
Letih dan lesu ketika Ramadan adalah perkara biasa namun peliknya keadaan ini jadi bertambah letih dan lesu sebaik berbuka. Apa sebabnya ini terjadi?
“Food coma” atau keletihan selepas Iftar dan Sahur berlebihan adalah fenomena yang sering berlaku sepanjang bulan Ramadan ini.

Pasti ramai yang takkan melepaskan peluang untuk mencuba semua makanan yang dihidangkan untuk berbuka puasa. Namun, apabila makan terlalu banyak, mulalah rasa mengantuk dan keletihan oleh sebab terlalu kenyang.
Apa punca food coma?
1. Pengambilan makanan tinggi kandungan kalori
Proses pencernaan makanan tinggi kalori menghasilkan hormone yang memberi rasa mengantuk dan letih.
2. Pengambilan makanan tinggi gula
Pengambilan gula berlebihan dari kuih muih atau air manis boleh menyebabkan rasa mengantuk dan letih.

3. Kuantiti & saiz hidangan makanan yang besar
Menyebabkan system pencernaan bekerja keras dan menyebabkan rasa mengantuk dan letih.
Oleh itu, elakkan “food coma” sepanjang bulan Ramadan dengan bersederhana ketika makan. Cukup sekadar berbuka dengan nasi pada kadar biasa, jangan berlebih-lebih.
Lebihkan hidangan yang lebih sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan hadkan juadah yang tinggi kalori. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi dan ambil masa untuk bergerak selepas makan.
Menarik: Clamp Atau Laser, Apa Teknik Terbaik Nak Khatankan Anak, Ini Saranan Doktor/
Main Taman Jumpa Kawan Buat Anak Rasa Tak Menarik, Rangsangan Dopamin Gajet Lagi Kuat
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi Tat Cadburry, Kulit Rapuh Inti Coklat. Tak Cukup Makan Sebiji Dua!

Hari ini kita sudah masuk 18 hari berpuasa. Cepatnya masa berlalu, tahu-tahu esok lusa kita akan beraya. Walaupun raya tahun ini berbeza sedikit dari tahun-tahun yang sebelumnya, ia tidak seharusnya menghalang untuk kita mensyukuri nikmat Aidilfitri.
Untuk para ibu yang masih berhempas-pulas menyiapkan kuih raya untuk tahun ini, bolehlah cuba resipi tat Cadburry seperti yang dikongsikan oleh Zunnur Afiqah ini. Kalau biasanya kita gunakan jem nenas di dalam tat, untuk resipi ini digantikan dengan coklat.
🥮 TART CADBURY 🥮
Hi semua .. mummy ustaz baby here .. Sementara bersahur and rehatkan badan baru selesai buat biskut .. saja nak gembirakan hati sendiri sebab kenangkan x dapat balik raya so nak share resepi tart 🙈 .. try la buat sesiapa yang tengah riki2 nak buat biskut raya apa tahun ni ..
Resipi Lain: [Buatkan Chocolate Bar Crunchy Simple Dengan Anak-Anak, 2 Bahan Je Dah Jadi!]
Bahan-bahan:
🥮 250g butter
🥮 2 sudu besar gula ising
🥮 1 tutup esen vanila
🥮 pewarna
🥮 1 biji kuning telur
🥮 2 sudu besar tepung jagung
🥮 400g tepung
Cara2 dkt gmba .. Check it out ~
*dalam gamba ni mummy ustaz baby buat 3 adunan sekali gus ..
selamat mencuba semua 💋
Cara membuat:
1) arwah mak dulu2 kalau nak buat biskut dia akan jemur tepung bawah cahaya matahari .. saya goreng atas dapur ja .. api kecik ja nanti tepung hangus . Dah goreng biarkan dia rehat dulu
*tepung jenama apa2 .. cap ros ke sauh ke. Ok ja tapi mostly guna cap ros kalau buat biskut tapi dalam gmba ni guna cap sauh

2) Dalam besen lain masukan 250 g butter ( mummy guna margerine cap pelangi ) n 2 sudu besar gula ising .. kalau Nk rasa manis letak la 3 sudu besar .. gaul rata

3) tadaaaaa.. masukkan esen vanila n pewarna .. harini mummy ustaz baby buat tart warna purple .. kalau nak tart cadbury ada rasa Red velvet ke , blueberry ke boleh letak sekali time ni ya .. letak 1 tutup juga
Resipi Lain: [Tak Pandai Buat Kuih, Cuba Apam Kampung Gula Merah Ni Paling Senang!]

4) masukkan sebiji kuning telur dan kacau rata
* di ingatkan dalam gamba ni mummy ustaz baby buat untuk 3 adunan sekali gus .. tu ada 3 kuning telur

5) masukkan 2 sudu tepung jagung

6) masukkan 400 tepung tadi .. ayak kan tepung.. masuk sikit2

7) sebatikan adunan sampai jadi mcm ni .. sampai x melekat kat tangan
* adunan akan melekat sikit2 kt tangan ja .. jgn gelabah takut x jadi ..

