Keguguran setelah hamil memberikan kesan kepada fizikal dan emosi ibu. Tiada siapa mahu kehilangan bayi yang dikandungi. Anda perlu mengambil masa untuk hamil semula agar tubuh khususnya rahim pulih sepenuhnya.

Lengahkan Masa Untuk Mendapatkan Pengesahan Hamil Antara Faktor Keguguran! Ibu Hamil Perlu Waspada Dengan Simptom Ini

Keguguran adalah keadaan di mana kehamilan berakhir sebelum usia kandungan mencapai usia 22 minggu yang mana bayi tidak berupaya untuk hidup di luar rahim. Menurut Dr Lilian George, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan KPJ Klang Specialist Hospital, keguguran terjadi disebabkan oleh beberapa faktor.

Dalam kebanyakan keadaan, keguguran disebabkan oleh ibu yang melengahkan masa untuk mendapatkan pengesahan hamil daripada doktor selepas membuat pemeriksaan sendiri di rumah. Walhal, pemeriksaan awal amat mustahak untuk memastikan kedudukan kandungan. Ia juga membolehkan hormon progesteron diberi untuk menyokong kehamilan. Keguguran kerap terjadi pada trimester pertama. Biarpun begitu, ia masih boleh berlaku sehingga usia kandungan melebihi 22 minggu.

Faktor yang meningkatkan risiko keguguran

Keguguran berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang berpunca daripada pelbagai sebab dan keadaan seperti berikut:

IKLAN
  1. Ibu mempunyai penyakit seperti diabetes.
  2. Ibu mengalami tekanan darah tinggi.
  3. Ibu menghidap penyakit tiroid.
  4. Wanita hamil yang berkahwin dengan ahli keluarga sendiri.
  5. Ibu hamil selepas usia 35 tahun.
  6. Kecacatan rahim.
  7. Jangkitan kuman seperti listeriosis dan toxoplasmosis yang menjejaskan kesihatan janin.
  8. Jangkitan melalui hubungan seks seperti sifilis.
  9. Ibu mempunyai masalah hormon seperti polycystic ovary.
  10. Embrio tidak berkembang seperti sepatutnya tanpa sebab.
  11. Kecacatan kromosom yang menghalang bayi daripada berkembang dan menyebabkan kehamilan terhenti pada peringkat embrio.
  12. Kehamilan anggur

Lengahkan Masa Untuk Mendapatkan Pengesahan Hamil Antara Faktor Keguguran! Ibu Hamil Perlu Waspada Dengan Simptom Ini

Jenis keguguran

Lazimnya keguguran terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

  1. Keguguran penuh (complete abortion) di mana embrio atau janin yang gugur keluar sepenuhnya dari dalam rahim. Keadaan ini kerap melibatkan keguguran pada awal usia kehamilan di mana plasenta belum terbentuk. Selalunya, ia tidak melibatkan prosedur dilatation and curettage (D&C). D&C hanya dilakukan sekiranya si ibu masih mengalami pendarahan dan terdapat sisa kandungan.
  2. Keguguran tidak penuh (incomplete abortion) pula apabila janin tidak keluar sepenuhnya dan D&C perlu dilakukan.
  3. Missed miscarriage di mana janin tidak berkembang dengan sempurna. Keadaan keguguran jenis ini memerlukan proses kemungkinan disebabkan oleh perkembangan yang terhenti.

Simptom keguguran

IKLAN

Sebagai ibu baru, anda mungkin keliru tentang keguguran sama ada ia adalah pendarahan biasa semasa implantasi atau keguguran. Apa yang anda perlu lakukan ialah segera mendapatkan rawatan doktor jika mempunyai tanda-tanda berkenaan:

  1. Pendarahan yang bermula dari sedikit dan kemudiannya berlangsung lama dan semakin banyak. Darah yang keluar adalah darah segar dan mengandungi gumpalan darah.
  2. Kesakitan seperti senggugut dan rasa kejang di bahagian pinggul berulang-ulang.
  3. Rasa nyeri pada bahagian bawah perut, alat kelamin dan pangkal paha dalam tempoh yang lama. Nyeri ini terjadi dalam beberapa jam hingga beberapa hari setelah muncul gejala perdarahan.

Rawatan

Apabila mengalami simptom ini, anda perlu segera mendapatkan bantuan perubatan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. Doktor akan membuat diagnosis melalui beberapa ujian yang bersesuaian dengan anda. Ujian-ujian tersebut termasuklah ujian darah untuk mengesan hormon hCG, ultra bunyi, imbasan dan ujian pada pelvis.

IKLAN

Prosedur D&C

Prosedur dilatation and curettage (D&C) adalah prosedur minor. Ia hanya dilakukan sekiranya keguguran yang terjadi masih ada pendarahan dan terdapat sisa tisu yang masih tertinggal di dalam rahim. Ia bertujuan untuk mempercepatkan pemulihan lapisan rahim ibu. Sekiranya tidak dilakukan, rahim akan terdedah kepada jangkitan dan menyebabkan keadaan seperti dan endometriosis.

Prosedur D&C dilakukan untuk mengeluarkan tisu yang tertinggal. Ibu akan diberikan bius dan prosedur inu hanya memakan masa sekitar 10 hingga 15 minit. Dalam pada itu, ibu perlu tahu bahawa prosedur ini mempunyai risiko rahim tertembus sebanyak 1%.

Tisu yang berbaki akan disedut menggunakan peralatan khas. Kebanyakan ibu sangat takut sedangkan ia cuma menyebabkan kesakitan seakan-akan senggugut selama dua hingga tiga hari. Jangan khuatir kerana ubat penahan sakit akan dibekalkan.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI