Lemas, tiga beranak ditemukan ‘tidak lagi bernyawa’ selepas mandi-manda di Sungai Balak. Kegembiraan tiga beranak mandi-manda di Sungai Balak, Jalan Genting Lama-Batang Kali, bertukar tragedi apabila mereka ditemukan meninggal dunia dipercayai lemas.
Difahamkan tiga beranak itu datang ke sungai terbabit dari Kampung Kuantan, Batang Kali bersama keluarga untuk beriadah.
Ketiga-tiga mangsa itu dikenal pasti sebagai Arif Fadzil Abdul Saleh, 43, serta dua anaknya dikenali sebagai Damia, 9, dan Malik, 6.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.09 tengah hari.
Artikel lain: Bahaya Lemas, Boleh Rosak Otak Anak! Elak Biar Anak Mandi Sendiri Tanpa Pengawasan
Menurutnya, sepasukan 12 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Shah Alam dan Pelabuhan Klang.
“Kejadian membabitkan bapa dan dua kanak-kanak lelaki dan perempuan yang lemas ketika mandi dalam sungai.
“Semua mangsa ditemukan pada 1.35 tengah hari dan proses membawa naik mayat dilakukan,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, semua mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi proses bedah siasat.
Sumber: Harian Metro
Baca lagi: Bayi 2 Bulan Maut Dipercayai Lemas Dihempap Abang 5 Tahun Ketika Tidur
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my