8) tinggalkan sikit adunan dalam besen n selebihnya masukkan dalam plastik untuk nak elakkan adunan keras kena angin

9) piping mcm biasa .. In shaa Allah kalau ikut sukatan betul senang ja nak piping .. tak keras pun
* kalau keluarkan dari dalam plastik tadi dia mcm keras sikit dari waktu nak masukkkan dalam plastik tadi , uli semula , nanti akan jadi lembut balik

10) letak cadbury flipkan mcm ni ja

11) potong kan dia ., mummy guna blender punya pengacau tu ja 😅😅😅

12) tadaaaaaaaa!!! Dh siap piping n letak cadbury ..

13) letak ap2 atas tart tadi .. suka hati nak letak badam ke , choc rice ke.. ikut selera masing2 .. bakar dalam oven 165 c / 15 minit @ mengikut kesesuaian oven masing2 .. oven mummy ustaz baby kecik ja .. boleh masuk loyang 10 inchi

14) ni contoh warna merah

15) ni contoh warna kuning .. selamat mencuba 🌸

Kalau buat tat coklat ni, puas hati. Makan tak berhenti. Sedap berlemak. Rasa rapuh kulit tat dengan manis coklat memang tak cukup kalau setakat makan sebiji dua. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak Buat Donut Sebijik Macam Big Apple Kena Guna Resipi Sukatan Cawan Ni, Confirm Jadi!

Musim PKP ni teringat pula donut yang gebu dan lembut macam dekat Big Apple. Tapi kalau nak beli belum tentu dapat. Jadi apa kata kalau mama papa buat sendiri je donut ala Big Apple ni.

Anak-anak confirm seronak dapat makan petang nanti. Resipi yang disediakan oleh Afzal ni pun mudah untuk dibuat. Kebanyakan barang yang digunakan pun boleh didapati di dapur rumah sahaja. Yang penting air tangan kita sendiri. Penulis pun dah cuba resipi ini, memang ternyata sedap, lembut, gebu dan cair di mulut.
Baca: Kek Pandan Moist Gebu Ni Paling Mudah, Wangi & Sedap, Gerenti Jadi!
Hari ni aku nak kongsi cara membuat donut. Bukan donut biasa dengan gula sahaja, tetapi dengan inti jem di dalamnya. Inti tu terpulang, samada korang nak guna jem strawberi, nenas, anggur atau sebarang jenis jem. Oo kalau korang nak letak coklat pon boleh gak. Ikut citarasa masing-masing ye.

BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung kek
6 kuning telur
3 sudu makan gula pasir
3½ sudu makan mentega yang telah dilembutkan
1¾ oz yis
1 cawan air suam
1 cawan susu full cream panas
½ cawan yogurt biasa
½ sudu kecil garam
minyak masak
jem pilihan korang, korang juga boleh menggunakan Nutella!
CARA-CARA MEMBUAT:
ADUNAN #1
Sediakan mangkuk, masukkan tepung dan buatkan satu ruang kosong di tengahnya. Dalam ruang tersebut, masukkan yis hancur, 1/2 sudu besar gula, dan separuh cawan daripada susu panas. Tutup dengan sedikit tepung dan mula mengaulkannya sampai korang menghasilkan doh tebal berkrim. Tutup mangkuk dan biarkan ia sejuk selama 20 minit sehingga doh mengembang.
ADUNAN #2
Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan susu yang selebihnya dan kacau bersama mentega dan yogurt.
ADUNAN #3
Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur bersama baki gula yang ada.
Campurkan ADUNAN #1 , ADUNAN #2 dan ADUNAN #3 sekaligus, uli sehingga korang mendapat doh yang licin dan elastik. Tutup dan biarkan ia pada suhu bilik selama 1 jam atau sehingga ia menjadi dua kali ganda saiznya.
Pada permukaan yang ditabur tepung, keluarkan doh dari mangkuk, uli doh tersebut sehingga tebal doh tersebut dalam anggaran 1 cm.
Gunakan gelas atau pemotong biskut berbentuk bulat untuk memotong bulatan doh dan letakkan di atas l bekas yang ditabur tepung. Tutup dengan kain, dan biarkan sejuk selama 40 minit lagi.
Panaskan minyak di dalam kuali supaya donat boleh terapung bebas dan tidak menyentuh bahagian dasar. Masukkan sebahagian kecil doh dan jika ia bertukar menjadi perang dengan cepat, tanda sudah boleh diangkat.
Baca: Ayam Goreng Cili Kering Macam Di Restoran Cina Muslim. Resipi Mudah & Sedap!
Goreng donat sehingga perang keemasan di kedua-dua belah bahagian. Pindahkan ke atas kertas tisu. Beg pastri dipasang dengan tip panjang pada hujungnya, diisi dengan jem dan cucukkan jem ke dalam donat. Taburkan dengan gula tepung dan sedia dihidang!
Selamat mencuba 🙂
Sumber: Afzal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hanya Kisar Makanan Anak, Tak Perlu Tapis, Lagi Sihat & Selamat!

