Bila ibu bersalin, mereka akan kehilangan banyak darah serta tenaganya. Tak kisahlah bersalin normal atau melalui pembedahan, letihnya sama saja. Badan penat, minda dan emosi juga mudah terusik. Ibu selepas bersalin memerlukan rehat yang cukup serta mengamalkan pemakanan yang berkhasiat untuk mengembalikan tenaganya.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Dalam perkongsiannya, Dr Zubaidi Hj Ahmad menasihatkan semua ibu lepas bersalin supaya tidak memandang ringan terhadap kesihatan diri sendiri terutama jika mengalami beberapa gejala selepas bersalin yang dianggap bahaya dan boleh mengancam nyawa ibu!
GEJALA SELEPAS BERSALIN YANG TAK BOLEH DIPANDANG RINGAN
TANDA PALING BAHAYA!
#Kehilangan banyak darah dengan tiba-tiba atau berterusan, termasuk darah beku
#Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan, mungkin kesan sampingan suntikan epidural, terutamanya duduk atau berdiri.
#Tekanan darah tinggi bersama sakit kepala, penglihatan kabur atau berasa loya.
#Nafas pendek seperti selepas mendaki bukit. Dibimbangi mengalami masalah darah beku tersekat pada salah satu saluran darah di paru-paru (embolisme pulmonari).
Sumber foto: www.shutterstock.com
#Sakit dada sama ada akibat jangkitan kuman pada paru-paru atau ketegangan otot akibat meneran semasa bersalin. Ia juga mungkin tanda embolisme pulmonari.
#Sakit pada bahagian betis, mungkin akibat trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT). Ia adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan boleh membawa maut. Terutama jika ada tanda merah di pelipat, dan rasa panas di bahagian tersebut.
#Berkelakuan pelik seperti mudah rasa gelisah. Kekacauan pemikiran, terlalu mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis keadaan kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis pospartum.
#Demam yang sangat panas (38 darjah C), sama ada disertai dengan menggigil atau tidak. Ia adalah satu tanda jangkitan kuman terutama pada ruang antara vagina dah rektum (perineum), luka pembedahan caesar, saluran kencing atau di uterus (rahim) anda.
#Tidak dapat membuang air kecil dalam enam jam pertama selepas bersalin akibat kesan suntikan epidural.
#Lendiran faraj yang berbau busuk, akibat jangkitan pada rahim atau faraj.
#Buasir yang teruk atau bengkak pada lubang dubur selepas bersalin.
#Rasa letih, tidak bersemangat, tidak menguruskan diri dan tidak berminat untuk berjumpa orang selepas beberapa hari bersalin. Ia tanda kemurungan selepas bersalin (meroyan).
#Sakit yang teruk pada perineum, mungkin bersama air kencing yang memedihkan dan/atau berbau busuk, mungkin akibat jangkitan pada jahitan atau jangkitan saluran kencing.
Tidak dapat mengawal buang air besar. Najis keluar dengan sendiri dan tidak dapat dikawal dengan baik. Mungkin disebabkan oleh koyakan atau darah beku (haematoma) pada lubang dubur.
#Sembelit selepas beberapa hari melahirkan anak.
Kebiasaannya orang Melayu akan melakukan beberapa pantang dan pengambilan herba untuk mengembalikan tenaga dan mempercepatkan kesembuhan.
Jangan ambil mudah sekiranya anda merasakan simptom-simptom ini. Untuk orang sekeliling, jangan dibiarkan si ibu bersendiri dan terasa diabaikan. Bersalin sememangnya memenatkan, si ibu sangat memerlukan perhatian dan rehat yang banyak. Semoga dengan perkongsian Dr Zubaidi ini dapat membantu anda melalui fasa berpantang dengan baik.
Kisahnya sama seperti arwah Siti Sarah. Setiap hari suami setia menanti perkhabaran isteri. Walaupun takut menunggu panggilan hospital, tapi inilah hakikat yang harus dilalui oleh seorang suami, Mohd Zulkifli Mohdisa yang masih harapkan ada keajaiban untuk isterinya yang disahkan Covid-19.
Sejak isteri ditidurkan dan melahirkan anak di usia kandungan 31 minggu, hingga hari ini tak putus mendoakannya supaya kuat dan kembali sedar.
“Berilah belas kasihanmu Ya Allah..“
Terasa bagai diragut nyawaku, terasa gelap, sepi apabila mendapat perkhabaran dari doktor, oksigen dalam darah menurun berbanding semalam. Semalam 72%, hari ini 52%. Kadar jangkitan pada paru-paru 75% dan terdapat darah beku.
Sel darah putih masih tinggi dari normal. Masih perlukan alat bantuan pernafasan dan masih dalam keadaan ditidurkan.. Allahhuakbar. Ya Allah…Berikanlah belas kasihanmu pada hambamu ini… berikanlah kami peluang untuk bersama kembali Ya Allah.
Sebagai suami tiada apa yang saya mampu harapkan selain doa yang tak putus buat isteri yang kini sedang bertarung nyawa di ICU. Jutaan terima kasih pada yang sudi mendoakan isteri dan anak saya. Tiada ucapan mahu pun ungkapan yang saya dapat luahkan selain terima kasih.
Masih menanti perkembangan anak
Keadaan terkini isteri saya masih lagi ditidurkan dan masih perlukan alat bantuan pernafasan. Walaupun perubahan tak banyak saya masih mengharapkan kejaiban dan belas ihsan dari Allah SWT untuk isteri dan anak yang dilahirkan secara pembedahan cepat sihat.
