Sajian minum petang buat bayi harus disediakan selengkapnya agar perut bayi tidak kelaparan. Bosan dengan finger food dan bubur, bubur juga boleh disediakan untuk memikat selera di comel anda.

Selain puding buah naga, Bubur Sumsum juga sesuai disajikan kepada bayi untuk lapan bulan ke atas bagi memberi rasa sebenar buah kepada anak-anak. Tambahkan lebih rasa buah mangga ke dalam bubur ini. Lemak-lemak manis pastinya disukai anak kecil kita. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Norlaila Mohd Yusoff.

Lemak-Lemak Manis, Pikat Selera Anak Dengan Bubur Sumsum Mangga!

BUBUR SUMSUM

Sesuai untuk baby 8 bulan ke atas. Sebagai sarapan/snek petang.

Bahan-bahan:

IKLAN

2-3 sudu penuh tepung beras
Setengah cawan susu full cream (boleh ganti susu formula)
Setengah cawan santan (santan asli)
1 cawan air
Mangga (separuh blender jadikan puree. Lagi separuh potong kiub)

* boleh letak santan 1 cawan kalau tak nak letak susu.

Lemak-Lemak Manis, Pikat Selera Anak Dengan Bubur Sumsum Mangga!Susu full cream, santan asli frozen, tepung beras, mangga.

IKLAN

Lemak-Lemak Manis, Pikat Selera Anak Dengan Bubur Sumsum Mangga!Separuh mangga blender jadikan puree. Campur air sikit masa blender. Lagi separuh potong kiub.

Lemak-Lemak Manis, Pikat Selera Anak Dengan Bubur Sumsum Mangga!Larutkan tepung beras ke dalam air dulu (untuk elakkan berketul). Kemudian masukkan susu, santan dan bancuhan tepung tadi dalam periuk. Masak guna api sederhana. Kacau sentiasa sampai betul-betul likat dan pekat. Saya tunggu suam baru tuang dalam bekas kecik.

Biarkan sejuk lepas tu lapiskan dengan puree mangga. Dan topping letak mangga kiub bagi nampak menarik.

IKLAN

Lemak-Lemak Manis, Pikat Selera Anak Dengan Bubur Sumsum Mangga!

Boleh juga letak puree buah lain seperti dragonfruit, betik, kiwi dan sebagainya. Letak dalam peti ais makan sejuk-sejuk 😋.

Tadaaaaa! Anak dah makan malam tadi. Melompat, merengek nak lagi. Hahaha. Ibu dia pun makan. Sedap wei! Walaupun tanpa garam dan gula.

Selamat mencuba !

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI