Lemak-Lemak Masam, Pikat Selera Si Kecil Dengan Ayam Percik Versi Bayi, Mudah!

Share

Menu ayam pencik sememangnya cukup istimewa. Sajian panggang dan bakar dengan saduran kuah lemak, manis dan pedas ini cukup disukai kebanyakkan daripada kita. Sama seperti kita, anak-anak juga sukakan rasa yang berbeza-beza dalam menunya setiap hari. Jemu dengan menu yang sama, apa kata mama pikat selera anak dengan Ayam Percik Versi Baby ini pula.

Resipi yang dikongsikan oleh Puan Farisha Sofea ini nampak enak. Hanya gunakan sedikit santan untuk menaikkan rasa lemak dan pes tomato untuk rasa sedikit masam. Jom cuba, mana tahu anak sukakan menu yang satu ini.

AYAM PERCIK VERSI BABY

Bahan Bahan:

Bahan Perapan Ayam :
Ayam
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Serbuk ikan bilis

Bahan Kuah Percik:
Bawang putih -ditumbuk
Bawang merah -ditumbuk
Halia -ditumbuk
Pes tomato
Santan pekat
Serbuk ikan bilis
Serai
Asam keping / asam jawa
Air secukupnya

Di dalam bekas, satukan kesemua bahan perapan ayam dan gaul sebati. Perapkan ayam minima 1 jam. Ketepikan seketika .

Di dalam periuk, masukkan ke semua bahan kuah percik dan juga ayam yang telah diperap tadi. Masak sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ayam sederhana masak.

Jika sukakan kuah yang sedikit cair, boleh lebihkan air.

Kemudian letakkan ayam di atas pemanggang dan bakar sehingga ayam masak sepenuhnya dan sedikit garing.

Sambil itu sapukan kuah ke atas ayam berulang kali sambil terbalikkan agar ia melekat cantik.

Siap, sedia dihidang.

Published by
SRM