Lembut & Gebu, Resipi Apam Nasi Paling Mudah Nak Cuba, Confirm Menjadi!

Share

Apam nasi sememangnya sering menjadi pilihan untuk sajian keluarga. Mana tidaknya, bukan sahaja kita dewasa dapat menikmatinya, anak-anak pun cukup sukakan apam dek kerana strukturnya lembut dan gebu. Buat anak senang nak makan.

Nak tarik perhatian anak, jom cuba resipi apam nasi mudah ni. Cukup senang!

 


Percubaan pertama buat apam nasi.

Bahan-bahan:
1 cawan nasi
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air
1 bungkus yis isi 11gram

Blender semua bahan di atas.

 

Simpan dalam bekas bertutup dan biarkan 1 jam.

Bila adunan naik dan berbuih bermakna yis aktif and good. Kacau balik bagi rata.

Masukkan dalam acuan yang dah disapu minyak dan kukus.

Saya kukus 25 minit aje guna steamer noxxa.

Kalau kukus pakai pengukus biasa 30 minit.

Hasilnya lembut dan gebu.

Artikel berkaitan: Lebihan Nasi Jangan Buang, Buatkan Apam Nasi Ni, Paling Sedap & Mudah

Lembut, Manis & Gebu, Apam Nasi Salju, Buat Anak & Keluarga, Sedap!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM