Lelaki langgar lari pelajar perempuan 13 tahun, pandu myvi redah masuk kawasan sekolah. Seorang pelajar sebuah sekolah menengah cedera selepas dilanggar seorang lelaki menggunakan kereta dalam kejadian di Taman Bintang, Manjung, Perak pada petang Rabu.
Susulan kejadian itu, Polis telah menahan seorang lelaki yang terbabit dengan kejadian langgar lari membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun. Kejadian itu berlaku di dalam sebuah sekolah menengah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, penganggur berusia 47 tahun itu telah ditahan pada hari yang sama. Suspek juga telah dirujuk ke hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut kerana disyaki mental tidak stabil.
KEJADIAN BERLAKU KIRA-KIRA 5.30 PETANG APABILA KENDERAAN YANG DIPANDU SUSPEK MELURU DAN MELANGGAR PINTU PAGAR SEBUAH GELANGGANG BOLA KERANJANG HINGGA ROBOH.
Mangsa seorang pelajar perempuan yang berusia 13 tahun mengalami kecederaan di kaki kiri akibat dirempuh secara melulu ketika sedang berlatih bola tampar. Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.
“Suspek merempuh mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sumber: BERNAMA
Baca artikel lain juga: Kanak-kanak Perempuan 9 Tahun Berdepan Detik Cemas, Nyaris Dilarikan Ketika Tunggu Van Sekolah
Bahaya Mengundang Sekelip Mata, Kanak-Kanak 5 Tahun Cedera Parah Dilanggar Ketika Melintas
Meninggal Depan Mata Kami Bapa Tulis Nama, Periksa Suhu Anak Dilanggar Kereta
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my