Kes kanak-kanak yang tercekik urat besi dari penapis yang digunakan ibunya untuk menapis makanan yang dikisar memang mengerikan. Satu hal yang anda perlu tahu, ketika menyediakan makanan anak, tak perlu ditapis, cukup hanya dikisar sahaja.
Inilah yang dikongsikan oleh Dietitian Fizah Sobri ketika menyediakan makanan anak. Malah cara ini juga lebih buat anak kita sihat dan paling penting selamat.
Kes anak tercekik urat besi dari penapis yang diguna untuk tapi makanan/bubur baby. Sini saya nak tegaskan waktu nak mulakan makanan pelengkap untuk anak tekstur memang memainkan peranan penting untuk elak sembelit, namun tak perlu untuk tapis, hanya perlu kisar.

Kenapa tak perlu tapis?
1. Tekstur yang pejal sikit banding dengan air susu akan membantu anak menggerakan lidah dan mulut untuk kuatkan otot sana dan sedia untuk bercakap.
2. Tekstur yang pejal sikit banding susu akan mengurangkan risiko anak tersedak waktu makan, baby dapat bezakan yang mana perlu sedut/suck dan perlu aktiviti kunyah.
3. Makanan yang tidak ditapis mengandungi zat yang diperlukan banding air tapisan makanan waktu zaman dahulu blender tu amat mahal dan susah untuk dapat. sekarang blender senang saja dan murah. Tapi perubahan tekstur perlu dilaksanakan mengikut peringkat.

Stage 1 (kisar halus, tak perlu tapis)
Dalam keadaan puri bayi hanya
– merasa makanan dan telan
– sesuai ketika memperkenalkan makanan/sesuatu yang baru kepada baby 6 bulan
– transition dari susu ke makanan pelengkap
– jangan risau kalau baby taknak makan banyak untuk umur 6-7 bulan 1-2 sudu besar pun dah cukup
– tujuan sekarang memberi rasa makan bukan untuk mengenyangkan dan memperkenalkan makanan selain susu
Stage 2 (lenyek atau kisar kasar)
Dalam keadaan lenyek
– bayi perlu kuat kan lidah dan keluarkan air liur yang lebih banyak untuk menelan makanan tersebut
– lidah dah mula sensori rasa, itu sebab pada fasa ini baby banyak kutip benda dan letap dalam mulut sebab macam tu baby ‘rasa’.
– sensori di lidah jauh lebih banyak dari tangan.
– transition dari makanan puri/cair/kisar kepada lenyek sekejap je bila bayi antara 7-8bulan.
– kuantiti makan dah semakin banyak untuk penuhi keperluan baby iaitu antara 2-3 sudu besar sekali makan.

Stage 3
Dari lenyek ke cincang halus
– kuatkan lidah baby untuk men’golek’ makanan dari kiri ke kanan dan seterusnya dari depan ke belakang untuk menelan
– melatih guna gigi dan gusi yang kuat untuk mengunyah
– makanan ada tekstur yang kasar tapi tak terlalu kasar agar baby dapar cabaran untuk mengunyah ketika makan
– kuantiti 3-5 sudu besar sekali makan
– dah campur carbohydrate + protein + fiber dalam setiap hidangan
Stage 4
Dari cincanh halus ke potongan yang kiun kecil
– bukan sahaja fokus untuk menguatkan lidah tetapi juga fine motor skill bila anak boleh kutip dan letak dalam mulut
– anak akan mula bercakap sikit (buat bunyi baby) tak lama lagi
– kuantiti 5 – 7 sudu besar
– memberi ‘fun’ dan keseronokan waktu makan kepada baby, sambil makan sambil bereksperimen
Ubah tekstur makanan anak secara perlahan juga bukan secara mendadak. Contoh 3 kali makan puri semasa nak introduce tekstur baru, bagi 1 kali makan lenyek 2 kali puri. Keesokan hari 2 kali lenyek dan 1 kali puri. Seterusnya 3 kali lenyek.
Artikel berkaitan: Bayi Dah Benar-Benar Bersedia Makan Makanan Pejal. Ini Petandanya, Pakar Kongsikan Tip & Cara
Anak Dah Masuk Setahun Tapi Tak Cukup Berat, Ibu Boleh Cuba 8 Tip Ini, Pasti Berkesan!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


