Proses kelahiran dalam kes tertentu ada kalanya mengambil masa yang panjang. Jika kurang bernasib baik, ia mungkin penuh dengan momen kesakitan.

Akibat kesakitan itu ia berkemungkinan meninggalkan kesan perubahan kepada fizikal dan emosional kepada si ibu.

Dalam keadaan ini, suami perlu ambil tahu dan cuba memahami beberapa perkara penting yang berlaku kepada si isteri.

Anda bukan sahaja perlu sentiasa berada di sisi isteri dan memberi sokongan kepadanya dalam usaha melalui perubahan tersebut. Sekurang-kurangnya, ia dapat  meringankan beban yang ditanggung isteri.

1. Masalah pembuangan air besar dan kecil

Proses pembuangan air besar dan kecil untuk kali pertama selepas bersalin agak menyakitkan.

Lepas Bersalin, Ini 5 Perkara Yang Perlu Diambil Tahu. Suami Kena Selalu Sokong!Lebih-lebih lagi jika isteri bersalin secara normal.  Ketika ini perineumnya masih lagi sensitif apatah lagi jika prosedur episiotomi ada dilakukan.

IKLAN

2. Perut tidak segera kempis

Walaupun bayi sudah dikeluarkan, namun perut tidak akan terus mengempis. Rahim akan mengambil masa lebih kurang enam minggu untuk kembali ke bentuk asal.

Lepas Bersalin, Ini 5 Perkara Yang Perlu Diambil Tahu. Suami Kena Selalu Sokong!Malah, lemak yang terhasil di bahagian perut senasa hamil juga perlu dibakar melalui proses pembakaran kalori jika mahu ia kembali ke bentuk asal sebelum kehamilan.

3. Keguguran rambut

IKLAN

Rambut akan mengalami keguguran terutamanya semasa mandi atau menyikat dalam keadaan basah mahupun kering.

Hal ini terjadi kerana  hormon estrogen  mendadak turun. Lazimnya, masalah rambut gugur akan berkurangan dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

4. Risiko pulmonary embolism

Jangan terlalu hadkan pengambilan air. Bukan setakat dikhuatiri masalah  dehidrasi berlaku. Paling merisaukan ialah masalah pembekuan darah dalam saluran darah di paru-paru (pulmonary embolism).

IKLAN

Ia terjadi akibat daripada kurang minum air. Dalam keadaan tertentu, ia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kematian mengejut!

5. Mood tidak menentu

Selepas bersalin, hormon jadi kacau bilau. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba emosi isteri tidak stabil. Ada waktu sedih dan tiba-tiba menangis. Itu mungkin tanda awal simptom baby blues.

Hal ini biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Segera dapatkan pemeriksaan doktor jika hal ini berlanjutan.

Pada waktu berpantang, isteri paling memerlukan sokongan suami. Selepas beberapa luka perlu dihadapi dalam proses kelahiran, isteri perlukan rehat mencukupi untuk pulih semula.

Jadi isteri perlukan anda untuk dapatkan tidur, makan dan minum yang cukup. Selain itu, berilah sokongan emosi yang berterusan kepadanya ya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI