Kehamilan

Lepas Bersalin, Ibu Kena Jaga Diri. Nak Cepat Sembuh Selepas C-Sec, Dr Maiza Kongsikan Tip!

Share

Bila bersalin secara pembedahan atau C-sec banyak perkara yang perlu ibu jaga. Ia bertujuan untuk menyembuhkan luka pembedahan dan juga supaya ibu dapat menjaga bayi yang baru dillahirkan dengan lancar.

Ikuti tip untuk cepat sembut selepas C-sec yang dikongsikan oleh Dr Maiza Tusimin, Pakar O&G.

Tips Cepat Sembuh Selepas C-sec

#1 Diet sihat suku Protein-suku Karbohidrat-separuh Sayur & buah-buahan.

#2 Kekalkan hidrasi – konsum cukup air kosong.

#3 Jaga kebersihan luka – pastikan sentiasa kering & hanya sapukan ubat yang diberikan oleh Doc.

#4 Elakkan daripada mengangkat barang yang lebih berat daripada bayi anda selama 4 minggu pertama.

#5 Gunakan ‘abdominal binder’ untuk menyokong abdomen terutama ketika bersin, batuk, atau ketawa untuk mengurangkan gegaran. Pastikan binder tidak terlalu ketat agar aliran darah ke bahagian luka tidak terjejas

#6 Penting untuk bangun dari katil & berjalan perlahan sehari selepas pembedahan (kecuali C-sec yang ada komplikasi). Ini dapat membantu meredakan kembung perut, membantu melawaskan pembuangan air besar & mencegah masalah darah beku. Lagi lambat gerak, lebih lama masa diambil untuk sembuh.

#7 Jangan tahan untuk buang air kecil atau air besar. Lazimnya doktor akan bekalkan pelembut najis seperti Forlax selepas discaj dari wad.

#8 Teruskan pengambilan suplemen pranatal yang dapat membantu meningkatkan darah merah & proses pemulihan.

#9 Gunakan pek ais kecil untuk melegakan kegatalan di sekitar kawasan luka. Elakkan dari menggaru.

#10 Penyusuan susu ibu mempercepatkan proses pengecutan rahim.

#11 Dapatkan rehat yang mencukupi.

#12 Sokongan emosi & fizikal dari suami & keluarga amat penting.

#13 Jangan takut untuk ambil ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh doktor. Penting untuk kawal sakit luka agar ibu dapat menyusukan & boleh bergerak. Jangan risau, ubatan ini selamat semasa penyusuan ibu.

dr.mai
#TheKesuburanExpert #FaktaFemina #askmeanything #safepregnancy #cesareanawareness #kehamilan

Sumber: dr.maiza

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat  

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SAHR