Selera kita berbeza-beza, ada yang cukup gemarkan menu pantang tetapi ada juga yang kurang menggemarinya kerana masakan dan teknik memasaknya yang hanya menggunakan teknik bakar dan rebus sahaja, yang dikatakan membosankan. Namun ada juga sesetengah daripada kita yang cukup sukakan menu berpantang kerana ia lebih sihat dan segar.
Bagi ibu yang bakal berpantang atau sedang berpantang, 14 resipi yang dikongsikan ibu ini, Emma Akmal Jusoh ini nampak cukup sedap. Malah lengkap dengan menu utama juga menu wajib iaitu Serunding Halia dan Bawang Putih Goreng yang bertindak membuang angin dalam badan. Memang lengkap.
Pemilihan menu utamanya tidaklah membosankan malah ia seakan menu biasa tetapi dioleh dengan cara lebih sihat dan segar. Resipi Ayam Masak Kurma misalnya tidak ditambah santan, begitu juga dengan Ayam Masak Sos Tiram dan Ikan Masak Ayam yang dibuat dengan penambahan halia yang sebagainya. Sihat tetapi cukup sedap.
Kemain durian lalu lalang di wall kita, dahlah tengah berpantang anak pertama. Nak share gambar durian takde, maka kita share menu berpantang masak sendiri jelah ye.
Resepi Ayam Kurma Tanpa Santan
Bahan:
Ayam
Serbuk Kurma Adabi
Bawang Merah (hiris)
Bawang Putih (hiris)
Bawang Besar (hiris 4)
Halia (hiris)
4 sekawan
Susu Cair
Lobak Putih
Serbuk Perasa
Garam
Cara-cara: Masukkan sedikit minyak, goreng 4 sekawan, bawang putih/merah dan halia sehingga naik bau. Bancuh 3 sudu rempah kurma dengan sedikit air dan tumiskan bersama 4 sekawan sehingga pecah minyak. Masukkan ayam, susu cair, lobak putih dan bawang besar dan serbuk perasa dan masak hingga ayam dan lobak putih masak. Tambahkan sedikit air masak untuk cairkan kuah. Sedia dihidang.
Resei Ayam Sos Tiram
Bahan:
Ayam (potong kecil)
Halia (hiris)
Bawang Putih (hiris)
Sos Tiram
Serbuk Perasa
Garam
Bawang Besar (hiris)
Ads
Cara-cara: Panaskan sedikit minyak dan goreng halia dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan sos tiram, air dan ayam. Sesuaikan rasa dan sedia dihidang.
Ikan Jaket Masak Asam
Bahan-bahan:
Ikan (perap dengan kunyit dan garam)
Asam Jawa
Halia
Bawang Putih
Serbuk Lada Hitam
Serbuk Perasa
Garam
Cara-cara: Goreng ikan yang diperap dengan sedikit kunyit dan garam. Angkat dan biarkan. Bancuh asam jawa paste dengan air dan masak atas dapur. Masukkan bawang putih, halia dan perasakan. Masukkan ikan dan siap.
Ads
Sup Bok Choy
Bahan:
Bok Choy
Halia (hiris)
Bawang Putih (hiris)
Serbuk Perasa
Garam
Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dengan air sebagai kuah. Tunggu hingga masak dan sedia dihidangkan.
Bok Choy Sos Tiram
Bahan:
Sayur Bok Choy
Sos tiram
Bawang putih, cincang halus
Satu hirisan nipis halia, cincang halus
Sedikit serbuk pati ayam atau pati ikan bilis
Tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
Cara-cara: Panaskan air di dalam periuk atau kuali sehingga mendidih dan masukkan secubit garam. Celur sayur Pak Choy cukup sekadar layu kemudian tapis air. Untuk masak kuah, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia sehingga kekuningan dan naik bau.
Ads
Masukkan sos tiram, pati ayam dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih dan masukkan pula air bancuhan tepung jagung tadi supaya kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula secukup rasa. Tuang kuah sos tiram keatas bok choy dan siap dihidang.
Selamat mencuba!
Tip Menu Pantang
Tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan bahawa mengelak makanan-makanan ini memberi sebarang faedah kepada kesihatan ibu dalam pantang.
