Keguguran setelah hamil memberikan kesan kepada fizikal dan emosi ibu. Tiada siapa mahu kehilangan bayi yang dikandungi. Anda perlu mengambil masa untuk hamil semula agar tubuh khususnya rahim pulih sepenuhnya.
Keguguran adalah keadaan di mana kehamilan berakhir sebelum usia kandungan mencapai usia 22 minggu yang mana bayi tidak berupaya untuk hidup di luar rahim. Menurut Dr Lilian George, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan KPJ Klang Specialist Hospital, keguguran terjadi disebabkan oleh beberapa faktor.
Dalam kebanyakan keadaan, keguguran disebabkan oleh ibu yang melengahkan masa untuk mendapatkan pengesahan hamil daripada doktor selepas membuat pemeriksaan sendiri di rumah. Walhal, pemeriksaan awal amat mustahak untuk memastikan kedudukan kandungan. Ia juga membolehkan hormon progesteron diberi untuk menyokong kehamilan. Keguguran kerap terjadi pada trimester pertama. Biarpun begitu, ia masih boleh berlaku sehingga usia kandungan melebihi 22 minggu.
Faktor yang meningkatkan risiko keguguran
Keguguran berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang berpunca daripada pelbagai sebab dan keadaan seperti berikut:
Jenis keguguran
Lazimnya keguguran terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
Simptom keguguran
Sebagai ibu baru, anda mungkin keliru tentang keguguran sama ada ia adalah pendarahan biasa semasa implantasi atau keguguran. Apa yang anda perlu lakukan ialah segera mendapatkan rawatan doktor jika mempunyai tanda-tanda berkenaan:
Rawatan
Apabila mengalami simptom ini, anda perlu segera mendapatkan bantuan perubatan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. Doktor akan membuat diagnosis melalui beberapa ujian yang bersesuaian dengan anda. Ujian-ujian tersebut termasuklah ujian darah untuk mengesan hormon hCG, ultra bunyi, imbasan dan ujian pada pelvis.
Prosedur D&C
Prosedur dilatation and curettage (D&C) adalah prosedur minor. Ia hanya dilakukan sekiranya keguguran yang terjadi masih ada pendarahan dan terdapat sisa tisu yang masih tertinggal di dalam rahim. Ia bertujuan untuk mempercepatkan pemulihan lapisan rahim ibu. Sekiranya tidak dilakukan, rahim akan terdedah kepada jangkitan dan menyebabkan keadaan seperti dan endometriosis.
Prosedur D&C dilakukan untuk mengeluarkan tisu yang tertinggal. Ibu akan diberikan bius dan prosedur inu hanya memakan masa sekitar 10 hingga 15 minit. Dalam pada itu, ibu perlu tahu bahawa prosedur ini mempunyai risiko rahim tertembus sebanyak 1%.
Tisu yang berbaki akan disedut menggunakan peralatan khas. Kebanyakan ibu sangat takut sedangkan ia cuma menyebabkan kesakitan seakan-akan senggugut selama dua hingga tiga hari. Jangan khuatir kerana ubat penahan sakit akan dibekalkan.