Kisah perjuangan wanita bernama Nur Hidayah Datuk Haji Abu Bakar atau Dayah Bakar ini cukup luar biasa. Melihat kecekalan hatinya sentiasa membuatkan kita kagum dengan dirinya.

Usahanya untuk menyatukan suami dan anaknya yang baru dilahirkan ketika itu bukan sedikit, dia tabah walaupun terpaksa mengharungi detik paling bersejarah dalam hidupnya, iaitu melahirkan anak sulung mereka tanpa kehadiran suami disisi.

“Lepas 3 Tahun Baru Dapat Sambut Anniversary” Sisi Bahagia & Kecekalan Hati Dayah Bakar Jadi Inspirasi!

Kini tatkala melewati Instagram Dayah, terasa begitu bangga melihat Dayah dan bukti kesabaran akhirnya di balas dengan perkara paling indah dari Allah. Selepas melalui keperitan hamil tanpa suami yang menemani di sisi dan melahirkan anak tanpa disambut suami kini wanita kelahiran anak jati Negeri Sembilan ini sudah boleh mengecap bahagia.

Hari ini, Dayah sentiasa tersenyum bahagia di sisi orang tersayang. Menetap bersama suaminya kini di Austalia, ia pastinya detik paling bahagia buat keluarga kecil ini. Bukan hanya bersama anak bahkan suami tersayang yang selama ini terpisah jauh kerana menggalas tanggungjawab pada negara.

“Lepas 3 Tahun Baru Dapat Sambut Anniversary” Sisi Bahagia & Kecekalan Hati Dayah Bakar Jadi Inspirasi!

Dayah yang baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ketiga pada 29 Jun lalu mengakui ia merupakan sambutan buat pertama kali dalam hidupnya selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Kapten Muhammad Hanif Hamidi.

Jika wanita lain dapat meraikan sambutan ulang tahun itu setiap tahun, namun bagi Dayah ia paling bermakna setelah hampir dua tahun terpisah dari suami.

“Lepas 3 Tahun Baru Dapat Sambut Anniversary” Sisi Bahagia & Kecekalan Hati Dayah Bakar Jadi Inspirasi!

” This is the first time that we get to celebrate our anniversary on the day itself .

“3rd year , and there’s 3 of us now . Syukur alhamdulillah. Sampai syurga , syurgaku,” tulis Dayah di kapsyen.

 

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar)

“Lepas 3 Tahun Baru Dapat Sambut Anniversary” Sisi Bahagia & Kecekalan Hati Dayah Bakar Jadi Inspirasi!

Menikmati makan malam yang istimewa di sebuah restoran, riak wajah Dayah menampakkan kebahagiaannya bersama anak dan suami.

Biarpun tidak dapat berhari raya bersama suami tahun ini disebabkan terpaksa bertugas namun Dayah tetap bersyukur kerana hanya jarak yang memisahkan mereka.

“Lepas 3 Tahun Baru Dapat Sambut Anniversary” Sisi Bahagia & Kecekalan Hati Dayah Bakar Jadi Inspirasi!

Enjoy besarkan anak
Pada usia yang muda, pengacara Borak Kopitiam ini memberanikan diri menempuh cabaran membesarkan anak sulungnya, Achbar Muhammad Fahri bersama suami di bumi Australia.

Kata Dayah kepada Pa&Ma ketika sesi fotografi bersamanya suatu ketika dahulu, banyak yang perlu dia pelajari sebelum membuat keputusan untuk terbang ke sana.

Ads

“Lepas 3 Tahun Baru Dapat Sambut Anniversary” Sisi Bahagia & Kecekalan Hati Dayah Bakar Jadi Inspirasi!

“Banyak yang Dayah perlu fikirkan terutama mengendalikan anak sendiri, dari segi kesihatan atau sakit demamnya ketika di sana,” kata Dayah yang ketika itu masih berpantang.

“Lepas 3 Tahun Baru Dapat Sambut Anniversary” Sisi Bahagia & Kecekalan Hati Dayah Bakar Jadi Inspirasi!

Kini melihat Dayah berkongsi pelbagai aktivitinya bersama Fahri ternyata Dayah sudah semestinya menjadi ibu terbaik buat Fahri dan mampu berdikari sendiri bersama suami dalam membesarkan anak sulung mereka.

Malah Dayah juga sudah mula membiasakan anaknya dengan pelbagai aktiviti termasuk aktiviti berenang malah turut menghantar Fahri ke playschool agar dapat berkawan dan berkomunikasi dengan baik.

“Lepas 3 Tahun Baru Dapat Sambut Anniversary” Sisi Bahagia & Kecekalan Hati Dayah Bakar Jadi Inspirasi!

Dayah yang ketika ini dilihat sedang bercuti bersama suami dan anak jelas menampakkan sisi bahagianya.

Ads

“Lepas 3 Tahun Baru Dapat Sambut Anniversary” Sisi Bahagia & Kecekalan Hati Dayah Bakar Jadi Inspirasi!

Biarpun pernah melalui tempoh sukar, hamil dan melahirkan anak tanpa disokong suami di sisi namun kekuatan yang dibawanya terus menjadi inspirasi buat wanita yang tinggal jarak jauh dengan suami ketika PKP ini.

“Lepas 3 Tahun Baru Dapat Sambut Anniversary” Sisi Bahagia & Kecekalan Hati Dayah Bakar Jadi Inspirasi!

Jadilah wanita kuat dan tabah seperti Dayah yang mampu melaluinya dengan tenang sambil berdoa yang terbaik buatnya dan anak. Jadikan kecekalan hati dan ketabahan Dayah sebagai satu inspirasi kepada ibu muda yang sama berjuang dengannya.

Menarik: Penting Ibu Ayah Tahu Ada Tak Protein Susu A2 Dalam Susu Formula Anak Anda

“Lepas 3 Tahun Baru Dapat Sambut Anniversary” Sisi Bahagia & Kecekalan Hati Dayah Bakar Jadi Inspirasi!

PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI