Lepas Bersalin, Isteri Rasa Down Tengok Badan Sendiri. Suami Pujuklah Dia Dengan Ayat Ni

Share

Tidak dinafikan, tubuh seorang ibu pasti akan berubah bentuk selepas dia melahirkan. Itu adalah normal. Kebanyakan wanita yang pernah bersalin akan cuba untuk menerima hakikat ini, (bahawa tubuh kita tidak akan sama seperti zaman anak dara dahulu). MAsalah kenaikan berat badan selepas melahirkan anak adalah perkara biasa yang berlaku dalam kalangan ibu.

Penulis blog Mum On The Run, Laura Mazza dari Sydney berkongsi perbualannya bersama suami mengenai bentuk badan selepas dia melahirkan anak mereka. Laura bukanlah wanita pertama yang memikirkan tentang soal bentuk badan selepas bersalin, tetapi kata-kata dari suaminya yang menjadi inspirasi.

Artikel Menarik: [Hormon Wanita Lepas Bersalin Kacau Bilau, Emosi Tak Stabil. 5 Benda Ni Suami Kena Tahu!]

“Kita Nak Suami Selalu Cakapkan Hal Ini Pada Isteri.”

Di laman Facebook Laura, dia bercerita bagaimana dia merungut pada suaminya. Dahulu suaminya jatuh cinta dengan Laura kerana tubuhnya yang seksi, tiada kesan regangan di perut dan payudara serta boleh mengenakan jean ketat. Kini, selepas melahirkan anak tubuhnya sudah berubah bentuk sedangkan suaminya kekal seperti dahulu. Kata Laura, hal ini tidak adil!

“Ini bukan badan yang kamu cintai,” kata Laura kepada suaminya.

“Betul, ini bukan tubuh yang buat saya jatuh cinta dahulu. Tetapi, tubuh inilah yang mengandungkan anak-anak kita, yang menyusukan anak kita. Yang membuat anak-anak berasa selesa. Inilah kehidupan. Tubuh awak sekarang buat saya jatuh cinta setiap hari. Saya tak tahu apa itu cinta sehinggalah saya lihat tubuh awak dan tahu pula macam-macam yang ia boleh buat. Jadi, terima kasih Sayang.”

‘Cair’ bila baca perkongsian Laura ini. Suaminya memberi keyakinan kepada Laura. Sebenarnya inilah yang perlu ibu baharu bersalin dengar. Selepas melahirkan, ibu merasa letih, beremosi dan mula kehilangan dirinya yang lama (kurang yakin). Seorang isteri hanya perlukan sokongan dari suaminya. Kata-kata sokongan dari suami boleh buat seorang isteri terus kuat dan rasa dirinya disayangi setiap hari.

Artikel Menarik: [Waktu Pantang Rehat Cukup-Cukup, Bukan Buat Kerja Rumah & Keluar Berjalan. Takut Bentan Jadinya!]

Jangan malu dengan apa yang anda miliki atau bagaimana bentuk tubuh anda sebagai seorang ibu. Nikmati setiap apa yang anda ada dan bersyukurlah setiap kesan regangan yang ada pada tubuh anda mengesahkan yang anda seorang ibu! Jika anda perlukan peringatan, maka pandanglah tubuh anda. Hargai ia!

Sebenarnya soal bentuk badan berubah selepas bersalin bukan menjadi kegusaran Laura seorang bahkan semua wanita yang bergelar ibu. Sebaiknya suami banyakkan menyokong serta banyak memberi galakan kepada isteri. SUAMI, TOLONG UCAPKAN RASA PENGHARGAAN KEPADA ISTERI DAN PUJILAH TUBUH MEREKA WALAUPUN TIDAK SAMA SEPERTI DAHULU.

Sumber: Smart Parenting

Published by
Emy Haznida Hazairul Sham