Keterujaan untuk menimang cahaya mata kedua tak kesampaian apabila isteri dan bayi dalam kandungan dijemput ilahi. Ujian berat yang ditanggung Dzul Hisham Mhd Razali benar-benar tak disangka sama sekali apabila isteri tercinta, Nur Atiqah Mustafa dan anak keduanya, Nur Ulya Hanania dijemput Ilahi hari yang sama iaitu pada 12 Julai lalu.
Nur Ulya Hanania yang dijangka dilahirkan pada 7 Oktober depan meninggal dunia jam 8.30 pagi kerana kegagalan mendapat oksigen manakala Nur Atiqah, 29, akibat pembuluh darah otak pecah pada 11.20 malam.
Jenazah kedua-duanya selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Krai, Kelantan.
Mengadu pening kepala selepas ambil wuduk
Kini, Dzul Hisham, 30, hanya ada anak sulung, Muhammad Umar Dayyan (dua tahun tiga bulan) yang akan menemaninya mengharungi hari mendatang selain keluarga.
Berkongsi kisah itu, Dzul Hisham berkata, isterinya tengah sarat hamil dan tiada masalah kesihatan atau simptom penyakit sepanjang tempoh kehamilan.
Bagaimanapun, Nur Atiqah ada mengadu pening kepala selepas ambil wuduk untuk solat pada hari kejadian sebelum diserang sawan tidak lama selepas itu.
“Isteri kemudian tidak sedarkan diri malah nadinya berhenti, jadi saya terus dapatkan bantuan untuk membawanya ke hospital.
“Kami tiba di hospital jam 8.10 pagi dan isteri terus dibawa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam perut namun anak kami tidak dapat diselamatkan.
“Manakala isteri diberi ubat jantung untuk bertahan namun akhirnya meninggal dunia menjelang tengah malam hari yang sama,” katanya.
Ads
Menurutnya, dia tidak menyangka isterinya akan pergi meninggalkannya ketika mereka teruja menantikan kelahiran cahaya mata perempuan.
Reda isteri pergi dengan mudah
Meskipun begitu, Dzul Hisham reda dengan ketentuan Ilahi dan cuba kuatkan diri kerana masih ada tanggungjawab untuk menyara anak sulungnya.
“Memang susah (untuk terima) pada awalnya namun reda kerana melihat pemergiannya begitu cantik iaitu ketika masih ada emak dan ayah serta seluruh keluarga yang mendoakan.
“Saya ada di sisinya di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sempat beritahunya yang saya sudah maafkan dia dan terima ketentuan seandainya sudah sampai masanya untuk pergi.
Ads
“Matanya tertutup namun saya nampak air mata mengalir dan tak lama selepas itu, isteri menghembuskan nafas terakhir. Itu juga detik terakhir kami bersama dan anak sulung juga ada kerana dibenarkan masuk.
“Moga Allah tempatkan isteri dalam kalangan yang beriman dan saya berdoa pemergian anak jadi asbab dia tarik saya ke syurga,” katanya.
Dzul Hisham berkata, dia dan Allahyarhamah Nur Atiqah yang disatukan sebagai suami isteri pada 27 April 2019 ada mengumpul wang kerana merancang mengerjakan umrah bersama di Makkah pada 2024.
“Kami juga rancang mahu enam orang cahaya mata namun hasrat itu tidak kesampaian apabila isteri pergi dulu kerana Allah lebih menyayanginya.
“Buat masa ini, saya tinggal berdua dengan anak sulung dan Alhamdulillah, tiada masalah untuk buat kerja rumah kerana sudah biasa.
Ads
“Anak pula masih kecil dan belum faham mengenai kematian dan hakikat yang ibunya sudah pergi buat selamanya,” katanya yang mencari rezeki dengan menjual cermin mata di premisnya dekat Bukit Payong, Marang.
Botol susu dan corong pam yang digunakan ada tempoh hayatnya. Tak boleh guna lama walaupun fizikal nampak elok sahaja.
Mungkin kita tak terfikir tentang perkara ini memandangkan botol pam susu secara fizikalnya nampak elok.
TEMPOH HAYAT BOTOL PLASTIK
Kebanyakan corong pam dan bekas simpanan susu diperbuat dari polimer jenis polypropylene (PP). Perlu patuhi tempoh hayat dan ditukar ikut waktu demi keselamatan bayi. Jika tidak, bahan kimia plastik akan larut dalam susu.
Jika calar, perlu ditukar serta-merta. Kawasan calar boleh menggalakkan pembiakan bakteria dan lebih mudah bahan plastik terurai dan larut dalam susu.
Jika nak menyahkuman, perlu ketahui jenis sterilizer yang kita nak guna adakah bersesuaian dengan jenis botol atau corong plastik yang kita ada.
Jika menggunakan bekas jenis PP, lebih baik gunakan steam sterilizer. Jika nak gunakan UV sterilizer, jenis PP ni mudah longgar ikatannya selepas 6 hari terdedah dengan cahaya UV. Dan tempoh hayat akan jadi lebih pendek berbanding steam sterilizer.
Jika gunakan UV sterilizer, boleh gunakan bekas plastik yang berkualiti seperti tritan, PPSU atau PES. Kebanyakan jenis plastik ini adalah tahan kepada haba, impak dan UV.
