Selepas bersalin wanita lazimnya akan mengalami beberapa perubahan fizikal termasuklah perubahana saiz kaki yang ketara seperti yang dialami oleh pelakon dan penerbit, Liyana Jasmay.
Dia yang berkongsi di Instagram miliknya baru-baru ini memilih untuk menjual beberapa pasang kasut berjenama miliknya, termasuk kasut yang dipakai pada hari perkahwinan 7 tahun yang lalu.
Dalam posting tersebut pelakon Papadom ini memuat naik video pendek menunjukkan kasut-kasut yang akan dijual.
Liyana menjelaskan, saiz kakinya itu telah berubah selepas dia melahirkan anak pertamanya iaitu Sofia Arissa kira-kira enam tahun lalu.
“After I beranak, I dah tak muat dah. Jadi sebab itulah saya nak jual. Tak ada sebab untuk saya simpan lagi kasut-kasut ini meski saya suka,” kata pelakon berusia 32 tahun ini menerusi paparan video yang dimuat naik.
Di kapsyen posting tersebut pula, Liyana menyatakan saiz kakinya sebelum ini adalah 35 atau 35.5 sebelum berubah menjadi saiz 36.5. Malah kasut-kasut yang mahu dijual itu sangat berharga dan ada makna tersendiri bagi dirinya.
“My shoes for sales! 35.5 and size 35. DM me if you are interested! Lols I bebel bnyk sambil show u my shoes. But basically kasut-kasut ni I jarang pakai. So after beranak kan Sofia, kaki I besar jadi size 36 and half.
“Oh well.. These shoes are so precious to me. Sbb tu la lama I fikir nak jual ke tak!? So if any of you girls yg kaki size 35.5 and size 35 can DM me if you are really interested okay?,” tulisnya.
Untuk makluman, Liyana mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Fathudin Mazlan pada Februari 2013. Pasangan ini dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Sofia Arissa dan Selena.
Untuk mama-mama yang kasut saiz macam Liyana Jasmay tu bolehlah usha instagramnya, mana tahu ada yang berkenan bolehlah beli prelove daripada Liyana Jasmay.
Sumber: Media Hiburan & IG Liyana Jasmay