
Sukanya Aafiyah bila Dato’ Siti memujuknya tidur, suara merdu ibunya menarik perhatian netizen.
Semenjak menjadi ibu, sifat keibuan dalam diri penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza semakin terserlah. Setelah menunggu selama 11 tahun dan melalui keguguran, kehadiran Siti Aafiyah melengkapkan rumahtangganya bersama Datuk Sri Khalid Mohd Jiwa.
Siti Aafiyah yang kini berusia lima bulan semakin pandai memberikan reaksi apabila diagah. Memberikan respons seolah-olah bercakap dengan ibunya dan kecomelan yang terserlah! Video memujuk Aafiyah belum tidur menunggu ibunya pulang itu dimuatnaik di Instagram Dato’ Siti.
Para netizen mengatakan betapa lembut dan merdunya suara Dato’ Siti memujuk Aafiyah tidur. Tidak kurang yang memuji kecomelan Aafiyah yang kini semakin mirip dengan ibunya.
Sumber: @ctdk
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Stimulasi Memperkuat Otot Leher Bayi. Mama Boleh Cuba Dua Kaedah Ini!

Stimulasi memperkuat otot leher bayi adalah salah satu penilaian terhadap kemajuan perkembangan motor kasar bayi untuk melihat kemampuannya dalam menggerakkan dan mengangkat kepala.
Gerakan mengangkat kepala bermula pada kedudukan 45 darjah, sehingga bayi mampu mengangkat kepalanya secara tegak disertai kedua-dua lengan dalam kedudukan lurus.
Untuk mengimbangi pergerakannya, diperlukan otot leher yang kuat. Terdapat dua stimulasi yang boleh merangsang bayi anda
Meniarapkan bayi
Apabila bayi sudah boleh meniarap anda boleh melakukan stimulasi ini. Anda boleh ikut meniarap bersama bayi dan berada pada posisi berdepan dengannya. Cara ini akan memberi semangat kepadanya.
Anda boleh menunjukkan pelbagai ekspresi wajah anda yang lucu dan gembira. Secara tidak langsung bayi akan seronok dan belajar mengenal variasi mimik muka yang anda tunjukkan padanya. Selain untuk menguatkan otot leher ia antara aktiviti yang boleh mengukuhkan kasih sayang.
Latih belajar menoleh
Letakkan benda bersaiz besar dan warna cerah berjarak kira-kira 30 cm di hadapannya. Gerakkan benda tersebut perlahan-lahan, bermula dari bahagian tengah tubuhnya, lalu ke kiri, dan kanan. Sebelum itu, fokuskan dulu benda di depan mata si kecil, lalu gerakkan perlahan-lahan ke kiri sampai hujung telinga kiri, kemudian gerakan kembali benda ke bahagian tengah tubuh, lalu mula digerakkan ke arah kanan. Demikian seterusnya sampai bayi lancar mengikuti benda yang anda gerakkan.
Amati respon kepalanya. Bila ia tidak mampu mengikut arah gerakan benda, perlu berhati-hati sama ada penglihatannya bermasalah atau tidak. Mungkin kerana ada gangguan pergerakan matanya yang tidak teratur. Bila ini terjadi, sebaiknya rujuk dengan doktor mata.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rasa Letih Sebab Menyusu, 4 Makanan Tambah Tenaga Ini Ibu Boleh Amalkan

Ibu rasa letih sebab menyusu bayi? Ya ada benarnya. Secara logik, ibu berkongsi makanan dengan bayi ketika menyusukan kerana segala sesuatu yang ibu makan bertukar menjadi susu untuk bayi anda. Itulah sebabnya mengambil makanan berkhasiat dan bervariasi bukan sahaja penting ketika ibu hamil, tetapi juga ketika sedang menyusu.
Tetapi perkara ini lebih mudah diucapkan daripada dilakukan. Apabila ibu menyusu selama berjam-jam, peluang untuk mengambil diet seimbang bukanlah keutamaan lagi. Kalau nak mudah ada beberapa makanan tambah tenaga yang dikongsikan oleh Nuha Hayati untuk ibu sediakan dan ambil dalam masa yang singkat.
4 makanan yang membantu ibu-ibu mengurangkan rasa letih badan.
1) Oat
Cuba ibu tambahkan oat dalam diet harian. Selain kandungan serat yang tinggi, oat juga menyediakan magnesium, protein dan fosforus, tiga nutrien yang secara langsung mempengaruhi tahap tenaga, menjadikannya sebagai makanan ideal untuk memerangi keletihan.
Oat juga merupakan sumber vitamin B1 (tiamin), yang berperanan penting dalam penghasilan tenaga oleh badan.
2) Yogurt
Teksturnya yang lembut, membuatkan yogurt diproses dengan cepat menjadi tenaga berbanding makanan padat. Ia mengandungi probiotik – bakteria baik yang membantu mempertahankan ekosistem usus agar sentiasa sihat dengan melindunginya dari patogen dan membantu tubuh menyingkirkan bakteria berbahaya.
Kajian Universiti Toronto menunjukkan probiotik dapat membantu mengurangkan gejala keletihan kronik dengan meningkatkan kadar asid amino triptofan pada otak.
Triptofan dikenali sebagai pemangkin serotonin, suatu neurotransmitter yang membantu merangsang tidur dan mempromosikan perasaan tenang, membantu mengatasi keletihan sama ada dari segi fizikal dan emosi.
3) Bayam
Sayur bayam sarat dengan kandungan nutrien penting yang membantu melenyapkan keletihan. Sayuran ini tidak hanya menjadi sumber terbaik daripada segi sumber zat besi, tetapi juga sangat kaya dengan magnesium dan kalium.
Zat besi memainkan peranan secara langsung dalam menghindari keletihan. Kadar zat besi yang rendah dalam tubuh menyebabkan keletihan baik daripada aspek fizikal dan mental.
4) Kekacang dan biji-bijian
Biji labu, badam, kacang gajus dan kacang hazel mempunyai semua sumber magnesium yang membantu melawan keletihan otot.
Kandungan triptofan yang banyak ditemui dalam biji bijan, biji bunga matahari, biji labu, biji gajus, walnut dan badam berfungsi melawan keletihan emosi yang secara langsung membantu meringankan keletihan fizikal.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dari Awal Bayi Aktif Sangat Bagus Kerana Boleh Mempercepatkan Pertumbuhan Otaknya

Sejak dalam rahim bayi sudah bergerak-gerak, ibu merasai tendangan bayi dalam lingkungan 5 bulan usia kandungan. Sebaik sahaja lahir bayi menangis dengan kuat untuk mengembangkan paru-paru untuk bernafas.
Pergerakan bayi meningkatan pertumbuhan otak. Tiga tujuan penting ;
1. Koordinasi
2. Imbangan atau balancing
3. Pernafasan.
Beri bayi peluang bergerak-gerak
Bahagian otak dan saraf yang mengawal pergerakan tidak boleh dirangsang seperti pancaindera sensori. Tetapi sangat penting ia diberi peluang bergerak. Galakan anggota badan khususnya kedua tangan dan kaki bergerak.
JANGAN dibedung kerana ia menyekat pergerakan anggota. Pakaikan barut untuk lindungi pusat yang belum tanggal, baju, seluar dan sarung tangan dan kaki.
Letakkan bayi meniarap – perut dan muka atas lantai bertikar getah tanpa dialas kain (untuk cegah menutupi hidung bayi ketika tidur), khususnya lepas menyusu dan hendak tidur. Bila meniarap ketika tidur angin dan perut mudah keluar dan bayi tidak sakit atau kembung perut.
Bila sedar antara tidur bayi boleh angkat kepala dan menggerakan kedua kaki dan tangan. Tapak kaki yang mana jari menuding ke atas akan menolak pada lantai dan membolehkan bayi bergerak ke depan.
Peringkat-peringkat pergerakan
Ada empat tahap penting yang perlu dilalui setiap manusia sebelum boleh berjalan
1. Tangan dan kaki bergerak tanpa koordinasi dan tanpa berganjak.
2. Meniarap dan menyelar dengan perut, kaki dan tangan.
3. Merangkak dengan lutut dan tangan.
4. Berdiri dan terus berjalan.
Kita harus menyedari pentingnya 3 tahap terakhir di atas. Tiada bayi yang boleh terlepas dari urutan 3 tahap tersebut. Hanya kekerapan intensiti dan kelamaan prosesnya agak berbeza antara satu bayi dengan yang lain.
Jika dengan sebab-sebab tertentu bayi terlepas pandang dari salah satu tahap tersebut, pertumbuhan bayi tidak akan normal. Dan mungkin menghadapi masalah lambat berjalan, lambat bercakap atau susah belajar sehinggalah dia diberi peluang kembali untuk menjalani proses dan tahap yang gagal atau terlepas perlaksanaannya.
Jika urutan tahap tersebut terganggu sedikit saja pun, seperti sudah mula berjalan walaupun belum cukup merangkak, bayi tersebut akan mengalami akibat yang agak buruk dan negatif – seperti kurang kemampuan koordinasi, lemah konsentrasi, hiperaktif, kurang kecekapan tangan kiri atau kanan serta menghadapi masalah pembelajaran terutama dalam bidang membaca dan menulis.
Menyelar dan merangkak bukan sahaja penting sebelum berjalan malah juga penting untuk mengkukuhkan kerjasama pertumbuhan otak kiri dan kanan.
Kebanyakan anak tidak melalui setiap proses tersebut mungkin akan mengalami masalah penyakit neuro dikemudian hari.
Kajian selama lebih 50 tahun membuktikan semakin awal atau cepat anak-anak mula belajar membaca kemungkinan lebih cerah ia berjaya dimasa depan.
Sumber: Kelab Timang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI