Selain sakit fizikal lepas bersalin, cabaran paling besar bagi wanita ialah untuk menstabilkan emosi.
Hampir 80 peratus wanita hadapi perubahan mood dan perasaan negatif sejurus selepas bersalin. Ini fakta realiti tak kira bersalin anak pertama, kedua atau seterusnya.
Keadaan ni dinamakan sindrom Baby Blues. Bahaya jika tak dikawal ya.
Berikut perkongsian dari Puan Masturah Abu Bakar, ibu kepada tiga anak yang boleh dijadikan peringatan bersama.
Saya sendiri rasa dan hadapi setiap kali lepas bersalin. Walaupun anak dah 3, tetap hadapi Baby Blues ni.
Sebab apa ni sindrom berlaku? Adakah sebab ibu tak kuat iman? Atau derhaka pantang?
Bukan. Tak ada alasan spesifik kenapa sindrom ini berlaku.
Kemungkinan disebabkan perubahan hormon masa mengandung dan melahirkan yang menyebabkan badan menghasilkan perubahan kimia. Perubahan ini memberi kesan kepada otak dan boleh menyebabkan depression.
Selain tu, rutin yang berubah, ragam baby, tak cukup tidur dan badan yang baru nak adapt juga boleh menyebabkan sindrom ni terjadi.
Maksudnya, sindrom Baby Blues merupakan benda biasa yang akan dihadapi ibu-ibu. Benda biasa tapi BERBAHAYA.
Cara kita menangani sindrom ini menentukan kesihatan mental kita selepas bersalin.
Cuba cek simptom baby blues ni:
1) Rasa sedih atau menangis tiba-tiba
2) Tak sabar, cepat marah
3) Cepat terasa hati dan banyak pendam
4) Rasa letih (mental atau fizikal)
5) Rasa cemas atau berdebar-debar
6) Gelisah
7) Tak boleh tidur (walaupun baby dah tidur). Kadang-kadang kalau nak tidur terngiang-ngiang suara baby menangis.
8) Tak boleh beri perhatian kepada baby atau diri sendiri
Para suami, kalau nampak isteri tu lain macam, cepat-cepat peluk. Tak perlu banyak tanya. Lepas bersalin ni ialah tempoh yang sangat kritikal dan sensitif.
Jangan buat tak tahu. Jangan anggap tak ada apa-apa. Jangan anggap remeh. Jangan lepas tangan.
Salah langkah, salah cara, lambat tangani, isteri boleh dapat PPD.
Kalau Baby Blues tak settle dari awal, kesan buruknya berlarutan dan mungkin jadi inner conflict which may lead to depression.
Pelukan boleh beri sokongan emosi to the max. Percaya tak pelukan tu boleh redakan emosi isteri yang bergelojak? Semua akan cool down lepas tu.
Sediakan makanan yang sihat. Tak payah percaya pantang yang bukan-bukan tu. Ni dah tahun 2019.
Para isteri, kalau rasa sedih terus cakap kat suami. Jangan simpan jangan pendam. Walaupun tak ada sebab kukuh kenapa anda menangis. Just bagitahu.
Please please please minta tolong orang lain kalau rasa tak boleh buat. Jangan jadi supermom. Sebab kita memang tak mampu.
Dan bagi yang Muslim, lindungi diri kita dengan zikir dan ayat-ayat pelindung. Supaya jauh dari gangguan syaitan.
Sumber: Masturah Abu Bakar