Saya menulis post kali ni berdasarkan ilmu pengetahuan saya sebagai orang Kimia, bukan sekadar kaunselor penyusuan sahaja
Haid yang sepatutnya datang setiap bulan sudah lama tidak datang. Bila ujian kehamilan negatif. Risaunya mama, apa yang sedang berlaku, adakah ia satu penyakit?
Kebimbangan tentu singgah di minda para ibu apabila saat-saat ‘itu’ tidak kunjung tiba. Apatah lagi jika anda sedang menunggu-nunggu kehadiran cahaya mata. Masalah haid sebegini boleh menyebabkan keresahan. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah yang dicadangkan.
Tiada period dah lama, tapi check urine pregnancy test (UPT) keputusannya negatif. Kenapa ye?
Period yang tidak datang atau dipanggil Amenorrhea adalah satu simptom akibat pelbagai jenis masalah kesihatan.
Secara umum ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu;
1. Primary Amenorrhea (wanita yang langsung tidak pernah datang period)
2. Secondary Amenorrhea (wanita yang pernah ada period, tetapi kini sudah tidak ada period lagi)
PRIMARY AMENORRHEA
Primary Amenorrhea biasa dikesan sejak awal remaja. Bila waktu sepatutnya akil baligh, tetapi masih tiada period. Kebanyakan kes seperti ini adalah disebabkan oleh masalah genetik dan kongenital. Masalah pada kelenjar hypothalamus, pituitary dan ovari mungkin menjadi punca Primary Amenorrhea.
Yang lebih kerap berlaku adalah secondary amenorrhea. Dulu ada period macam biasa, sampai satu masa, period tiada.
Punca utama masalah ini adalah mengandung. Bila mengandung, period akan berhenti dan tidak datang lagi.
Selain itu, masalah perubatan lain seperti;
Polycystic Ovarian syndrome (PCOS)
Hypothyroidism, hyperprolactinoma akibat brain tumoR
Premature ovarian failure
Asherman’s Syndrome (penyakit dimana lapisan rahim menjadi parut akibat procedure seperti cuci rahim selepas keguguran). juga adalah punca berlakunya secondary Amenorrhea.
Selain itu masalah lain juga boleh menyebabkan period tidak datang seperti
Emosional atau fizikal stress yang melampau
Berat badan yang turun mendadak
Sedang mengalami penyakit yang teruk
Amenorrhea juga boleh berlaku akibat pengambilan pil-pil hormon seperti pil perancang. Namun ia biasanya bersifat sementara.
KESAN JIKA HAID TIDAK DATANG BERPANJANGAN
Seorang wanita berisiko mengalami osteoporosis atau tulang rapuh akibat amenorrhea yang berpanjangan. Selain itu, mereka juga berisiko untuk mengalami kesukaran untuk hamil.
Jadi bagaimana nak rawat? Rawatan amenorhhea adalah dengan merawat punca mengapa amenorrhea itu berlaku. Jika puncanya adalah stress melampau, maka perlula buat sesuatu agar stress menjadi terkawal dan berkurang. Jika ia melibatkan masalah perubatan seperti PCOS, hypothyroid dan lain-lain, maka dapatkan rawatan untuk masalah tersebut.
Bakal menimang cahaya mata keduanya tidak lama lagi, pelakon Dayana Roza mengumumkan kehamilannya yang kini sudah pun di trimester kedua.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada Astrid Raheeya ini berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua pengikutnya.
Menurut perkongsian Dayana, bayi keduanya itu bakal dilahirkan sekitar awal Januari tahun hadapan.
“Salam Jumaat everyone. InsyaAllah lepas ni @astridraheeya jadi kakak. Due awal january, harap-harap baby kali ni dok diam-diam kat dalam sampai 2024 la ye. So dah tak boleh la panggil Atit baby la kan?,” luah Dayana berkongsi.
Akui Dayana lagi, berbanding hamil anak sulungnya, dia berdepan pelbagai alahan termasuklah pening kepala malah alahan kepada makanan-makanan tertentu di awal trimester pertama.
Namun kini dia bersyukur bila mana keadaannya bertambah baik dan alahan yang dialaminya juga semakin berkurangan.
“Betul la orang kata, setiap pregnancy tak sama pengalaman dia. Kali ni ada sickness. Memanjang pening kepala, tak boleh nak makan itu ini, mood swing & makin garang sikit.
Ibu cantik manis ini juga turut memohon doa dari semua agar kelahiran anak keduanya itu dipermudahkan. Begitu juga dengan penerimaan anak sulungnya, si comel Astrid Raheeya.
“Alhamdulillah bila dah masuk 2nd trimester slowly hilang problem-problem tu semua.
“Nak mintak awak semua doakan semoga baby dalam kandungan D sihat & dipermudahkan sampai hari bersalin nanti.
“Dan doakan Atit boleh terima adik dia please. D paling risau dia rasa kita dah tak sayang dia sebab sekarang dia makin manja dengan D & Atit jadi cepat merajuk pulak lately.
“D doakan semoga Allah tiupkan Roh ke dalam rahim mereka yang sedang berikhtiar untuk dapatkan rezeki zuriat soleh & solehah. Amiinn amiinn ya rabb,” ujarnya lagi yang turut mendoakan rezeki zuriat buat yang menantikan cahaya mata.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.