Saya masih menanti perkembangan tentang anak saya. Setakat hari ini masih tiada lagi perkembangan dari pihak hospital.
Maafkanlah isteri saya jika dia ada mengguris hati sesiapa. Doa kalian masih saya harapkan. Di harap kalian semua juga sentiasa dalam kesihatan yang baik dan dalam lindungannya.
Sebelum ini Pa&Ma pernah menyiarkan kisah yang dikongsikan oleh Encik Zulkifli mengenai keadaan isteri yang disahkan Covid sehingga terpaksa melahirkan anak kedua mereka secara pembedahan bagi menyelamatkan kedua-dua nyawa.
Namun hingga kini, keadaan isteri masih kritikal dan bayi lelaki yang dilahirkan turut mempunyai jangkitan di paru-paru. Nak tahu lanjut kisah Puan Faiqah boleh klik link di bawah:
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon yang juga usahawan, Wawa Zainal memanjatkan kesyukuran kerana selesai mengerjakan ibadah umrah meskipun mengalami muntah darah.
Tambah Wawa lagi menerusi perkongsiannya di Instagram, dia mengalami muntah-muntah sehingga sukar untuk bangun.
“Alhamdulillah selesai menunaikan umrah semalam. Pagi tu Wawa sakit sangat, tak mampu nak bangun. Sampai muntah darah.
“Maybe sebab panas dalam. Minta doa banyak-banyak supaya sembuh so that boleh umrah bersama team. Alhamdulllah dipermudahkan,” katanya.
Bahkan kata Wawa lagi, dia sudah pun melakukan pelbagai ujian untuk memeriksa masalah yang dihadapinya termasuklah sakit sendi dan urat.
“Dua kali check sebab sakit sendi, urat tak boleh bawak bincang buat alhamdulillah.
“Maybe letih sangat back to back from Sabah, event with team, then terus ke sini. Badan pulak dah 30an tapi feling 20an. Konon boleh buat semua benda,” tulisnya lagi.
Semoga dipermudahkan urusan Wawa di sana serta lekas segera sembuh.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Apabila si manja mula sakit nak tumbuhgigi, memang tak tenang hati mama. Kadang-kadang mama buntu apa perlu dilakukan untuk membuatkan si manja lega dari kesakitan tersebut.
Adakalanya bayi tak dapat tidur dengan lena disebabkan terlampau sakit di bahagian gusi. Merenggeklah dia seharian kerana tak cukup rehat ditambah pula sakit gusi. Dr Tengku Putri Zainab Baby and Child Specialist Clinic berkongsi do’s and don’ts untuk mama papa yang mempunyai masalah ini. Ikuti perkongsian beliau.
Bayi Tumbuh Gigi 🦷 -Tidak Semestinya Perlu Ubat 💊
Ada pesakit saya yang pernah minta ubat siap-siap apabila bayinya berumur 5 bulan, kerana khuatiri bayinya akan sakit apabila tumbuh gigi nanti. Adakah ubat itu perlu sebenarnya? 🤔
Menurut American Academy of Paediatrics (AAP), lebih baik sekiranya menggunakan cara-cara lain apabila bayi tumbuh gigi bagi mengurangkan kesakitannya. Penggunakan ubat sapu adalah tidak digalakkan.
✅ Mengurut di bahagian gusi dengan jari yang bersih atau guna kain kasa ataupun ‘gauze’ yang basah
✅ Memberi makanan berkhasiat yang telah disejukkan di dalam peti ais untuk digigit. Contohnya seperti pisang 🍌 ataupun timun 🥒. Boleh juga beri yogurt atau puree sejuk.
✅ Memberi ‘teether’ atau ‘teething ring’ yang telah disejukkan di dalam peti ais. Gunalah ‘teether’ yang diperbuat daripada silikon atau getah.
✅ Memberi kain bersih atau tuala kecil yang telah disejukkan dalam peti ais untuk digigit.
✅ Memberi air sejuk dengan menggunakan cawan.
📌 Teknik-teknik ini juga boleh diaplikasikan sebelum menyusu sekiranya bagi gemar menggigit apabila menyusu badan.
Sekiranya anak masih dalam kesakitan, bolehlah diberi ubat penahan sakit seperti Paracetamol mengikut dos yang ditetapkan.
ELAKKAN:
❌ ‘Teether’ yang dimasukkan ke dalam freezer kerana ia boleh mencederakan gusi apabila ia terlalu sejuk ❄️.
❌ ‘Teether’ yang mengandungi air di dalam, dikhuatiri ia akan bocor apabila digigit dengan kuat 💦.
❌ Memberi permainan yang diperbuat daripada plastik kerana dikhuatiri ia boleh patah apabila digigit.
❌ ‘Teething jewelery’ 📿 seperti rantai, rantai tangan yang dikatakan boleh mengurangkan kesakitan tumbuh gigi apabila bayi menggigitnya. Ia kebiasaannya diperbuat daripada kayu, marmar atau silikon. Bayi boleh mendapat risiko tersedak, tercekik atau trauma pada bahagian mulut atau gusi.
❌ Ubat yang mengandungi Benzocaine tidak diluluskan oleh FDA kerana ia boleh menyebabkan Methemoglobinemia iaitu satu kondisi yang boleh menurunkan paras oksigen yang dibawa di dalam darah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.Bapa kepada tiga orang anak ini,...