Demam biasanya satu tanda sesuatu yang luar biasa sedang berlaku dalam badan. Untuk anak kecil dan bayi, suhu yang sedikit tinggi mungkin menunjukkan jangkitan yang serius. Tetapi tahap demam tidak semestinya menunjukkan betapa seriusnya keadaan itu.

Melalui apa yang dikongsikan oleh Encik Khairul Azhar, pengalaman anaknya demam sawan boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa lain.

Baru rasa nak cerita macam mana pengalaman pertama saya masa Erza “Sawan Demam” (Kejang) suhu dia masa tu 39.0-40.0c.

Ni anak pertama kami dan Erza tak pernah sakit dari baby sampai dia umur 1 tahun 1 bulan dan ini pertama kali dia demam.

Mula-mula selsema, ada batuk sikit dan cirit birit masa ni suhu badan dia masih normal. sy dah bawa ke klinik dokta dah bagi Ubat. Erza masih aktif macam biasa walaupun cirit dan dia masih kuat menyusu so, kami macam tak risau sangat.

“Lepas 5 Minit Masuk Ubat, Badan Kejang.” Bapa Kongsi Pengalaman Anak Demam Sawan

Masuk hari ke 3 badan dia dah mula panas dari pagi 37.8c jadi kami bawa lagi ke klinik dr ambil darah sebab dah 3 hari demam. Periksa mulut Erza ada naik tonsil, jadi mungkin itu yang buat dia demam. Masa ni Erza baru tumbuh gigi bawah jadi banyak kemungkinan suhu badan dia naik. Keputusan darah keluar normal jadi kami balik.

Ads

Kami bagi ubat demam macam biasa, masa maghrib kami cek suhu badan Erza naik 38.8 dan kami masukkan ubat demam melalui punggung. Lepas 5 minit ubat masuk Erza mula kejang, mata naik ke atas dan tak respon apa-apa masa dipanggil. Kami panik gila masa ni, pertama kali dalam hidup nampak anak kejang, Ya Allah masa ni hanya tuhan yang tahu, kami terus bawa Erza ke Hospital tanpa kunci pintu rumah.

Masa dalam perjalanan Erza dah mula sedar dia kejang dalam 3-4minit sahaja. (Ibu bapa perlu tahu berapa lama anak kejang, biasanya sawan demam akan berlaku tak lebih dari 5minit kalau lebih sila bawa anak ke hospital dengan kadar segera)

Di hospital Dr akan buka semua baju Erza (ingat tuan puan anak demam jangan pakaikan anak baju atau seluar, bagi dia bogel ja) saya tak tahu sebelum ni jadi sy pakaikan Erza baju tidur biasa. Ini penting untuk panas keluar dari badan jangan pakaikan anak apa-apa.

Dr gunakan tuala basah untuk lap badan Erza masa ni memang basah satu badan, Erza dah mula menggigil kesejukan dan Dr kata biar dia sejuk dulu ya. Suhu badan dia mula turun dari 39.0c jadi 37.0 dan 37.0 turun ke 36.7. Jadi pesan saya kalau anak demam selalu lap badan anak dgan air jagan takut anak sejuk . Ini untuk haba panas keluar dari badan, haba panas akan keluar cari tempat sejuk.

Tapi jangan lap guna air batu atau air terlampau sejuk sebab pori pada tubuk akan mengecil jadi haba panas tak akan keluar. Guna air biasa sahaja.

Erza masuk wad dalam masa 5 hari 4 malam, Dan masa kami bawa balik dia ke rumah dia masih cirit tapi dah tak demam. Lepas sehari balik dugaan lain datang Erza naik campak. Jadi kami ke klinik lagi.

Ads

Apa yang saya nak ingatkan pada mak ayah yang ada anak kecil:

-Pertama bila anak demam jangan pakaikan anak baju.
-kalau anak kejang tengok berapa lama dia kejang
-jangan peluk masa anak kejang biarkan dia dan baringkan dia secara mengiring untuk memudahkan pernafasan (kalau kita peluk ada risiko tulang anak patah)
-jangan masukkan sesuatu dalam mulut baby seperti tangan,kain atau sudu. Ini akan sukarkan udara masuk ke paru-paru anak boleh sesak nafas
-cek setiap 20-30minit suhu badan anak please beli
penyukat suhu yang berkualiti, harga 180-300 jangan la beli yang cap ayam kadang sukatan dia tak betul.
-selalu lap badan anak dgan air
-Pasang kipas dan Aircond dalam bilik jagan takut anak sejuk tuan puan.

Nota kaki: Bayi yang pernah demam sawan ada 30% kemungkinan untuk kena lagi sekali sampai umur dia 6 tahun.

Demam sawan kurang dari 5 minit tidak akan membuatkan bayi anda cacat dari segi intelektuan atau kognitif.

Ads

Ini hanya pengalaman saya sahaja, saya tidak ada kepandaian dalam bidang perubatan dan apa yang sy tulis adalah apa yang disarankan oleh doktor. Kalau ada info yang saya berikan salah mohon maaf sebab saya cuma bercakap atas dasar pengalaman semata-mata.

Kredit: Khairul Azhar

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

“Lepas 5 Minit Masuk Ubat, Badan Kejang.” Bapa Kongsi Pengalaman Anak Demam Sawan

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI