Kehamilan

Lepas Ada Anak Perempuan Teringin Anak Lelaki. Dr Zubaidi Kongsikan Tip Hamil Anak Lelaki

Share

Bila dah ada anak perempuan, mesti teringin nak anak lelaki pula. Tambah-tambah bagi pasangan yang dah ada anak perempuan lebih dari dua, hasrat nak tambah anak lelaki mesti ada kan?

Tapi bagaimana kita nak ikhtiar untuk mendapat anak lelaki? Dr Zubaidi ada berkongsikan tip yang mungkin boleh di cuba. Mana tahu berjaya. Cuma janganlah terlalu mengharap 100 peratus kerana setiap rezeki anak, Allah dah tentukan.

Berikut antara perkongsiannya

Cuma apa yang boleh dikatakan secara saintifiknya belum ada kajian yang sahih mengenai hal ini. Belum ada kajian yang mengesahkan bahawa pemakanan akan MENENTUKAN jantina anak yang kita harapkan.

Namun ada kajian yang menunjukkan bahawa pemakanan MEMPENGARUHI jantina anak yang dikandung oleh seorang wanita.

Dalam kajian yang dilakukan oleh para saintist di Oxford and Exeter Universities terhadap 740 wanita,, mendapati wanita yang mengambil makanan tinggi kalori ketika proses ovulasi cenderung untuk hamil anak lelaki.

Dalam kajian yang agak lemah, saintis melakukan kajian tersebut juga dapat membuktikan bahawa ramai wanita yang makan pisang dalam kuantiti yang banyak melahirkan bayi lelaki. Ini kerana pisang mengandungi jumlah kalori yang tinggi. Jadi benarlah jika ada petua yang mengatakan jika mahukan anak lelaki, banyaklah makan pisang sebelum melakukan hubungan seks dengan suami.

Bahkan ada juga petua yang mengatakan banyak minum susu sebelum hamil juga boleh mendapat anak lelaki.

Begitu juga dengan petua yang mengatakan bahawa makanan laut besar boleh menyebabkan hamil anak lelaki. Tiada bukti dari segi sains perubatan, namun tidak salah mencubanya.

Untuk mendapatkan seorang anak, harus berlaku percantuman benih lelaki (sperma) dan perempuan (ovum)

Penentuan jantina pula bergantung kepada sperma yang bersenyawa dengan ovum kerana setiap sperma membawa kromosom Y untuk benih anak lelaki atau kromosom X untuk benih anak perempuan. Manakala ovum pula hanya mempunyai dua kromosom X sahaja.

Sperma yang membawa kromosom Y selalunya lebih aktif dan bergerak menuju ke ovum dengan lebih cepat, tetapi hanya mampu hidup pada waktu yang singkat saja. Ia hidup lebih lama dalam suasana rahim yang beralkali.

Sementara sperma yang mempunyai kromosom X bergerak lambat, tetapi hidup dengan lebih lama terutama dalam suasana rahim yang lebih berasid.

Sesetengah pakar perubatan berpendapat jika pH di dalam faraj wanita dapat diubah menjadi lebih beralkali, kebarangkalian untuk mendapat anak lelaki lebih tinggi.

Oleh itu, mereka mencadangkan setengah jam sebelum melakukan persetubuhan, si isteri harus membasuh kemaluan dengan sejenis cairan yang mengandungi sodium bicarbonat yang bersifat alkali dengan menggunakan teknik ‘douching’. Peluang untuk mendapat anak lelaki lebih tinggi.

Namun saya lebih suka jika kita meletakkan segalanya pada takdir Allah setelah kita berikhtiar dan jangan kecewa dengan takdirNya. Kita harus bersyukur jika bayi yang dilahirkan itu sihat dan cukup sifat, tidak kira sama ada bayi lelaki atau perempuan.

Sumber: Dr Zubaidi    

Published by
Wan Amy