Lengan Macam Roti Bun, Pipi Labuh, Siti Aisyah Buat Orang Geram! Suka Pasta & Susu Ibu

Share

“Semua orang tengok dia geram. Paling biasa orang suka buat adalah cubit pipinya. Jika sebelum ni dapat keluar berjalan-jalan pasti mata akan terarah pada Siti Aisyah Nafisah dulu,” kongsi ibunya, Najwa Izni Aidi.

Lima tahun menanti

Menurut Najwa, sebagai ibu yang menantikan kelahiran anak pertama hampir lima tahun, kehadiran Siti Aisyah ini ibarat permata buat kami suami isteri. Mana taknya bila tengok pasangan lain yang baru kahwin dah ada anak rasa juga sedih.

“Namun kami tak putus asa berusaha dan akhirnya tahun lalu dengan kelahiran Siti Aisyah serta merta hidup kami berubah. Siti Aisyah anak yang senang sangat dijaga. Tambah pula Allah bagi rezeki susu badan yang banyak pada saya.

@sitiaisyahnafisah88PICIT PICIT PP TEMBAM TU😂 ##fyp ##fypシ ##Viral ##babygirl♬ original sound – patpatsweetie – PatPat Official

Masa lahir tak sampai 3 kilogram 

“Jadi memang 100 peratus dia minum susu ibu. Kebetulan pula saya buat bisnes online dari rumah jadi memang boleh fokus padanya. Jika nak diikutkan masa lahir, Siti Aisyah hanya 2.6 kilogram sahaja. Lepas itu, jaundisnya juga tinggi. Selama dua minggu bacaan kuningnya tinggi sehingga ada yang mengesyorkan supaya bagi susu formula, tapi saya tak ikut nasihat itu.

Selepas 2 minggu lahir

“Saya percaya susu ibu lagi bagus. Sekarang tengoklah badannya yang bersemangat. Mungkin dia dapat zat dari pemakanan yang saya ambil. Sampai sekarang saya amalkan makan sup lobak putih, buah-buahan, sayur-sayuran dan minum susu,” katanya.

Suka makan pasta, bubur nasi kurang

Kongsi Najwa lagi, walaupun Siti Aisyah dah mula makan, tapi jika diberikan bubur nasi dia tak berapa suka. Hanya 5 atau 6 sudu sahaja makan, selebihnya dia akan tolak. Namun bila buat makanan berasaskan spageti terus laju makan.

Favourite brokoli dan dan lobak merah

Lagi satu Siti Aisyah dia suka sangat makan mashed potato. Jadi bila nampak dia bosan dengan menu sama, sesekali buat pula mashed potato. Manakala sayur yang paling dia suka adalah lobak merah dan brokoli.

“Memang dalam hidangannya akan diletakkan sayuran ini sebagai pelengkap menu hariannya.

“Biasa untuk sarapan Siti Aisyah, saya akan buat pancake, cheesy mashed potato atau kalau nak cepat cereal campur dengan susu ibu.

“Bagi hidangan tengah harinya pula, Siti Aisyah suka menu western. Jadi spageti bolognese, pasta carbonara jadi kegemarannya selain sesekali bagi juga bubur nasi ayam atau bihun goreng. Semua ni diolah mengikut resipi yang sesuai dengan umurnya.

“Untuk snack time, buah seperti pisang, mangga, bubur sumsum, atau biskut bayi akan diberikan. Bagi menu makan malam biasanya akan sama dengan menu tengah harinya,” ujar Najwa.

Bagi yang tertanya-tanya berapa berat Siti Aisyah, berat terkininya 10.5 kilogram dan akan genap 10 bulan pada September nanti. Bagaimanapun, doktor dan jururawat jelaskan perkembangan Siti Aishah ok dan setakat ini BMI normal dengan ketinggiannya.

Mungkin sebab di bahagian pipi, lengan dan pahanya yang tembam buatkan semua orang geram. Kadang kami suami isteri pun memang suka menyakat Siti Aisyah. Paling dia suka sekarang ni main Peek A Bo dengannya.

Siti Aisyah ketika berusia 5 bulan bersama mamanya

Tambah Najwa, sejak lahir sehingga sekarang, syukur alhamdulillah Siti Aisyah tak pernah lagi demam atau sakit walaupun selepas mendapat suntikan. Mungkin juga sebab susu ibu yang menguatkan antibodinya.

Tak sangka juga, belum usia 10 bulan, Siti Aisyah dah boleh panggil mama papa. Rasa macam tak percaya tetapi inilah yang buatkan setiap hari kami sangat bermakna.

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

 

Published by
Wan Amy