Kehamilan

Lemak TRANS Tersembunyi Dalam Makanan. Boleh Jejaskan Kesihatan Ibu Mengandung, Menyusu Dan Anak Kecil

Share

Pengambilan makanan yang berkhasiat penting untuk memastikan ibu mengandung, menyusu dan anak kecil sihat.

Semasa mengandung bukan sahaja pengambilan makanan anda perlu dipertingkatkan tapi apa yang anda makan juga perlu diambil kira.

Ini untuk memastikan bayi dalam kandungan mendapat zat yang mencukupi dan membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah kesihatan selepas dilahirkan kelak. Dalam masa sama, ibu menyusukan anak juga perlu menitikberatkan hal pemakanan ini.

Selain itu, pemakanan sihat untuk anak-anak juga penting. Bukan suka-suka hati nak beli sebab anak suka tapi kena tahu kesannya untuk jangka masa panjang. Kali ini perkongsian dari Dr Hafiz Sulaiman mungkin boleh dijadikan panduan bersama.

—————————————————————

Bila mengandung, terasa macam-macam nak makan kan. Tau dah tak sihat, sikit-sikit je takkan tak boleh kan? Opppp..stop!!

IBU MENGANDUNG & MENYUSUKAN ANAK

Anak-anak kecil kita

Tolonglah ibu-bapa ambil perhatian makanan-makanan anak yang kaya dengan lemak trans ini..

Jauhi fast food dan makanan proses yang mengandungi lemak TRANS ini.

Ilmu ni akan selalu saya ulang sampai lebam sebab saya kesian kat anak-anak kecil tak berdosa..Tahukah minyak paling beracun ini bakal diharamkan di US tahun ini 2018?

Di Malaysia saya tak jumpa regulasi trans fat. Mungkin ada yang boleh tunjukkan? .

TRANS : LEMAK PALING TOKSIK PADA OTAK, SARAF DAN JANTUNG
Lemak trans merupakan lemak yang paling bahaya kepada badan selain daripada minyak teroksida yang rosak.

Lemak ini biasa terdapat dalam makanan seperti:

1) Marjerin
2) Biskut dan kerepek jajan.
3) Bertih jagung gelombang mikro
4) Makanan segera.
5) Kek, pastri dan pai
6) Coklat. dan bar snek.
7) Roti/ bun berkrim.
8) Mentega kacang
9) Krimer kopi
10) Makanan segera bergoreng dan bakar (shortening)

Kesan pengambilan lemak trans kepada badan

1) Meningkatkan kolesterol “jahat” (LDL) daripada jenis kecil dan padat ( betul-betul jahat)
2) Merendahkan kolesterol baik (HDL) melindungi jantung dan organ.
3) Meningkatkan trigliserida (TG)
4) Menyesarkan dan mengurangkan kebaikan minyak omega-3 dan omega-6 badan.

Kajian juga menunjukkan ibu yang MENYUSUKAN anak MENCEMARKAN SUSU BADAN mereka dengan makanan minyak trans ini.

Minyak trans meningkatkan risiko masalah jantung, strok dan kerosakan organ badan serta meningkatkan keradangan yang menjadi punca kepada banyak penyakit kronik.

Menurut sumber badan tidak berkepentingan Weston A Price Foundation, antara bahaya lemak trans ialah:

1) KANSER 
-Minyak trans meningkatkan risiko kanser dalam banyak kajian
-Minyak trans mengganggu penghasilan enzim pelindung dari kanser.

2) KENCING MANIS 
-Minyak trans mengganggu reseptor insulin membran sel dan mencetus diabetes type2

3) PENYAKIT JANTUNG 
Minyak trans meningkatkan paras lipoprotein-a (Lp(a)) yang menyumbat salur darah.

4) IMUNITI 
Minyak trans mengganggu T-cell dan B-cell seterusnya mengurangkan respon sistem pertahanan badan.

5) KESUBURAN DAN PEMBIAKAN 
Minyak trans mengganggu enzim yang menghasilkan hormon pembiakan. Minyak trans merendahkan paras testosteron dan meningkatkan penghasilan sperma cacat.

6) LAKTASI
-Pengambilan lemak trans merendahkan paras lemak dalam susu badan secara keseluruhan menurut kajian manusia dan haiwan seterusnya mengurangkan zat susu.
-Lemak trans juga mencemari susu badan menyebabkan pertumbuhan saraf dan penglihatan terencat!

7) PERKEMBANGAN & PEMBESARAN BAYI
-Lemak trans mampu merentasi plasenta mengurangkan berat badan fetus dan merencatkan perkembangan sistem otak dan saraf kandungan.

Jangan cepat sangat percaya ZERO trans fat di dalam makanan tersebut. “0g” mungkin bermaksud 0.4g SATU HIDANGAN yang boleh dibundarkan kepada 0g. Itu adalah kelemahan sistem label trans fat di seluruh dunia. Oh lwbih malang lagi, di Malaysia setau saya tiada kewajipan melabel produk dengan kandungan trans fat.

Mengapa minyak durjana trans ini banyak digunakan di dalam makanan proses? Ini kerana ia murah, senang digunakan dan tahan lama. Minyak trans ini memberikan makanan rasa dan tekstur yang diingini. Contohnya marjerin dari minyak sayuran mereka menjadi separa pepejal, lembut dan cair pada suhu 40-50 darjah celcius. Yang tidak sihat itu memang sedap bukan?

Kesimpulannya, lemak trans tiruan merupakan lemak hasil perkembangan pesat industri minyak sayuran di zaman moden.

Ia merupakan lemak yang paling berbahaya dicipta oleh manusia sendiri. Adapun lemak trans semulajadi ciptaan sempurna yang Maha Kuasa ini mempunyai kesan yang jauh berbeza iaitu pengambilannya boleh membawa kepada kesihatan yang lebih baik insha Allah.

Sayangi otak dan saraf bayi dalam kandungan terutamanya. Pilih makanan sebenar bukan tinggi proses. Nak makan makanan dalam senarai ni boleh..tapi pilih yang tiada lemak TRANS ini..tengok label jika ada PARTIALLY HYDROGENATED oil..istighfar dan letak balik.

SHARE untuk kesedaran terutamanya dikalangan ibu mengandung dan menyusukan anak.

Ikhlas,

Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

Disiarkan daripada blog saya Thebiohealer.com

Published by
Wan Amy