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan amat penting sebagai sumber:
Vitamin
Mineral
Fitokimia
Serat.
Serat amat penting untuk melancarkan pembuangan najis bagi mencegah masalah sembelit yang sering kali dialami oleh ibu yang baru bersalin.
Malaysia kaya dengan kepelbagaian sayur dan buah. Oleh yang demikian, ibu yang dalam berpantang boleh memilih sayur dan buah yang tidak dianggap sebagai ’sejuk’ untuk memastikan keperluan harian buah dan sayur dapat penuhi. Contohnya :
Sayur-sayuran : sawi hijau, bayam, kucai, ulam-ulaman (contoh : pegaga, daun cekur dan ulam raja).
Buah-buahan : oren, betik dan pisang.
Kita nak mudahkan anak untuk makan isi ketam, hakikatnya isi ketam segera yang dijual di pasaran langsung tidak mempunyai kandungan isi ketam. Ia hanyalah Surimi, yang diperbuat dari ikan.
Ini yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan. Malah kongsinya lagi, sebaiknya tidak perlu ajar anak makan isi ketam segera ini kerana ia dicampur dengan pelbagai pemanis tiruan yang tidak sihat untuk anak.
Isi ketam yang tak ada langsung pun ketam dalam tu. Elak kenalkan anak kita dengan makanan macam ni. Bila anak makan, dia mesti akan rasa nak lagi lepas tu sebab sedap kan isi ketam warna merah putih macam dalam gambar.
Isi ketam macam ni, datang dari surimi. Surimi tu pulak, datang dari isi ikan. Isi ikan yang dibuang tulang, dan dikisar halus sampai jadi pes isi ikan.
Dah dari isi ikan, takkan tak bagus kot?
Isi ikan yang ini, adalah isi ikan yang tinggi proses. Dicampur dengan gula dan jugak pemanis tiruan. Proses buat crab stick ni pun, ada banyak sangat bahan yang tak berapa sesuai untuk kesihatan tubuh badan anak-anak kita.
Garam putih yang tinggi. Minyak sayuran. Pewarna tiruan. Perasa tiruan dari ketam. MSG. Pengawet.
Tak ada khasiat langsung berbanding ketam sebenar, malah kemudharatan mungkin ada jika tak sesuai dengan keadaan badan anak-anak.
Ketam yang sebenar, susah nak basuh, nak makan pun susah, harga pun mahal. Berbeza dengan yang kita panggil isi ketam ni. Buka plastik, bilas je untuk basuh. Nak makan lagilah senang.
Lari jauh pulak tu harga dengan ketam sebenar. Walaupun namanya crab stick, atau isi ketam, atau isi berperisa ketam, tapi ianya datang dari semata-mata isi ikan yang tinggi proses.
Kita cuba sama-sama ya, untuk jauhkan crab stick macam ni dari anak-anak kita.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya menginjak usia 6 bulan anak belajar makan. Bagaimanapun selepas mula pandai berjalan, bukan main susah nak makan. Terpaksa berkejar dulu barulah boleh suap. Tu pun semangkuk makanan tak semestinya habis.
Paling risau bila nampak berat anak semakin susut dengan ketara dan apa yang dibimbangi ibu bila nak buat check up di klinik. Nak tak nak mesti nurse akan tanya macam-macam soalan.
Perkongsian dari Puan Nur Nabila melalui Group Happy Baby Foods Malaysia mengenai caranya tackle anak makan boleh dicuba.
Saya nak share sedikit, mungkin benda kecil untuk sesetengah orang tapi saya rasa besar untuk saya. Bermula dari 6 bulan dia ada selera nak makan, tapi masuk 7 bulan lebih macam tu dia dah kurang makan sebab anak saya dah mula nak berdiri. Dia memang fokus dekat kaki. Kalau makan tu memang lepas 5 suap dia nak bangun dari baby chair dan main.
Jadi memang mommy bertabah bagi makan nak habiskan satu meal pun makan masa sejam, tu pun selalu tak habis.
Mula-mula memang susah hati sebab risau berat dia tak naik. Boleh kata bila dia buka mata je dia memang nak main sampai tidur.
