Kalau tidak dicuba sampai bila pun anak tidak akan makan sayur. Jangan ikut selera anda tetapi berikan sahaja anak mencuba semua jenis sayur supaya anak bijak memilih jenis sayur yang mereka suka.

Oleh menu menjadi lebih kreatif antara yang disarankan untuk memujuk si kecil kita makan sayur. Resipi perkongsian ibu ini, Umairah Jamaah memang ringkas dengan menjadikan bayam sebagai keropok. Memang rangup dan anak pasti akan makan sampai licin!

Lepas Goreng Terus Makan, Rangupnya Keropok Bayam, Boleh Ajar Anak Makan Sayur!

Antara menu kudapan yang selalu Kak Mai buat suatu masa dulu. Ketika Ostad Umar melalui zaman ‘picky-eater’nya. Sekarang pun masih memilih. Cuba tak seteruk dulu kala. Hihihihi

Cuba pelbagaikan menu-menu sihat. Olah dalam bentuk yang dia suka. Kanak-kanak riang dekat rumah ni panggil keropok sayur. Dua-dua orang suka makanan yang rangup. Sesuai untuk dibuat kudapan.

IKLAN

Lepas Goreng Terus Makan, Rangupnya Keropok Bayam, Boleh Ajar Anak Makan Sayur!

Bahan-bahan yang diperlukan :-

Sayur bayam
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil tepung jagung
Secubit garam (kalau anak bawah 2 tahun tak perlu letak)
Setengah cawan air
*Sukatan bahan-bahan ikut keperluan

IKLAN

Cara buatnya pun mudah saja:-

1. Bancuh semua bahan yang ada. Air adjust ikut keperluan.

IKLAN

Lepas Goreng Terus Makan, Rangupnya Keropok Bayam, Boleh Ajar Anak Makan Sayur!

2. Celur sayur bayam kat dalam tepung. Goreng sekejap. Kemudian toskan.

Lepas Goreng Terus Makan, Rangupnya Keropok Bayam, Boleh Ajar Anak Makan Sayur!
Boleh juga gunakan keledek. Sayur boleh saja nak ganti dengan carrot, sawi, terung, labu. Ikut kesesuaian. Janji anak dapat makan sumber-sumber bernutrisi

Selamat mencuba ❤️

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI