Kalau dahulu, nak mendapatkan lemang harus bergotong-royong menyiapkan tempat membakar atau pilihan lain beli yang sudah siap dibakar. Tapi sekarang resipi itu sendiri telah diinovasikan agar memudahkan sesiapa sahaja yang teringin untuk makan juadah tersebut tanpa mengira masa. Senang kata, buat sendiri lebih jimat dan puas.
Baca: Ada Cara Nak Kukus Pulut Kuning Agar Tak Basi & Tahan Lama. Ikut Resipi Mudah Ini
Puan Bonda Danry berkongsi resipi lemang kukus yang mudah dan wajib dicuba. Memandangkan raya tahun ini tidak dibenarkan pulang kerana PKP masih berjalan seperti biasa, jadi terpaksa la buat lemang kukus sendiri kan?
Semalam suami request nak rendang ayam, lama tak makan katanya… Dah alang-alang masak rendang bonda tengok pulut ada, santan ada… Jadi try ler buat lemang kukus, suami kata lulus, berulang kali dia duk makan nasi&rendang, lemang&rendang..
LEMANG KUKUS
Bahan-bahan
*2 cawan beras pulut dibasuh bersih, tak perlu rendam
*1 kotak santan (kecil) dicampur sedikit air dan sedikit garam
*daun pisang
*cawan
*pengukus
Cara-cara
-Ukur daun pisang mengikut besar cawan dan letakkan daun pisang tersebut di dalam cawan
-Masukkan beras pulut sama rata dengan semua cawan
-Kemudian masukkan santan ke dalam cawan-cawan tersebut… Lebihkan sikit dari paras beras pulut
-Kemudian masukkan ke dalam pengukus yang telah dipanaskan
-Kukus selama 45minit
-Dekat masa nak masak.. Cucuk lemang dengan garfu, tengok tengahnya dah masak atau tidak
-Lemang dah masak…tunggu sejuk baru potong
Note: kalau nak rasa fefeling lemang bakar, keluarkan lemang dari cawan… Bakar sekejap atas pan sampai garing… Dah sejuk, baru potong
Baca: Nasi Goreng Isi Ketam, Resipi Padu. Terasa Lemak Isi Ketam, Makan Pun Bertambah!
SIAP UNTUK DIHIDANG
🌹SELAMAT MENCUBA🌹
Sumber: Bonda Danry
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI