Lemak & Wangi, Ini Sukatan Tepat Nak Hasilkan Ketupat Daun Pisang Super Sedap!

Share

Selain ketupat palas dan ketupat nasi, ketupat daun pisang juga tidak kurang hebatnya di jadikan juadah pagi raya. Tanpa menggunakan daun palas, ketupat daun pisang yang popular bagi sesetengah masyarakat di utara ini menghasilkan ketupat pulut yang cukup wangi aromanya. Bau dari daun pisang ternyata menyedapkan lagi bau ketupat.

Jika anda memilih untuk menyediakan ketupat sendiri di hari raya nanti, ketupat daun pisang antara yang disyorkan kerana cukup mudah cara untuk membuatnya malah daun pisang juga lebih mudah untuk diperolehi. Jadi jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Hairul Hamid ini. Ketupat yang dihasilkannya sememangnya cukup cantik dan mudah.



Jom buat ketupat mudah!

4 cawan beras pulut
2 biji kelapa -ambil santannya
1 helai daun pandan
Daun pisang
Garam secukup rasa

Rendam beras pulut 2 jam. Kukus kan beras pulut bersama santan sedikit garam dan daun pandan.

Nak kukus sampai masak atau separuh masak pun boleh.

Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang.

Dah siap balut boleh lah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit.

Ok siap dah.

Ikut suka hampa nak cicah rendang ka kari ka gula ka atau susu.

Selamat mencuba.

Resipi wajib cuba: Buat Sendiri Ketupat Palas Berlemak Untuk Raya Tak Susah Pun Sedap!

Published by
Siti Ramlah Mahmud