Avokado atau nama saintifiknya ‘Persea Americana’ boleh diolah dalam pasta dan makan lain mengikut kreativiti mereka yang mengamalkan ‘eat clean’.
Buah ini boleh digelar sebagai makanan unggul kerana kandungan nutrisi tinggi yang dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh.
Namun bukan hanya isinya sahaja yang berkhasiat, malah bijinya turut mengandungi pelbagai khasiat.
Selalu lepas belah avocado, orang buang saja biji avocado. Ada yang rajin cuba untuk tanam. Tapi sayangnya kalau buang biji avocado.
Rugi besar. Sebab dalam teh biji avocado ni ada macam macam khasiat. Contohnya:
1. Vitamin C,E,K, B6
2. Baiki sistem pencernaan
3. Turunkan kolesterol
4. Membantu untuk menghalang kanser
5. Bantu kawal tekanan darah
6. Bantu turunkan berat badan
7. Kurangkan simptom arthritis
8. Kaya dengan antioksida
Cara nak buat pun senang:
Potong biji avocado kepada 4 potongan. Kalau boleh dapatkan dua biji.
Air pula perlukan dua cawan. Rebus. Bila dah sejuk sikit, masukkan madu. Dah siap dah untuk diminum.
Masa tuang ke cawan tu tapis dulu. Warna teh biji avocado ni sama macam teh biasa. Bolehlah cuba. Kesihatan kita tanggungjawab kita. Gitulah.
Kredit: DrRizal Abu Bakar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!