Hati ibu ayah mana tidak luluh bila selepas 17 hari bertarung nyawa, bayi yang baru berusia 4 bulan akhirnya pergi buat selama-lamanya meninggalkan yang tersayang semuanya.

Reda dengan ujian Allah, namun masih merindui pemergian anak tersayang. Masih terbayang-bayang wajah comelnya yang merengek manja membuatkan air mata seorang ibu tumpah semula.

“Baru 3 hari Adam Fahmy pergi..Ya Allah terasa rindu sangat…” itu luahan hati Puan Zaiemah Zainol yang baru kehilangan anak tersayang pada 27 Jun lalu.

DALAM KENANGAN..

AL-FATIHAH 
ADAM FAHMY BIN MOHD HAFIZ
14 Feb 2018 – 27 June 2018
umur 4 bulan 13 hari

Selepas 17 Hari Bertarung Nyawa Melawan Adenovirus Pneumonia , Bayi 4 Bulan Akhirnya Pergi Buat Selama-Lamanya

Hanya diri ini yang tau betapa peritnya bila Anak Syurga ini pergi dalam keadaan melawan sakit dek kerana adenovirus pneumonia with multiorgan failure dan jangkitan kuman gram negative septicaemia..kuman septicaemia ini doktor dapat detect pada hari Allah ambil Adam Fahmy..patut lah bila Adam Fahmy kena tambah darah je..darah asik keluar tak benti2..Allah..kuatnya anak melawan sakit

Selama 17 hari ibu menjaga Adam Fahmy semasa di hospital..ibu nampak betapa peritnya Adam Fahmy melawan sakit..

Semasa bleeding melalui mulut dan hidung dan semasa perut membesar mengening dengan tompok-tompok darah di lapisan kulit kerana doktor kata pembuluh darah dah pecah..dgn tangan lebam-lebam kesan dari cucuk ambil darah bagai..

IKLAN

Ubat jangan cakap la macam-macam ubat antibiotik doktor kasi dari yang biasa hingga yang kuat..dalam hati ibu memang tak setuju dengan antibiotik kuat semua tu sebab semua tau kan buah pinggang Adam Fahmy masih baby lagi susah nak proses..

Banyak juga nama-nama ubat ibu catit tuk simpanan ibu..tapi dah tu cara doktor ikhtiar untuk hapuskan virus dan kuman-kuman..tapi virus dan kuman-kuman tu tetap tak nak mati..kaki tangan bengkak dan keras berkerisik sebab dah lama baring..ibu rasa sangat sedih..sangat marah pada virus dan kuman-kuman tu..tapi dah itu yg tertulis tuk Adam Fahmy..

Selepas 17 Hari Bertarung Nyawa Melawan Adenovirus Pneumonia , Bayi 4 Bulan Akhirnya Pergi Buat Selama-Lamanya

Ibu tau Adam Fahmy kuat lawan virus tu..kira lama juga Allah pinjamkan Adam Fahmy kepada ibu tuk ibu jaga Adam Fahmy semasa sakit..sangat bersyukur Allah bagi peluang ibu jaga Adam Fahmy..

Adam Fahmy bertarung nyawa melawan adenovirus pneumonia..sangat terkesan di hati ibu..semasa Adam Fahmy sakit tiap hari ibu baca yassin tuk Adam Fahmy..Sekarang bila Adam Fahmy dah tak ada tiap kali lepas solat ibu akan baca yassin tuk Adam Fahmy..tiap kali baca yassin itu lah menitis air mata mengenang keadaan Adam Fahmy semasa derita melawan sakit..

Sebenarnya ibu tak sangka adenovirus akan ragut nyawa Adam Fahmy sebab mulanya hari 1st admit Adam Fahmy.. ibu tgk Adam Fahmy tak seteruk hari ke 5 admit..tapi tu semua dah tertulis..ibu redha dengan ketentuan ilahi..

IKLAN
Selepas 17 Hari Bertarung Nyawa Melawan Adenovirus Pneumonia , Bayi 4 Bulan Akhirnya Pergi Buat Selama-Lamanya
Hari ke-12 di wad PICU

Ibu bangga Adam Fahmy kuat lawan virus hingga akhir hayat..Adam Fahmy HERO ibu,abi dan kakak2..

pengajaran buat ibu…walaupun ibu tak bawa Adam Fahmy ke tempat-tempat orang ramai pun..jika bawa ke hospital kerap sangat pun akan dapat macam-macam kuman..bak kata doktor disebabkan Adam Fahmy kerap keluar masuk hospital kemungkinan Adam Fahmy dapat kuman atau virus dari hospital..teringat lagi kata-kata seorang doktor tu..

Pada 27hb pukul 11pagi semasa doktor inform ibu..anak ibu semakin tenat kita dah tambah platelet tapi masih lagi bacaan rendah dan kita tambah darah merah masih lagi bacaan rendah..bleeding makin banyak..jika bleeding makin banyak akan efek semua organ..tapi kita akan cuba buat yang terbaik..jika jantung Adam Fahmy tiba-tiba berhenti ibu nak kita buat CPR atau tak??kesan dari CPR tulang Adam Fahmy akan patah..masa tu ibu terus menangis..

Selepas inform kepada abi Adam Fahmy..abi ckp better buat CPR jika tak buat takut kita menyesal..tepat jam 7malam pada 27hb doktor inform jantung Adam Fahmy makin slow sikit demi sedikit..

Lebih kurang 7.20mlm doktor inform jantung Adam Fahmy dah berhenti..doktor buat CPR then tunggu setengah jam jantung Adam Fahmy masih lagi tak berdegup..then doktor tunggu setengah jam lagi still tak berdegup juga…then doktor datang kepada ibu abi..

tepat jam 8.20mlm doktor inform kita dah cuba sebaik mungkin tapi Allah lebih sayangkan Adam Fahmy…innalillahhiwainnailaihirojiun..
Anak syurga ibu pergi buat selama-lamanya..

IKLAN
Selepas 17 Hari Bertarung Nyawa Melawan Adenovirus Pneumonia , Bayi 4 Bulan Akhirnya Pergi Buat Selama-Lamanya
“Jumpa mu di pintu syurga,” Ibu

Bagi ibu-ibu di luar sana kena alert bila anak-anak demam panas tak kebah-kebah walaupun makan ubat, batuk-batuk kering tapi berkahak, nafas laju, mata merah, cirit birit asal menyusu je berak najis cair dan badan lemau..antara tanda-tanda adenovirus..

Ajal maut di tangan tuhan..doktor hanya merawat Allah yang menentukan segala-galanya..

Alhamdulillah berakhir sudah penderitaan Adam Fahmy selama 17hari..bersemadilah anak syurgaku dengan tenang di sana..tunggu ibu,abi dan kakak-kakak di pintu syurga..

Posted by Zaiemah Zainol on Wednesday, 27 June 2018

TERIMA KASIH kepada semua yang mendoakan Adam Fahmy dan mengucapkan takziah kepada ibu..insyaAllah ibu akan kuat demi anak-anak yang lain..tahun 2020 nanti moga Allah bagi pengganti Adam Fahmy..amin..Adam Fahmy cukup bermakna di hati ibu..ibu sayang Adam Fahmy

 

#AlFatihah
#AdamFahmyBinMohdHafiz
#14Feb2018-27june2018
#DalamKenangan
#DiagnosisAdenovirusPneumoniaWithMultiorganFailurePlusGramNegativeSepticaemia

Sumber: Zaiemah Zainol

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI