Lemas dalam tali air, bapa naikkan jasad anak perempuan sambil menangis, ibu pengsan. Ainun Mardiah Azeman, 14 ditemukan bapanya, Azeman Harun, 56, pada jam 5 petang di dasar tali air sedalam kira-kira semeter.
Menurut Ahmad Azizi Azeman, 24, abang kepada Ainul Mardiah yang lemas selepas motosikal ditungganginya terjatuh ke dalam tali air di Kampung Pangkal Pisang, Peringat, Kota Bharu, Kelantan, bapanya menemui sendiri jasad adiknya di lokasi kejadian.
“Ayah menyentuh sesuatu di bawah motosikal dan ia tubuh Mardiah yang tertindih dan sudah tidak sedarkan diri. Ayah menaikkan jasad adik sambil menangis,” kata Ahmad Azizi Azeman.
Tambah Ahmad Azizi, kali terakhir dia berjumpa dengan Ainun Mardiah ketika mengambil remaja itu pulang dari di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Kala pada jam 4 petang.
Lebih menghibakan, ibu remaja itu, Roshanita Ahmat, 51, pengsan selepas mendapat perkhabaran terbabit dan dimasukkan ke wad untuk rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini namun sudah sedarkan diri.
DALAM KEJADIAN KIRA-KIRA 5 PETANG SEMALAM, AINUL MARDIAH DITEMUKAN DALAM KEADAAN TERTINDIH DENGAN MOTOSIKAL YAMAHA EGO YANG DITUNGGANGINYA.
Ahmad Azizi berkata, sebelum itu, adiknya keluar dari rumah jam 4.40 petang untuk ke kedai runcit tidak jauh dari rumah.
“Setengah jam selepas itu ayah menerima panggilan dari orang kampung mengatakan ternampak motosikal kami dalam air kira-kira 500 meter dari rumah dalam keadaan lampu terpasang serta enjin masih hidup.
“Sebelum itu penduduk cuba mengangkat motosikal terbabit tapi gagal sebelum ayah sendiri ke lokasi dan turun ke dalam tali air,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Ahmad Azizi berkata, Ainul Mardiah segera dibawa ke Klinik Kesihatan Peringat sebelum doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia selepas dijalankan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).
Menurutnya, jenazah adiknya dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.
“Dalam masa yang sama, ibu juga dimasukkan ke wad di hospital sama sejak malam tadi kerana pengsan disebabkan terlalu tertekan dengan kejadian yang menimpa ini.
“INI KALI KETIGA KAMI DIBERI UJIAN KEMATIAN APABILA DUA BERADIK SAYA JUGA DIJEMPUT ILAHI AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA SERTA LEMAS DI PAYA,” KATANYA.
Jenazah Ainul Mardiah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pangkal Pisang, selepas selesai proses bedah siasat. Mangsa anak ke sembilan daripada orang 10 adik beradik.
Sementara itu, sepupu mangsa, Najwa Adina Abdul Ghani, 14, berkata, beberapa hari kebelakangan ini, Ainul Mardiah dilihat banyak termenung dan pendiam berbanding sikap sebenarnya yang agak aktif.
“Kami belajar di sekolah serta kelas yang sama dan tak sangka perubahan itu adalah petunjuk dia akan pergi meninggalkan kami buat selamanya,” katanya.
Sumber: Harian Metro dan Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Kanak-kanak Perempuan Austime 5 Tahun Lemas Di Taman Tema Air
Kanak-kanak Lelaki 2 Tahun Lemas, Terjatuh Dalam Tasik
Lemas, Tiga Beranak Ditemukan Tidak Lagi Bernyawa Selepas Mandi-manda Di Sungai Balak
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my