Peluang pergi ke Tanah Suci baru-baru ini dimanfaatkan sebaiknya oleh pelakon Fasha Sandha dan suami untuk melakukan ibadat dan berdoa. Malah Fasha menyatakan antara  doa yang dipohon ketika mengerjakan umrah ialah supaya dikurniakan cahaya mata lelaki.

“Jika dapat anak lelaki rezeki kami..”

Ujar Fasha, 39, keinginan untuk menimang cahaya mata lelaki itu juga merupakan hasrat yang diidamkan oleh suaminya, Aidil Aziz selepas dikurniakan anak perempuan, Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun enam bulan.

“Ketika mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini, salah satu doa yang saya pohon adalah untuk mendapatkan zuriat lelaki. Sebab itu adalah permintaan suami untuk melengkapkan keluarga kami.

“Lengkapkan Keluarga Kami..” Doa Fasha & Suami Ketika Di Mekah Dikurniakan Anak Lelaki

“Kalau ikutkan, suami sudah menyuarakan hasrat untuk anak kedua sejak tahun lalu lagi. Tapi saya terlalu sibuk dengan penggambaran drama.

“Insya-Allah, kami akan berusaha untuk anak kedua pada tahun ini dan berharap dikurniakan seorang bayi lelaki,” katanya.

“Lengkapkan Keluarga Kami..” Doa Fasha & Suami Ketika Di Mekah Dikurniakan Anak Lelaki

Ads

Dalam pada itu, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan turut melahirkan rasa syukur apabila dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa kali tertangguh.

“Alhamdulillah, saya berada di sana selama sembilan hari. Empat hari di Mekah dan lima hari di Madinah. Saya bersyukur dapat mendoakan yang baik-baik untuk semua orang.

“Lengkapkan Keluarga Kami..” Doa Fasha & Suami Ketika Di Mekah Dikurniakan Anak Lelaki

“Saya sangat teruja dan bersyukur apabila hasrat mengerjakan umrah buat kali pertama akhirnya terlaksana lebih-lebih lagi ditemani suami,” katanya gembira.

Ads

Kongsi Fasha, sebelum ini dia sudah lama menyatakan hasrat mengerjakan umrah, namun tidak boleh melakukannya kerana syarat pada ketika itu memerlukan dia membawa seorang mahram.

“Ketika itu saya belum berkahwin lagi. Jadi antara syaratnya saya perlu diiringi dengan mahram untuk buat umrah. Selepas saya berkahwin, seluruh dunia diserang Covid-19 pula,” jelasnya.

“Lengkapkan Keluarga Kami..” Doa Fasha & Suami Ketika Di Mekah Dikurniakan Anak Lelaki
Fasha bersama Aisha dan anak saudaranya, Bunga Elhaq.

Untuk rekod, Fasha mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Aidil pada 28 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aisha Amaira.

Sebelum itu, menerusi perkahwinan pertama Fasha bersama bekas suami, dia dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram dan Putri Raysha Jemaima Rizal Ashram.

Ads

Kredit: Kosmo & IG Fasha Sandha

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI