun janji dia sihat,” katanya.
Tak Desak Almy Turunkan Berat Badan
Tambah Fizz lagi, dia tidak akan mendesak Almy untuk menguruskan badannya kerana memahami wanita itu sibuk menguruskan anak-anak dan sedang hamil anak ketiga.
“Kalau kita desak, nanti dia pula tertekan. Nak jaga anak lagi, masa tak cukup. Saya nak mengambil pembantu rumah, dia tak nak.
“Takut orang pukul ke buat apa-apa ke. Dia nak jaga sendiri. Masa dia pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari menguruskan rumah. Selepas itu bersama anak-anak.
“Kalau dia nak turunkan berat badan, tunggu bayi ketiga lahir dahulu dan anak-anak dah besar sikit,” ujarnya.
Dalam pada itu, Fizz memberitahu isterinya mengalami alahan kehamilan awal yang berbeza daripada sebelum ini.
Kata pelakon filem Ratu Kala Jengking ini, Almy menjadi seorang yang pemalas untuk berhias dan bersiap.
“Kehamilan kali ini memang berbeza daripada sebelum. Dia jadi malas nak bersiap dan berhias.
Pasangan ini bernikah pada 26 April 2014. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 3 dan Nur Aurora, 2.
Sumber: mstar online, Ig Almynadia & Fizz Fairuz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.