“Lepas 11 Tahun Allah Hadiahkan Lagi Zuriat.” Oktovia Manrose Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Share

Anak adalah rezeki yang dianugerahkan oleh Allah SWT sebagai satu amanah yang penuh tanggungjawab buat setiap ibu ayah. Kebahagiaan bertambah indah dengan hadirnya cahaya mata.

Tidak semestinya hanya untuk anak sulung tetapi setiap kelahiran itu diraikan dengan penuh kesyukuran.

Pelakon cantik yang juga merupakan kakak kepada Aprena Manrose iaitu Oktovia Manrose telah selamat melahirkan bayi perempuannya pada 6 Disember yang lepas.

Sumber foto: Instagram Oktovia Manrose

Baca Juga:

Bangga Dengan Kerja Ayah! Kanak-Kanak Ni Gayakan Uniform Ayah Untuk Tema Kerjaya

“Anak Tu Kan Rezeki Dari Allah.” 14 Tahun Berkahwin, Beto Kusyairy Bahagia Bersama Isteri

‘Kantoi’ Tengah Seronok Makan Tepi Fridge, Menangis Bila Butter Kena Rampas. Lucu Sungguh!

“Alhamdulillah saya selamat melahirkan permaisuri hati saya pada 6 Dec 22 jam 20.40 malam. Rahsia Allah dan perancangannya adalah yang terbaik. Sangat tidak sangka, selepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya. Alhamdulillah kami dah ada sepasang.”

Terdahulu, Oktovia telahpun mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 tahun menerusi perkahwinan pertamanya. Bayi perempuan ini pula merupakan anak kedua Oktovia bersama suaminya sekarang iaitu Mohamad Khairul Efsan Mdisa.

Sumber foto: Instagram Oktovia Manrose

Kelahiran bayi perempuan ini menjadi kurniaan terindah buat pasangan ini dan melengkapkan sepasang cahaya mata Oktovia.

Pelakon ini juga melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada suaminya sepanjang perkahwinan mereka selama setahun.

“Untuk kesayanganku, terima kasih kerana menjadi pasangan dan ayah kepada anak perempuanku. Kamu istimewa buatku setiap hari dan menjadi kekuatanku. Moga-moga kita terus berjalan beriringan sambil berpegangan tangan di laluan yang sama! Aamiin.. Aku akan sentiasa menyayangimu sepenuh hatiku. Selamat ulang tahun yang pertama buat kita!.”

Menjenguk ke ruangan komen, ramai rakan artis serta warganet yang memberi ucapan tahniah di atas kelahiran bayi perempuan ini;

Tahniah buat Oktovia dan keluarga di atas kelahiran bayi perempuan ini. Semoga anak ini tumbuh membesar dengan sihat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. Tahniah sekali lagi!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
Emy H