Lempeng juga salah satu sajian untuk yang boleh diambil semasa pantang. Ditambah dengan bahan seperti oat, ia tentu lebih berkhasiat jadi milk booster.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang baru melahirkan puteri sulungnya, Siti Aafiyah telah berkongsi resipi lempeng oat di Instagramnya. Menerusi video berdurasi 22 saat, beliau menunjukkan adunan lempeng dan lempeng yang sedang dimasak di dalam kuali leper.

Adunan lempeng yang belum digoreng.

Rindu lempeng oat makan masa pantang.. kak @susydinda beri resepi , saya buat..Alhamdullillah,jadik jugak..

  • Bahan-bahan
  • QuakerOat
  • Madu
  • Kismis
  • Kurma(siat siat bagi kecil)
  • Horlic
  • Susu segar

Sukatan takde ye sbb saya ikut perasaan je..

Para netizen rata-rata sukakan resipi yang dikongsikan ratu pop Malaysia ini. Ada yang mengatakan ia milk booster atau penggalak susu dan ada yang memberikan cadangan penambahbaikan dengan menukar bahan-bahan yang digunakan.

BOLEH JADI MILK BOOSTER

BAGUS UNTUK DIET PANTANG

TUKAR MADU DENGAN PISANG

Sumber: @ctdk

Tinggalkan Komen