Apa yang saya buat, saya kerapkan bagi dia makan. Saya pecah-pecahkan portion jadi separuh dan bagi bila dia nak, lepas tu biar dia main kejap dan sambung balik makan. Macam tu lah rutin dia dari pagi sampai petang.
Alhamdulillah, hari ni check up, nurse cakap bagus berat baby naik cantik je. Nurse puji sebab walaupun baby dah dapat kaki, berat naik juga dekat 1 kg. Rasa nak menangis pula sebab dekat dua bulan lebih ni memang struggle masak macam-macam dan cari jalan nak bagi anak makan.
Semoga mommies yang anak semakin aktif ni, jangan putus asa, kena banyakkan bersabar. Tengok lah video anak sy makan tu, kena pegang tangan daddy nya baru nak makan, kena makan sama-sama baru nak. Sabar je lah. Janji anak nak makan.
Memilih untuk menyediakan makanan sendiri buat anak memang puas hati. Namun bila dilanda kesibukan kerja, terpaksalah belikan sahaja makanan buat anak. Dalam berjaga-jaga dari aspek kebersihan, anak adakalanya terkesan dengan makanan yang dibeli di luar.
Ayam goreng dengan darah yang masih berbaki pada ayam dan tidak digoreng sehingga benar-benar masak sememangnya memudaratkan anak kecil kita. Jangan pandang ringan malah boleh memudarahkan anak. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari.
“Cuba puan ingat balik betul-betul, ada tak belikan apa-apa makanan dari luar, delivery ke, beri pada dia sehari dua ni?”
“Tak adalah doktor. Sepanjang kena duduk rumah ni semua makanan masak sendiri. Pelik saya tiba-tiba dia jadi begini.”
Sayu suara si ibu menjawab seraya menoleh ke arah anaknya yang sedang terbaring di atas katil.
Remuk hati melihat betapa lemahnya keadaan badan si kecil tu. Langsung tak bermaya. Kedua belah mata pun mencengkung. Dehydrated teruk!
Mana taknya, sejak pagi tadi dah berbelas kali muntah dan cirit birit. Sampai je kat hospital, jarum branula terpaksa dimasukkan ke saluran darah di kedua-dua belah lengan untuk proses rawatan kecemasan.
“Sebenarnya doktor, malam semalam saya ada suapkan nasi ayam yang saya bawak balik dari tempat kerja.
Silap saya. Mula-mula lagi saya perasan ada kesan darah pada bahagian sendi tulang ayam tu. Daging pun agak kemerahan, macam tak cukup masak.
Tapi dia beria mintak nak rasa, tak sampai hati saya nak tolak. Itu yang berikan jugak sikit.”
Si ayah tiba-tiba bersuara. Jelas ternampak raut kesal di wajahnya. Selalu sangat kes kanak-kanak keracunan makanan ni berlaku. Sebahagiannya berpunca dari ayam yang tak dimasak sempurna. Memang patut pun sebab darah yang masih ada pada ayam tu jadi medium yang sesuai untuk kuman membiak.
Kalau yang termakan tu kita yang ada imuniti kuat mungkin setakat dapat perut cramp, muntah dan cirit birit. Boleh jadi kesannya tak berapa serius.
Tapi sangat bahaya untuk anak kecil. Paling kita takut bila kuman tadi masuk ke dalam salur darah anak dan merebak ke seluruh tubuh (bacteremia). Pernah tau berlaku kes keracunan teruk sampai akibatkan kematian!
Sebab tu mak ayah kena tolong periksa betul-betul setiap makanan masa nak beri pada anak.
Jangan bagi kalau ada tanda-tanda ayam tak cukup masak seperti:
* Berbau hanyir * Berlendir * Tekstur daging berbeza dari biasa * Suhu di bahagian daging lebih sejuk * Ada kesan darah terutama dekat tulang ayam * Daging berwarna kemerahan
Bantu saya sebarkan info ni pada mak ayah yang lain ya. Takut-takut nanti bila dah tak larat nak masak sendiri, kita terbeli makanan yang buatkan anak kesayangan keracunan dan jatuh sakit.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Acara merentas desa merupakan aktiviti tahunan yang sering dinanti-nantikan oleh para pelajar. Namun, jika melihat kepada rekod terdahulu, terdapat kes pelajar yang mengalami komplikasi...