Kehamilan

Lepas 1st Trimester Baru Ada Tenaga. Saharul Akui Lain Betul Mood Isterinya Kali Ni

Share

Sejak mengandung anak kedua, pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan isterinya Deena Emir mengalami alahan dan perubahan yang sangat berbeza berbanding hamil anak sulungnya sebelum ini.

Menurut Saharul, isterinya hanya dilihat kembali ceria selepas tamat tempoh trimester pertama.

“Selepas first trimester ni, barulah nampak ada ‘tenaga’ dekat muka dia. Lain betul pembawakan mood awak pregnant kali ni ye.

“Dalam dua hari ni barulah nampak senyum, boleh bergurau balik, boleh gelak,” tulisnya.

Pun begitu, Saharul akui sangat memahami apa yang dialami isterinya dan mengucapkan terima kasih di atas pengorbanan itu.

“Alhamdulillah. Saya tahu awak penat lain macam sikit kali ni, melawan rasa mual and muntah. Ini tak betul, itu tak kena.

“Thanks for everything sayang, saya doakan semuanya dipermudahkan Allah. Amin,” katanya lagi.

Alah bau masakan

Ketika diawal kandungan, Deena akui dia sudah lama tidak ke dapur bagi menyediakan juadah kerana dirinya tidak tahan dengan bau masakan.

“Deena alah bau masakan, tengok makanan pun nak muntah.

“Dua-dua kehamilan alah pada bau goreng dan bau masakan. Lari dari dapur duduk luar rumah. Dapur dah lama tak berasap,” kongsinya di Instagram.

Artikel Berkaitan [Moga Baby Girl Kali Ni! Saharul Syukur Doanya Nak Bagi Adik Pada Ali Dimakbulkan]

“SubhanaAllah, banyak sangat yang Deena belajar sepanjang kehamilan kedua ini. Betul-betul berbeza dengan kehamilan sebelumnya.

“Secara fizikal, badan memang agak lemah sedikit dan sebab itu mental kena kuat. Kena set di fikiran setiap apa yang jadi itu ada kebaikan,” luahnya.

Deena dan Saharul, 30, mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.
Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali yang kini berusia dua tahun.

 

 

 

Published by
Wan Amy