Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini kita sedia maklum sudah ada sedikit kelonggaran untuk keluar rumah, namun kerajaan masih menyarankan agar rakyat kekal berada di rumah jika tidak perlu keluar.
Akur dengan PKPB yang dilaksanakan, Hafiz Suip meraikan hari jadi isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah serta ulang tahun perkahwinan mereka yang jatuh pada hari yang sama beberapa hari lalu hanya di hadapan kediaman mereka.
Menerusi laman sosial Instagram, Hafiz memuat naik ucapan istimewa sempena ulang tahun isteri dan perkahwinan mereka untuk tatapan umum.
Artikel menarik: Ibu Baru Bersalin Tak Mahu Bayi Meragam, Ambil Tahu Hal Ini Selain Bagi Susu
“Saya nak mengucapkan selamat hari jadi dan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kepada ratu hati saya, @nureffyj.
“Terima kasih kerana memahami, menyayangi dan sudi bersama mengharungi suka duka kehidupan dari pertama kita jumpa sampai sekarang.
“Saya doakan awak semoga awak menjadi isteri yang solehah, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat dan semoga hubungan kita akan berkekalan hingga ke Jannah,” tulis Hafiz sebagai kapsyen.
Malah, meraikan dua hari istimewa ini yang jatuh di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mereka sekeluarga hanya mengadakan sambutan di hadapan rumah sahaja.
“Kita celebrate depan rumah pun okay. Adik tidur, abang merajuk nak air merah aduhh! Lagi sekali, happy birthday my love,” ucap Hafiz lagi.
Menjenguk ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.
“Happy birthday Fifi dan selamat ulang tahun perkahwinan buat Hafiz dan Fifi. Semoga berkekalan bahagia hingga ke syurga,” tulis seorang wargamaya.
“Comel je dah ada dua anak. Selamat menyambut ulang tahun buat Fifi dan Hafiz,” komen seorang wargamaya.
“Tahniah guys! Happy anniberseri-seri!” kata seorang wargamaya lagi.
Untuk rekod, Hafiz dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016.
Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata Muhammad Riyadh Zafri, 3, dan Alkaf Zayne yang baru berusia dua bulan.
Tahniah buat Hafiz Suip dan isteri atas sambutan hari ulangtahun perkahwinan yang keempat. Semoga bahtera rumah tangga yang dibina terus bahagia dengan kehadiran anak-anak. Semoga bahagia sampai syurga!
Sumber: Gempak & IG Hafiz Suip
Artikel menarik: Amalkan Doa Ini Untuk Anak-anak & Diri Sendiri. Pastinya Rezeki Keluarga Tak Putus!