Chantelle Broughton, 29, selamat melahirkan bayi lelaki bernama Ayon dan kembarnya bayi perempuan bernama Azirah di Hospital Bandar Nottingham pada April lalu.
Memetik laporan, wanita dari Nottingham, England itu melahirkan bayi kembar lelaki dan perempuan namun kedua-duanya mempunyai warna kulit yang berbeza.
Apa yang membezakan kedua-dua bayinya dengan kembar lain adalah, Ayon memiliki mata hijau dengan kulit cerah manakala Azirah mata coklat dan berkulit gelap.
Menurut pakar genetik, kelahiran ini adalah luar biasa dan ia terjadi satu dalam sejuta kes kelahiran.
Malah dari genetiknya, wanita itu memiliki darah campuran kerana datuk sebelah ibunya berasal dari Nigeria, manakala suaminya pula berdarah kacukan Jamaica dan Scotland.
Menurut wanita itu lagi, semasa dilahirkan anak kembarnya itu tidak kelihatan berbeza tetapi perubahan ketara mula dilihat sejak empat bulan lalu.
Selain penampilan berbeza, kedua-dua kembar itu juga dikatakan mempunyai personaliti bertentangan antara satu sama lain.
Kredit: Kosmo
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!